Malaysia adalah negara berbilang kaum yang sangat unik di mana semua kaum hidup secara aman dan harmoni. Kaum cina mempunyai budaya dan cara hidup yang sangat unik. Seperti kita, mereka juga mempunyai pelbagai sambutan perayaan yang diraikan setiap tahun. Jom kami kongsikan perayaan kaum cina yang kita mungkin tak tahu.
Ia adalah perayaan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Menurut catatan sejarah, peristiwa ini berlaku sekitar tahun 120 Sebelum Masihi sehingga 1341 Masihi. Perayaan Kuih Bulan akan disambut dengan meriah pada hari 15 haribulan 8 dalam calendar Cina.
Perayaan ini adalah sangat indah di mana masyarakat cina akan mengadakan perarakan tanglung pada malam perayaan dan hidangan istimewa untuk perayaan ini ialah kuih bulan yang dibuat dari adunan manis yang berintikan:
Ada juga yang percaya bahawa kuih bulan dihidangkan pada perayaan tersebut sebagai persembahan kepada Dewa Dapur yang bertugas untuk menyampaikan apa yang berlaku di bumi kepada tuhan di syurga. Apabila Dewa Dapur makan kuih bulan, mulutnya akan penuh dengan kuih bulan dan tidak akan menyampaikan berita buruk kepada tuhan.
Tahun Baru Cina dirayakan sempena ketibaan tahun baru dalam calendar cina. Sama seperti awal muharam bagi kita yang beragama islam. Ia adalah perayaan yang paling besar dan paling penting bagi masyarakat cina di seluruh dunia. Malah semua anak yang berada di perantauan akan pulang ke kampung untuk meraikan tahun baru cina.
Malam sebelum tahun baru cina, semua ahli keluarga akan makan besar bersama sebagai tanda berkumpul semula atau perpaduan. Pada hari tahun baru cina pula mereka akan memakai pakaian merah dan yang tua akan memberikan ang pau kepada yang muda sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia.
Terdapat beberapa pantang-larang semasa tahun baru cina seperti tidak boleh memakai pakaian berwarna hitam dan tidak boleh menyapu rumah. Mereka akan memakan limau mandarin dan memberikannya kepada kenalan dan sanak-saudara. Perayaan tahun baru cina akan disambut selamsa 15 hari dengan meriah.
Ketibaan Hari Chap Goh Meh bermakna sambutan tahun baru cina sudah berakhir. Mereka akan berkumpul semula seperti sambutan tahun baru cina. Akan ada makan besar. Istimewa untuk anak gadis yang belum berkahwin, mereka akan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin. Kalau bernasib baik, mereka akan bertemu jodoh sempena Chap Goh Meh.
Perayaan Chingay adalah perayaan kemuncak untuk sambutan Chap Goh Meh. Ia akan disambut pada hari ke-21 bulan pertama kalendar cina. Ia adalah sebuah perayaan yang menggabungkan unsur agama dan budaya tradisi masyarakat Tiong Hua. Pesta Chingay diraikan dengan mengadakan pertandingan perarakan membawa tiang bendera setinggi kira- 15 meter sambil mengimbarkan bendera tiga segi sepanjang kira- 10 meter. Pastinya anda pernah melihat upacara ini kan?
Semasa berarak, pasukan yang bertanding akan cuba untuk menang dengan menunjukkan kehebatan masing-masing dengan persembahan akrobatik seperti membawa tiang bendera dengan menggunakan kaki dan mulut. Selain perarakan membawa bendera dan persembahan akrobatik, pesta chingay juga diraikan dengan:
Ini adalah perayaan yang sangat penting bagi masyarakat cina dimana ia akan diraikan bagi mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Mereka akan melakukan upacara sembahyang untuk nenek moyang mereka dan meluangkan malam tersebut untuk berbual-bual dengan ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Adalah menjadi kepercayaan mereka bahawa jika mereka tidak menyambut pesta hantu, dikhuatiri roh nenek moyang akan menjadi tidak aman lalu mengganggu hidup mereka.
Semasa pesta hantu, mereka akan mempersembahkan makanan, buah-buahan, dan kertas-kertas wang kepada nenek moyang. Mereka juga akan pergi menziarah kubur dan mengambil peluang untuk membersihkan kubur ahli keluarga yang lama tidak dilawati.
Perayaan kaum Cina yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Festival Perahu Naga iaitu perayaan yang disambut pada hari kelima dalam bulan kelima dalam calendar cina. Seperti namanya, pada hari ini mereka akan mengadakan pertandingan perahu naga. Ia akan diadakan di sungai besar di mana para peserta yang bertanding akan datang dengan perahu naga yang dihias cantik.
Kemudian perahu-perahu naga ini akan berlumba di sungai. Para peserta akan bekerja-sama dalam kumpulan untuk mengayuh dengan laju dan cuba untuk menjadi yang pertama sampai di garisan penamat. Perayaan ini adalah bertujuaan untuk mengeratkan hubungan dan menunjukkan sikap kerjasama serta perpaduan yang amat penting dalam hidup seharian.
Itulah dia info perayaan kaum cina yang kita mungkin tak tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pantang larang orang cina dan rahsia bisnes orang cina.
Rujukan:
1. Orang Kata