Jika dulu membeli kereta ini adalah satu kemahuan namun kini kereta adalah satu keperluan bagi semua orang. Jika tiada kereta, susah untuk kita bergerak ke tempat kerja mahupun balik ke kampung. Tidak kisah jika kereta murah atau mahal, selagi kereta tersebut masih boleh bergerak, ia sudah memaidai.

Bagi generasi muda yang baru mula bekerja, semestinya mereka ingin memberli kereta pertama mereka dengan hasil titik peluh mereka yang kumpul duit setiap bulan. Tidak salah jika ingin membeli kereta tetapi, harga kereta tersebut perlu bersesuaian dengan gaji kerja dan ia tidak makan duit bahagian lainnya seperti perbelanjaan makan dan simpanan.

Sebelum membeli kereta, terdapat 24 pendapat yang generasi muda perlu menitik beratkan sebelum membeli kereta pertama. Apakah pendapat tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kereta pertama yang bersesuaian bagi individu yang baru mula bekerja. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Kereta pertama untuk generasi muda yang baru bekerja

kereta pertama
Imej via Facebook

1. Beli kereta kecil sahaja

2. Jika dapat kereta terpakai lebih hebat

3. Usia kereta lebih 5 tahun kurang 10 tahun

.4. Carilah kereta ‘lokal’

5. Harga kereta bawah RM15k, lebih murah lebih sejahtera

.6. Lupakan mitos kereta terpakai meletup waktu pergi kerja.

kereta pertama
Imej via Facebook

7. Jurujual kereta akan takutkan kita kereta terpakai bahaya, sebenarnya nak jual keretanya.

8. Servis jaga, cari bengkel yang boleh percaya.

9. Beli tunai paling bergaya.

10. Jika kenderaan lokal baru nilai susut sekitar RM6k-10k setahun.

11. Kereta import RM15k-RM20k setahun susut nilai.

12. Jarak perjalanan normal setahun 20000km itu normal.

kereta pertama
Imej via Facebook

13. Banyak benda jimat beli kereta terpakai sebenarnya.

14. Lupakan dulu kereta idaman sebelum beli kediaman.

15. Kereta itu liabiliti dan bukan aset sebenarnya.

16. Belilah kereta terpakai, anda jimat 50% dari harga asal.

17. Jangan tambah hello kitty atau apa apa aksesori.

18. Biar kekal warna asli

kereta pertama
Imej via Facebook

19. Jika teringin kereta baru, pastikan harganya sama setahun gaji anda.

20. Formula kereta baru = Gaji kita x 12 bulan.

21. Jika belum mampu beli jangan cipta pelbagai alasan.

22. Zaman bergaya dengan kereta baru telah berlalu.

23. Zaman sekarang orang beli rumah dulu baru beli kereta.

24. Orang rumah tak ada lagi sebok nak beli kereta

*Berikut adalah 24 pendapat mengenai kereta pertama yang ingin dibeli oleh generasi muda yang baru mula bekerja. Ketepikan dahulu impian ingin membeli kereta mahal-mahal, pakai dahulu kereta yang ada dahulu. Tunggu lagi 5-8 tahun dulu dan lihat jika gaji telah naik dan mampu untuk pakai kereta lebih baik, maka boleh tukar. Jika tidak, jangan tukar terlebih dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.