Perkahwinan sememangnya adalah perkara yang diidam-idamkan oleh semua individu tidak kiralah wanita atau lelaki. Kita pasti inginkan kehidupan yang bahagia bersama pasangan masing-masing dengan ikatan yang sah.
Umumnya, perkahwinan bukanlah sesuatu yang sangat mudah khususnya kita yang terikat dengan adat nenek moyang. Jika tidak dibuat mengikut adat sebenarnya tidak mengapa tetapi harus mengikut hukum agama.
Namun dalam kalangan masyarakat pasti akan menjadi buah mulut yang kurang enak didengar serta menimbulkan fitnah. Jadi seelok-eloknya, buatlah majlis perkahwinan walaupun hanya sederhana sahaja.
Persediaan awal harus dilakukan dalam merencanakan majlis perkahwinan bagi memastikan majlis benar-benar indah dan bersejarah.
Dalam kesibukan mengatur majlis supaya berjalan lancar, mungkin kita terlepas pandang beberapa perkara tanpa adanya checklist perancangan perkahwinan. Oleh itu, pentingnya untuk kita senaraikan segala keperluan dan perancangan yang harus dibuat.
Jom mulakan perancangan persiapan perkahwinan, terdapat checklist perancangan perkahwinan, bajet dan kewangan sebelum berkahwin yang perlu kita tahu.
Antara perkara yang paling utama dilakukan adalah menentukan tarikh dan tempat nikah. Tanpa kedua-dua perkara penting ini, tidak akan berlangsunglah majlis perkahwinan anda.
Ada yang melangsungkan majlis akad nikah di rumah sendiri dan ada juga yang memilih masjid yang berhampiran.
Selalunya ramai yang memilih tarikh akhir tahun semasa cuti sekolah dan ada juga memilih waktu cuti umum. Terpulanglah kepada anda, namun persetujuan di antara kedua-dua belah pihak harus dicapai.
Tentukan tarikh dan lokasi majlis perkahwinan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum majlis dilangsungkan. Ini penting untuk menyediakan ruang dan masa kepada bakal pengantin menjalankan persiapan perkahwinan supaya berjalan lancar.
Sekiranya anda dan pasangan tinggal di dua negeri yang berbeza, jarakkan sedikit masa antara kedua-dua majlis untuk memastikan anda dan ahli keluarga tidak kepenatan kerana terkejar-kejar masa yang singkat.
Antara perkara yang perlu ada dalam checklist perancangan perkahwinan juga adalah jumlah dulang hantaran dan bajetnya. Wang Hantaran adalah umpama hadiah dan boleh digunakan oleh pengantin untuk membiayai kos majlis, kegunaan personal dan sebagainya.
Dulang dan barangan hantaran pula dianggap hadiah pemberian kepada pasangan masing-masing. Selalunya pengantin akan berbalas dulang mengikut bilangan yang ganjil.
Jom lihat beberapa contoh hantaran seperti di bawah:
Sudahkah anda jelas mengenai susunannya? Ia tidak wajib sebenarnya tetpi sudah menjadi adat orang Melayu bagi merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah keluarga.
Bajet kewangan sangat penting dalam majlis perkahwinan untuk berlangsung kerana semuanya perlukan duit. Pastikan anda menetapkan bajet kewangan mengikut kemampuan pasangan dan keluarga masing-masing. Biar ringkas tetapi suasananya meriah!
Setiap tahun, kos perkahwinan boleh dikatakan semakin meningkat kosnya. Jika merancang untuk berkahwin, pastikan anda mula menyimpan wang sedikit demi sedikit.
Untuk berjimat, anda boleh lihat contoh bajet yang kami sediakan sebagai checklist perancangan perkahwinan, bajet dan kewangan anda.
Antara kos yang perlu anda ambil kira di dalam bajet ini adalah seperti berikut.
Pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV juga menjadi faktor penting dalam melancarkan persiapan perkahwinan anda. Duhulu ia tidak menjadi kewajipan bagi pasangan yang ingin berkahwin, namun kini, setiap pasangan wajib melepasi saringan ujian HIV untuk berkahwin.
Hanya pergi ke Klinik Kesihatan berdekatan dan beritahu staff bahawa anda ingin melakukan ujian HIV untuk tujuan perkahwinan.
Kemudiannya, anda perlu menunggu beberapa sebulan hingga 3 bulan sebelum untuk pergi semula ke Klinik Kesihatan bagi mengambil keputusan ujian HIV.
