Setiap bangsa di dunia mempunyai pantang larang atau taboo yang tersendiri. Jika diperhatikan, pantang larang setiap bangsa adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Perbezaan ini wujud berdasarkan cara hidup, agama, dan kepercayaan masing-masing. Masyarakat cina juga mempunyai pantang larang mereka yang tersendiri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan pantang larang kaum cina yang masih diamalkan pada hari ini.

Masyarakat cina mempunyai pantang larang unik yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling. Mereka juga sangat bergantung kepada nasib dan tak hairanlah jika tukang tilik memainkan peranan yang penting dalam hidup mereka. Tukang tilik akan sentiasa dirujuk dalam segala hal bermula dari kelahiran, hidup seharian, perkahwinan dan juga kematian.

Sumber: Tsemrinpoche

1. Percaya bahawa ada angka yang membawa tuah dan ada angka yang membawa nasib malang

Pastinya anda tahu bahawa msyarakat cina sangat mengambil berat tentang angka yang digunakan. Ada angka yang menjadi kegemaran mereka dan ada angka yang akan dijauhkan bagi mengelakkan dilanda nasib malang. Menurut kepercayaan mereka, angka 4 membawa sial dan akan menyebakan hidup mereka dilanda malang kerana bunyi angka 4 sama seperti mati.

Sementara angka 8 pula membawa maksud kemewahan dan masa depan yang cerah. Maka tak hairan kalau orang cina sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan nombor 8 untuk alamat rumah dan nombor pendaftaran kenderaan.

2. Jangan memakai pakaian hitam atau putih semasa tahun baru cina

Perasan tak? Semasa sambutan tahun baru cina basyarakat cina akan memakai pakaian berwarna merah. Ini kerana warna merah akan membawa kekayaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang berada di dalam rumah. Adalah menjadi pantang besar bagi kaum cina untuk memakai pakaian berwarna hitam atau putih pada hari tersebut kerana ia adalah warna yang dipakai semasa berkabung.

3. Jangan memberi angpau dalam jumlah ganjil

Kebiasaannya angpau diberikan semasa sambutan tahun baru cina. Duit yang diisi didalam angpau perlu dikira dengan ebrhati-hati. Pastikan angpau diisi dengan jumlah genap. Jangan sesekali isi angpau dengan bilangan ganjil kerana akan membawa nasib malang kepada pemberi dan yang menerima.

4. Pantang larang semasa perkahwinan

Upacara perkahwinan adalah sangat penting bagi masyarakat cina dan mereka akan menjaga pantang larang dengan baik bagi memastikan rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat dan tidak diloanda musibah. Di antara pantang larang yang penting ialah:

  • Tetamu tidak boleh memakai baju berwarna hitam atau gelap semasa menghadiri majlis perkahwinan
  • Pasangan pengantin hendaklah memberikan teh kepada ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
  • Pengantin dan tetamu digalakkan memakai pakaian berwarna merah.
  • Tetamu yang kematian ahli keluarga tidak boleh memberi angpau kepada pasangan pengantin.
  • Tarikh perkahwinan tidak boleh dilangsungkan pada bulan perayaan hantu atau qing ming.
  • Pasangan pengantin dari nama keluarga yang sama tidak digalakkan.
Sumber: Youtube

5. Pantang larang semasa mengandung

Seperti masyarakat melayu, kaum cina juga mempunyai beberapa pantang larang semasa mengandung yang masih diikuti sehingga hari ini. Di antara pantang larang yang paling popular ialah:

  • Ibu mengandung tidak dibenarkan memaku kerana dikhuatitri anak dalam kandungan cacat akibat terkejut.
  • Ibu mengandung dilarang mengeluarkan kata-kata kesat atau memukul binatang kerana dikhuatiri anak yang dikandung akan terkena badi.
  • Ibu mengandung dilarang memikirkan tentang masalah kerana dikhuatiri masalah tersebut akan membelenggu anak apabila lahir nanti.
  • Ibu mengandung jangan selalu menggosok perut kerana dibimbangi anak akan menjadi terlalu manja apabila besar nanti.
  • Ibu mertua perlu menjaga ibu hamil sepanjang tempoh mengandung, bukannya suami.
  • Ibu mengandung tidak boleh makan buah yang tajam seperti nenas dan mangga kerana ditakuti anak akan menjadi terlalu besar.

6. Pantang larang selepas melahirkan anak

Bukan sahaja terdapat pantang larang semasa mengandung, terdapat juga pantang larang selepas melahirkan yang diamalkan oleh kaum cina. Di antara pantang larang yang masih diamalkan sehingga hari ini ialah:

  • Ibu yang baru melahirkan perlu berpantang selama 40 hari.
  • Dilarang mengalih perabot yang terdapat dalam bilik tidur ibu yang baru melahirkan.
  • Dilarang memuji berat badan bayi yang baru dilahirkan.
  • Kelahiran bayi hanya diraikan sebulan selepas kelahiran, bukannya sebaik sahaja dilahirkan.

7. Pantang larang semasa kematian

Berikut adalah pantang larang semasa kematian yang diamalan oleh kaum cina:

  • Upacara kematian diadakan dari 3-7 hari.
  • Angpau diberikan pada keluarga si mati.
  • Memakai pakaian putih atau hitam sebagai tanda berkabung.
  • Apabila masuk ke rumah simati, tetamu mestilah membawa sepasang lilin putih, duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga simati.
  • Mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh tetamu.
  • Tetamu akan diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.
  • Simati akan dipakaikan dengan pelbagai aksesori terutamanya wanita.
  • Keranda yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan cantik.
  • Tetamu dan ahli keluarga perlu menguatkan tangisan sebaik sahaja simati diusung ke tanah perkuburan.
Sumber: Jakartakita

Itulah dia info tentang  pantang larang kaum cina yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang rahsia bisnes orang cina.

Rujukan:

  1. 8 Adat Resam Pantang Larang Ketika Sambutan Tahun Baru Cina. Eztakaful

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.