Dunia kewangan telah menyediakan latar belakang untuk banyak drama, daripada penggabungan kepada pengambil alihan dan juga penindasasan Wall Street ke Tulip Mania, serta tidak dilupakan juga tentang krisis-krisis kewangan. Oleh itu, kewangan merupakan satu topik yang sentiasa mencengkam para penulis untuk menghasilkan karya-karya berkaitan kewangan.

Karya-karya yang dihasilkan ini dapat membantu para profesional kewangan atau sesiapa sahaja yang ingin memahami sejarah industri kewangan tempatan mahupun duni serta ingin meningkatkan keupayaan pengetahuan mereka tentang kewangan. Justeru, artikel ini ingin menganjurkan atau mencadangkan 9 buah buku yang perlu dibaca oleh profesional kewangan mahupun anda yang ingin menjadi profesional kewangan.

1. Barbarians at the Gate

Anda berminat dengan keumpilan pembelian (leveraged buyouts) dan bon-bon berkualiti rendah (junk bonds)?Pada tahun 1989, Bryan Burrough dan John Helyar menulis sejarah yang tetap tentang kewangan jenis ini apabila mereka berdua menceritakan perjuangan yang melibatkan keumpilan pembelian RJR Nabisco, sebuah konglomerat makanan dan rokok yang tidak lagi beroperasi pada hari ini. Kedua-dua penulis buku ini pada awalnya meliputi cerita sebagai wartawan untuk jurnal Wall Street (The Wall Street Journal).

2. The Intelligent Investor

Benjamin Graham telah menulis buku ini sebagai panduan untuk pendekatan pelaburan jangka panjang. Buku ini pertama sekali diterbitkan pada tahun 1949, kemudian “The Intelligent Investor” telah dikemaskini berulang-ulang kali sejak daripada 65 tahun yang lalu, termasuklah yang paling terkini daripada penulis kewangan, Jason Zweig, selepas Graham meninggal dunia pada tahun 1976. Graham menggunakan buku ini untuk menceritakan dan menganjurkan pendekatan pilihan beliau dalam pelaburan.

3. A Random Walk Down Wall Street

Buku yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1973, yang ditulis oleh ahli ekonomi Princeton, Bruno Malkiel ini menasihatkan para pembaca berkenaan dengan pelbagai jenis pelaburan. Tidak kira sama ada anda hanya setakat ingin meningkatkan profesional kewangan anda mahupun anda seorang profesional yang sudah bersedia untuk memperluaskan profil pelaburan anda, karya Malkiel yang telah mempunyai 11 edisi semenjak dari penerbitan pertama ini, telah kekal menjadi satu sumber utama untuk asas pasaran.

4. Alchemy of Finance

Legenda dana lindung nilai yang terkenal, George Soros, amat terkenal dengan pandangan teoretikal dan praktikal beliau mengenai corak kewangan sejak tahun 1992 ketika beliau mengumpulkan kekayaan beliau dan seterusnya membawa kepada kejatuhan Bank England (Bank of England). Kejayaan melumpuhkan sistem kewangan Great Britain (Great Britain’s monetary system), telah menjadikan beliau salah seorang pengurus wang yang paling berkuasa dan menguntungkan di dalam dunia kewangan. Di dalam buku ini, Soros menerangkan tentang teori kepekaan menyeluruh (comprehensive reflexivity) dan amalan pelaburan inovatif untuk membuatkan pasaran bekerja untuk anda.

5. Freakonomics

Adakah anda berminat untuk mempelajari tentang bagaimana dunia ini benar-benar berfungsi? Seorang ahli ekonomi, Steven D. Levitt dan seorang wartawan, Stephen Dubner telah menulis sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini membawa pembaca melihat perkara di sebalik peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian dan menunjukkan bagaimana setiap perkara berfungsi atau terjadi. Sebagai contoh, adakah anda percaya bahawa anda mendapat tawaran terbaik sekiranya anda yang merupakan seorang pemilik rumah mendapatkan khidmat ejen hartanah untuk menjual rumah anda? Anda mungkin terkejut apabila anda membaca buku ini. Selain itu, buku ini juga meneroka ekonomi dunia perniagaan dadah dan gusti Sumo, dan juga pelbagai lagi topik lain.

