Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) atau juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yangberlaku secara berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung.

Kematian otot jantung yang semakin teruk akan menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan akhirnya menyebabkan berlakunya kematian secara mengejut. Jom baca tentang punca penyakit jantung, simptom, serta cara untuk mencegah.

Punca penyakit jantung

Dari segi perubatan, terdapat 10 perkara yang telah dikenal-pasti sebagai punca penyakit jantung di Malaysia. Di antaranya ialah:

1. Lelaki. Menurut kajian, golongan lelaki lebih berisiko mendapat serangan jantung berbanding perempuan. Ini adalah punca penyakit jantung yang tak dapat anda elakkan.

2. Umur. Menurut data, kebiasannya lelaki yang berumur lebih daripada 45 tahun mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung lebih tinggi berbanding mereka yang lebih muda. Bagi perempuan pula, risiko untuk mendapat penyakit jantung akan meningkat apabila berumur lebih daripada 55 tahun ataupun selepas menopaus.

3. Diabetis atau kencing manis. Pesakit diabetis mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Oleh itu pastikan penyakit anda dikawal agar tidak memudaratkan jantung anda.

4. Merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Semua orang tahu tentang perkara ini. Namun tak ramai yang tahu bahawa merokok akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung. Ia juga boleh menyebabkan kematian. Berhenti merokok demi diri sendiri dan orang yang tersayang.

5. Mempunyai kolesterol tinggi dalam darah. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kolesterol jahat yang terkumpul dalam badan boleh memudaratkan kesihatan dan menjadi punca perlbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Kolesterol tinggi dalam darah adalah satu lagi punca penyakit jantung. Kolesterol tadi akan menyebabkan saluran jantung tersumbat lalu menyebabkan otot jantung mati sedikit demi sedikit.

6. Penyakit darah tinggi. Selain penyakit kencing manis atau diabetis, penyakit darah tinggi juga boleh menjadi punca penyakit jantung. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan jantung gagal untuk berfungsi dengan baik dan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan pada otot dan injap jantung.

7. Obesiti dan kandungan lemak dalam badan tinggi. Pastinya anda sedia maklum bahawa obesiti dan kandungan lemak yang tinggi dalam tubuh badan akan membawa kesan buruk kepada kesihatan, jantung juga akan terjejas. Oleh itu, jika anda inginkan kehidupan yang sihat dan umur yang panjang, jaga kesihatan diri. Kekalkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

8. Tekanan perasaan atau stress. Ini adalah sesuatu yang menakutkan. Ya! Tekanan perasaan boleh menjadi punca penyakit jantung. Oleh itu pastikan anda sentiasa bahagia dan ajar diri untuk mengawal perasaan.

9. Kurang bersenam. Tubuh badan yang aktif, sihat, dan selalu bersenam akan lebih sihat. Jantung juga akan menjadi sihat.

10. Keturunan. Ini adalah punca penyakit jantung yang terakhir namun sayangnya tiada apa yang boleh anda lakukan. Jika penyakit jantung ada dalam keturunan anda, anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit tersebut.

Gejala-gejala serangan penyakit jantung

Sumber: Thestar

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah gejala atau simptom penyakit jantung agar dapat mengesan penyakit tersebut pada tahap awal. Di antara simptom penyakit jantung ialah:

  • Rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Sakit tadi akan menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan. Sakit dada yang dirasai adalah  mseolah-olah engencang atau menekan. Sakit dada tadi juga akan berasa bertambah teruk ketika bekerja atau melakukan aktiviti. Namun akan hilang apabila anda berehat.
  • Berasa sesak nafas
  • Keletihan tanpa sebab
  • Badan berpeluh
  • Kerap berasa loya tanpa sebab
  • Jantung selalu berdebar tanpa punca
  • Pitam atau pening dengan kerap
  • Kadangkala akan terasa sakit di ulu hati

Cara mencegah penyakit jantung

Sumber: Harvard

Bagi mencegah penyakit jantung, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan seperti:

  • Tidak merokok. Merokok bukan sahaja akan menyebabkan anda mendapat penyakit jantung malah anda juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat strok dan kanser.
  • Amalkan gaya hidup sihat. Rajinkan diri untuk bersenam dan jadilah seorang yang aktif.
  • Menjaga kesihatan mental dan elakkan tekanan perasaan. Tekanan perasaan, stress, kemurungan adalah penyumbang kepada penyakit jantung.
  • Jaga pemakanan. Makan makanan yang sihat dan kurangkan makanan segera dan makanan tinggi lemak. Makana diproses juga tidak baik untuk kesihatan.

Jika anda termasuk dalam kategori yang berisiko tinggi dan mempunyai kebanyakan daripada punca penyakit jantung yang kami nyatakan diatas, dan dalam masa yang sama mengalami hampir kesemua gejala yang disenaraikan , anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik kesihatan terdekat dengan kadar yang segera.

Sekiranya penyakit jantung dapat dikesan pada peringkat awal dan terus menerima rawatan kesihatan, anda mempunyai peluang untuk sembuh dan risiko kematian secara mengejut dapat dielakkan. Amalkan gaya hidup sihat agar jantung juga menjadi sihat.

Itulah dia info  tentang punca penyakit jantung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang depression dan perlindungan takaful untuk penyakit kritikal.

Rujukan:

1. Klinik Sabah

2. Kementerian Kesihatan

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.