Premium risiko ekuiti, istilah ekonomi yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah ekonomi bahasa Inggeris, “Equity Risk Premium”, merujuk kepada pulangan yang disediakan oleh sesebuah pasaran saham individu atau saham keseluruhan dalam lebihan kadar bebas risiko (risk-free rate). Lebihan pulangan ini merupakan ganjaran kepada para pelabur kerana mengambil risiko yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti.

Selain itu, saiz premium risiko akan berbeza-beza sebagai risiko di dalam sesebuah saham tertentu, atau di dala, pasaran saham secara keseluruhan, di mana pelaburan berisiko tinggi akan diberi ganjaran dengan premium yang lebih tinggi. Premium risiko ekuiti juga dikenali sebagai premium ekuiti (equity premium).

Untuk lebih jelas lagi, premium risiko merupakan hasil daripada pertukaran pulangan risiko (risk-return trade-off), yang mana para pelabur memerlukan kadar pulangan yang lebih tinggi terhadap pelaburan-pelaburan yang lebih berisiko. Kadar bebas risiko di pasaran sering disebut sebagai kadar untuk bon kerajaan A.S. jangka lebih panjang, yang mana dianggap bebas risiko oleh kerana ianya agak mustahil untuk kerajaan akan mungkir (default) ke atas pinjaman-pinjamannya.

Anda boleh bandingkan premium risiko ini dengan sekuriti-sekuriti yang tidak menawarkan jaminan atau menawarkan sedikit jaminan. Harus diingat, kebanyakan syarikat sering mengalami kemorosotan dan terkeluar daripada perniagaan. Sekiranya pulangan pada saham adalah 15% dan kadar bebas risiko dalam tempoh yang sama adalah 7%, maka premium risiko ekuiti untuk saham ini adalah 8% bagi sepanjang tempoh tersebut.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.