Aircond adalah salah satu perkara yang penting dalam perjalanan anda. Kereta yang panas tanpa aircond akan menjadi masalah yang besar jika anda tinggal di bandar besar yang panas, sesak, dan penuh dengan bau asap dari ekzos kenderaan di sekeliling anda semasa berada di atas jalan raya.

Lebih parah jika anda membawa anak bersama di dalam kereta. Adalah tidak sihat untuk anda menurunkan cermin kereta. Jom kami akan kongsikan punca aircond kereta tak sejuk serta cara untuk menjaga aircond kereta.

Sumber: Colonialservicestation

Punca aircond kereta  tidak sejuk

Secara teknikal, terdapat pelbagai punca kenapa aircond kereta tidak sejuk secara tiba-tiba, atau suhunya semakin kurang sejuk secara perlahan-lahan. Di antara punca aircond tak sejuk yang selalu berlaku ialah:

  • Filter dryer kotor dan tersumbat

Ramai yang tak tahu bahawa aicond kereta tak sejuk boleh jadi berpunca daripada filter dryer yang kotor dan tersumbat. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan sistem aircond boleh menjadi sangat tinggi lalu menjejaskan suhu. Ia mungkin tersumbat disebabkan oleh kegagalan anda untuk membuat servis aircond secara berkala. Oleh itu, pastikan anda servis kereta mengikut masa yang ditetapkan.

  • Cooling coil terlalu kotor

Sekiranya aircond anda tak sejuk disebabkan oleh punca ini, anda akan mendengar  aircond anda  aircond berbunyi lebih kuat daripada biasa dan dalam masa yang sama hawa sejuk aircond yang keluar adalah sangat sedikit. Untuk mengatasi masalah ini, pastikan cabin filter dan blower fan berada dalam keadaan yang bersih dengan melakukan servis mengikut masa.

  • Expansion valve rosak

Punca aircond keeta tak sejuk yang seterusnya ialah expansion valve anda rosak sama ada ia stuck open ataupun stuck closed disebabkan oleh bendasing atau kotoran yang masuk ke dalamnya. Jika aircond anda tak sejuk disebabkan oleh masalah ini, ia adalah satu berita buruk kerana jika dibiarkan, ia akan menyebabkan kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta anda.

  • Gas aircond bocor

Apabila aircond anda bocor, gas didalamnya akan berkurangan atau habis lalu menyebabkan kompressor tidak berfungsi. Untuk melakukan pemeriksaan sendiri, anda boleh gunakan kunci dan tisu. Caranya ialah gunakan kunci untuk menyucuk valve nipple kemudian tekapkan kunci tadi dengan tisu. sedikit kunci dan bahagian tangan anda semasa ingin memeriksa gas aircond ini. Jika gas masih ada, anda akan merasa gas keluar. Jika langsung tiada gas atau kurang, anda akan terasa perbezaannya. Anda juga boleh gunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan sebarang kebocoran.

  • Kompressor tidak berfungsi

Punca pertama aircond kereta tidak sejuk ialah disebabkan oleh kompressor yang tidak berfungsi berfungsi. Kompressor adalah komponen yang sangat penting dalam sistem aircond kereta dan kegagalannya untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan aircond kereta meragam sama ada kurang sejuk atau langsung tidak sejuk. Sekiranya aircond kereta anda tidak sejuk, berdoalah agar ianya bukan disebabkan oleh masalah kompressor kerana untuk menggantikan kompressor yang baru bukanlah murah. Ia berharga agak mahal.

Sumber: Cars24
  • Condenser fan rosak

Condenser fan adalah satu lagi komponen dalam kereta yang mungkin menjadi punca kenapa aircond kereta anda tidak sejuk. Komponen ini berfungsi untuk membantu menurunkan suhu dan tekanan dalam sistem aircond supaya gas dapat bertukar menjadi cecair. Salah satu daripada petanda bahawa condenser fan anda rosak ialah aircond hanya sejuk apabila kereta anda bergerak.

Sebaik sahaja kereta anda berhenti, ia akan menjadi panas. Jika keadaan ini berlaku, apa yang boleh anda lakukan ialah buka bonet dan lakukan pemeriksaan sendiri. Lihat sama ada kipas aircond anda berpusing atau sebaliknya. Jika ia tidak berpusing, ini bermakna condenser fan kereta anda sudah rosak. Namun, jika ia masih berpusing namun aircond tidak sejuk, boleh jadi ia disebabkan oleh masalah berikut:

  • Fius terputus.
  • Relay rosak.
  • Motor fan rosak.
  • Cabin air-filter sudah lusuh

Cabin air-filter yang sudah lusuh boleh juga menjadi punca aircond kereta anda tidak sejuk. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah lain seperti cooling coil terlalu kotor atau rosak. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk mengatasinya.

Cara menjaga aircond kereta supaya sentiasa sejuk

Untuk memastikan aircond kereta anda sentiasa sejuk dan tidak bermasalah, berikut adalah di antara perkara yang perlu anda lakukan:

  • Pastikan clutch magnet cmpressor dalam keadaan yang baik

Pastikan anda selalu memeriksa clutch magnet anda dan pastikan bahagian getah pada clutch magnet berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya ia telah cair, tukar kepada set clutch magnet yang baru.

  • Pastikan belt compressor berada dalam keadaan yang baik

Jangan lupa untuk sentiasa periksa belt compressor. Sekiranya terdapat rekahan terutamanya pada bahagian dalam, ia boleh menjadi punca aircond tidak akan sejuk.

  • Pastikan fuse compressor

Fuse compressor atau  A/C COMP yang putus boleh menjadi punca aircond anda rosak. Untuk menjaga aircond kereta anda, pastikan ia tidak putus. Jika putusm gantikan dengan yang baru.

  • Sentiasa pastikan gas ada

Cara untuk menjaga aircond kereta yang seterusnya ialah untuk memastikan gas aircond sentiasa ada dan cukup.

  • Periksa pressure switch

Pressure switch berada berhampiran dengan bahagian liquid pipe. Ia menghubungkan condenser dengan expansion valve dan cooling coil. Sekiranya pressure switch ini rosak, kompressor tidak akan hidup dan aircond anda tidak akan sejuk. Pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

  • Servis aircond kereta

Akhir sekali jangan lupa untuk servis aircond anda. Jangan lupa!

Itulah dia info  tentang aircond kereta tak sejuk yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pemilihan kereta pertama dan cara beli kereta terpakai.

Rujukan:

  1. The Rohani
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.