Depression atau kemurungan adalah penyakit yang menghantui ramai individu tanpa disedari. Kemurungan dan tekanan hidup biasanya dilalui oleh seseorang individu dalam masa yang sama. Hari ini kami akan kongsikan info tentang apa itu depression dan tips atasi tekanan hidup.

Apa itu depression?

Sumber: Indusscrolls

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, depression atau kemurungan  adalah gangguan perasaan ke atas individu yang menyebabkan individu  tersebut mengalami perkara yang berikut:

  • Kesedihan yang berpanjangan
  • Keletihan dan berasa lesu sentiasa
  • Rasa tidak bertenaga
  • Cepat marah
  • Hilang minat dalam aktiviti harian.

Semua perasaan diatas akan berlarutan sekurang-kurangnya selama 2 minggu. Kemurungan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh dialami sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Punca kemurungan

Berikut adalah beberapa keadaan yang boleh menjadi punca seseorang individu mengalami kemurungan:

  • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia.
  • Baka atau keturunan.
  • Persekitaran seperti peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat yang diambil boleh menyebabkan pesakit mengalami kemurungan. Ianya akan berkahir apabila pesakit tidak lagi mengambil ubat tersebut.
  • Penyakit seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm juga telah dikenal pasti sebagai  punca kemurungan.
  • Corak pemikiran atau cara kita berfikir juga boleh menjadi punca kita mengalami kemurungan. Sebagai contoh, jika kita sentiasa menganggap bahawa tiada sesiapa di dunia yang menyayangi kita, akhirnya kita akan mengalami kemurungan.
  • Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kemurungan.
  • Ketagihan arak. Sama seperti penagih dadah, mereka yang ketagih kepada alkohol juga akan mengalami kemurungan. Semakin kuat masalah ketagihan, semakin teruk masalah kemurungan yang dialami.
  • Kehilangan orang yang disayangi juga akan menyebabkan seseorang individu mengalami kemurangan.
  • Baru melahirkan anak. Inilah yang kita sebut sebagai angin meroyan.

Tips atasi tekanan hidup

1. Bersenam dan amalkan gaya hidup yang aktif

Bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif adalah salah satu cara untuk mengatasi tekanan hidup. Apabila kita bersenam, tubuh badan akan melepaskan hormone endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, dan dalam masa yang sama akan mengurangkan rasa serabut yang dialami.

2. Dapatkan tidur yang secukupnya

Tidur yang cukup dan masuk tidur pada waktu yang tetap setiap hari akan membantu menyeimbangkan mengimbangi emosi kita. Apabila cukup tidur, emosi kita akan menjadi stabil lalu tekanan yang dialami akan berkurangan.m Tidur sekejap pada waktu siang iaitu selama15-30 minit juga sangat membantu untuk mengatasi tekanan.

3. Dapatkan sokongan dari orang yang tersayang

Ingatlah bahawa anda tidak berseorangan di dunia. Anda anda ahli keluarga, sahabat, dan orang tersayang yang sentiasa ada untuk anda. Minta sokongan dari mereka. Sokongan orang yang tersayang akan membuat kita menjadi semakin kuat dan bersemangat untuk melawan tekanan yang dialami.

4. Dekatkan diri kepada Allah

Cara mengatasi tekanan hidup yang seterusnya ialah dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimana caranya? Banyakkan membaca Al-Quran, banyakkan solat sunat, berzikir, berselawat, dan sebagainya. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

5. Cari hobi baru

Jika anda berasa tertekan, apa kata anda cari hobi baru untuk memenuhi masa anda. Apabila anda menghabiskan masa dengan hobi, secara automatik anda akan berasa lebih tenang dan sedikit demi sedikit akan menghilangkan tekanan yang dialami. Di antara hobi yang boleh anda mulakan ialah:

  • Fotografi
  • Bercucuk-tanam
  • Mengumpul sukulen
  • Bertukang
  • Menghias rumah

6. Luangkan masa di luar melihat keindahan alam

Ada kalanya, berkurung didalam rumah akan membuatkan kita berasa semakin tertekan. Apa kata ambil masa untuk keluar berjalan-jalan melihat keindahan alam. Berjalan-jalan di tepi tasik. Duduk di tepi pantai melihat deruan ombak sambil menunggu matahari terbenam. Atau anda juga boleh rendam kaki didalam air sungai yang sejuk sambil melihat kehijauan hutan. Tenang kan? Cubalah.

7. Urus masa dengan baik

Menguruskan masa dengan baik atau time management juga adalah satu cara untuk mengatasi tekanan hidup yang boleh anda amalkan. Apabila kita menguruskan masa dengan baik, secara automatik hidup kita akan menjadi lebih teratur. Apabila hidup kita teratur, tekanan perasaan juga akan berkurangan. Bandingkan dengan keadaan hidup yang kucar-kacir dan huru-hara.

 8. Kekal positif

Kekal positif bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Tips atasi tekanan hidup yang seterusnya ialah dengan cara sentiasa kekal positif walau seteruk mana keadaan yang sedang dihadapi. Kekal positif akan membuatkan hari yang dilalui terasa lebih baik.

9. Sentiasa ingatkan diri untuk bertenang

Orang yang tenang akan sentiasa menang. Ia bukanlah omong kosong. Oleh itu sentiasa ingatkan diri untuk bertenang. Jika kita bertenang, pastinya kita dapat berfikir dengan baik dan membuat keputusan dengan berhemah.

10. Amalkan diet seimbang

Kita adalah apa yang kita makan. Pemakanan juga memainkan peranan yang penting untuk mengatasi tekanan hidup. Makan makanan berkhasiat. Makan secara teratur tepat pada masanya. Jangan sesekali skip makan.

Itulah dia info  tentang apa itu depression dan tips atasi tekanan hidup yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca masalah kewangan di kalangan mahasiswa.

Rujukan:

  1. MOH

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.