6. The Nature of Investing

Istilah “pelaburan” diguna pakai bukan hanya setakat kepada wang sahaja. Orang ramai sentiasa melabur masa dan tenaga mereka di dalam dunia ini sebagai seorang warganegara, pemilik perniagaan serta pengguna. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, dunia pelaburan telah menjadi tidak menentu atau semakin rumit dengan penciptaan dana, produk-produk sekuriti dan perdagangan berfrekuensi tinggi.

Justeru, di dalam buku beliau, Katherine Collins menerangkan bahawa apa yang diperlukan di dalam dunia adalah satu transformasi proses pelaburan. Beliau mencadangkan contoh-contoh berdasarkan kepada 20 tahun pengalaman beliau dalam bidang pelaburan tentang bagaimana untuk menghasilkan bentuk pelaburan yang lebih mudah dan lebih baik untuk digunakan.

Imej via iLabur

7. Reducing the Risk of Black Swans

Larry Swedroe dan Kevin Grogan, pengarang buku “The Only Guide series of investment books” dan The Only Guide You’ll Ever Need for the Right Financial Plan”, sekali lagi telah bergabun untuk menulis buku terkini mereka, “Reducing the Risk of Black Swans”. Buku ini ditujukan khas kepada para penasihat kewangan dan juga para pelabur yang ingin menambahkan pengetahuan teknikal mereka mengenai dunia pelaburan yang berasaskan kepada bukti. Di dalam buku ini, mereka menunjukkan tentang pembinaan portfolio dan menawarkan pelan tindakan untuk para pelabur yang ingin memperbaiki portfolio mereka. Mereka berdua juga menawarkan maklumat tentang apa yang diperlukan untuk membina portfolio yang cekap, berdasarkan data nyata dan penyelidikan.

8. Mastering Market Timing

Untuk tempoh bertahun-tahun lamanya, ramai penganalisis telah menggunakan kaedah Wyckoff dan analisis Lowry untuk memahami interaksi harga dengan jumlah (price/volume interactions) dan kekuatan penawaran dan permintaan. Kaedah-kaedah ini dianggap sebagai titik permulaan untuk kesemua analisis. Di dalam buku “Mastering Market Timing”, Richard Dickson dan Tracy Knudsen membincangkan bagaimana penganalisis dapat menggabungkan kedua-dua kaedah untuk menyediakan pendekatan yang objektif dan boleh diukur dengan menggunakan analisis harga kepada jumlah yang tradisional (traditional price/volume analysis). Menurut mereka, dengan menggunakan teknik ini dapat membantu para pelabur mendapatkan pemahaman tentang metodologi teknikal dan mencari petunjuk mengenai corak (trend) yang baru muncul.

9. How to Master the Art of Selling

Berniaga atau menjual adalah tentang mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk menerima anda dan membeli produk atau idea anda. Di dalam buku beliau, Tom Hopkins menawarkan beratus-ratus idea untuk meningkatkan kemahiran berniaga berdasarkan teknik dan strategi yang telah terbukti berkesan. Pembaca akan mendapatkan petua dan tips tentang bagaimana untuk meningkatkan jualan mereka. Para pembaca juga dapat membaca tentang kebimbangan bersama dan soalan-soalan berkenaan penjualan yang dijawab dalam cara yang mudah dibaca dan difahami. Selain itu, pembaca juga akan mempelajari teknik memujuk (art of persuasion) dan bagaimana untuk menggunakannya di dalam perniagaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi buku-buku tentang kewangan yang boleh diperolehi untuk membantu anda meningkatkan pengetahuan tentang kewangan atau dalam membantu anda berubah menjadi profesional kewangan yang berjaya dan mantap.

Jemput juga baca artikel persedian kewangan sebelum kahwin dan maslaah kewangan dalam keluarga

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.