Jika keputusan baik, tiada sebarang masalah, lampirkan keputusan tersebut dengan borang nikah untuk dihantar ke Pejabat Agama Islam. Jangan lupa untuk masukkan pemeriksaan kesihatan ke dalam checklist perancangan perkahwinan anda!
Sekiranya anda pernah mengikuti kursus kahwin ini boleh diabaikan point ini. Namun, sekiranya anda belum mempunyai sijil kursus kahwin, anda perlu mengikuti kursus kahwin di sekitar bandar anda.
Kursus perkahwinan juga adalah salah satu kewajipan sebelum berkahwin. Ia adalah syarat penting sebelum proses nikah berlaku.
Acara memotong kek semasa majlis perkahwinan memerlukan anda membuat tempahan kek perkahwinan seawal mungkin bagi mengelakkan tempahan penuh.
Pilih citarasa kek yang anda dan pasangan sukai dan tentukan corak serta hiasannya. Tidak membebankan kewangan sekiranya anda mahu berjimat cermat, beli sahaja kek Secret Recipe. Ia tidak memakan kos kewangan dan bajet yang besar.
Terdapat banyak cara untuk mencetak kad kahwin. Sama ada buat sendiri ataupun melalui tempahan. Sekiranya anda ingin menempah, bincangkan mengenai reka bentuk kad tersebut, kos percetakan dan harga pakej terbaik.
Banyak pakej yang murah, tetapi kenalah buat perbandingan. Jangan tempah terburu-buru!
Selalunya selepas acara akad nikah berlangsung, pengantin lelaki akan menyarung cincin atau gelang perkahwinan ke tangan pengantin perempuan semasa acara membatalkan wuduk.
Checklist perancangan perkahwinan yang penting adalah untuk membeli cincin perkahwinan. Anda boleh beli bersama pasangan atau biarkan pihak pengantin lelaki belikannya, tetapi berikanlah ukuran saiz jari anda.
Cari kedai pengantin pilihan anda dan tempah baju pengantin mengikut citarasa anda dan pasangan. Pastikan ia bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan. Jika tidak, anda akan menjadi bahan jenaka untuk pengunjung yang hadir!
Salah satu perkara yang harus anda masukkan dalam chekclist perancangan perkahwinan adalah khidmat jurugambar perkahwinan. Pilihlah khidmat jurugambar profesional untuk merakamkan moment bersejarah anda bersama pasangan.
Satu lagi perkara penting yang harus dimasukkan dalam checklist perancangan perkahwinan anda adalah khidmat dandan dan solekan. Anda perlu dapatkan khidmat dandanan yang bersesuaian dengan tema majlis.
Buat temujanji dan lihat sendiri hasil dandanan jurusolek tersebut. Sekiranya anda suka, tempahlah dengan segera untuk majlis perkahwinan anda kelak.
Bagi kedua-dua majlis pengantin lelaki dan perempuan, pastikan anda menyiapkan senarai jemputan tetamu yang akan hadir.
Jika majlis diadakan di dewan atau hotel, letakkan nama tetamu tersebut pada tempat duduk tersebut. Ia akan membantu melancarkan majlis anda nanti.
Selalunya para pengantin akan memilih pengapit dan dulang boys atau girls ini dari kenalan rapat masing-masing. Ada juga yang memilih sepupu sendiri untuk menjadi pengapit ataupun menjadi gadis bunga telur.
Semuanya terpulanglah kepada anda, asalkan majlisnya sangat meriah dan berjalan dengan lancar.
Tidak perlu membazir, berikan doorgift atau buah tangan yang simple dan mudah sahaja. Kalau dulu, orang amalkan beri bunga telur. Kini, ramai yang dah mula beri kuih bahulu atau kerepek yang dibungkus cantik-cantik.
Perancangan perkahwinan, bajet dan kewangan anda turut mempengaruhi jenis doorgift yang akan anda peruntukkan buat para tetamu.
Jangan lupa untuk peruntukkan berapa banyak makanan yang perlu katering siapkan untuk majlis anda. Untuk satu jemputan kad kahwin, anda boleh anggarkan seramai 5 orang makan kerana 1 kad pasti mewakili 1 keluarga untuk datang.
Pastikan bajet dan kewangan anda dilebihkan untuk bahan makanan berbanding hal yang lain kerana tetamu haruslah diutamakan.
Itulah dia checklist perancangan perkahwinan harus kita ambil tahu. Jangan gagal untuk merancang! Jom baca juga Cara Simpan Duit Gaji RM1,000, Simpanan Tabung Haji dan Punca Masalah Kewangan Selepas Berkahwin.