Kesilapan yang selalu dilakukan oleh graduan baru ialah setelah memiliki gaji pertama, mereka akan menghabiskan wang tersebut dengan membeli barang yang sudah lama diinginkan. Duit simpanan dan kecemasan juga tidak diasingkan dari awal, maka duit gaji tersebut akan habis begitu sahaja.

Apabila duit poket tinggal RM20 untuk duit makan mulalah berjimat, makan maggi sehingga gaji seterusnya masuk. Akibat daripada ini, mulalah muncul persoalan gaji yang tidak mencukupi, kos taraf hidup yang terlalu tinggi, minyak petrol naik 2 sen pun bising.

Semasa dapat gaji, tidak fikir pula untuk berjimat-jimat. Hal ini perlu dielakkan daripada berlaku. Banyak perkara yang dilakukan oleh graduan baru adalah tindakkan yang salah dan mengakibatkan duit sentiasa tidak mencukupi. Apakah perkara tersebut?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 16 penyebab duit sentiasa tidak mencukupi. Info ini dikongsikan oleh Encik Afyan Mat Rawi. Beliau merupakan Consultant di INFAQ Consultancy dan Islamic Financial Planner (IFP). Beliau juga gemar berkongsikan tips mengenai kewangan di laman Facebook nya.

Imej via iluminasi.com

16 Penyabab duit tidak mencukupi

1. Beli kereta yang berharga melebihi setahun gaji

2. Tidak berdisiplin apabila menggunakan kad kredit.

3. Buat personal loan untuk tampung kos perkahwinan.

4. Terjebak skim cepat kaya.

5. Beli rumah untuk tinggal sendiri dengan installment yang lebih tinggi daripada kadar sewa.

6. Belanja sama banyak dengan duit gaji. Lagi teruk, belanja melebihi gaji.

7. Tidak disiplin untuk membuat simpanan. Tiada rancangan untuk membuat pelaburan.

8. Berkira untuk memberi sumbangan kepada ibu dan ayah. Berkira juga untuk bersedekah dan menderma.

9. Duit lebih banyak untuk tampung gaya hidup, bukan sara hidup, seperti handphone, gajet, bil telefon, bil internet dan lain-lain.

10. Sukakan skim pembiayaan mudah a.k.a hutang dengan mudah apabila membeli barang.

11. Suka membeli-belah secara online.

12. Menghabiskan duit untuk menjaga jodoh orang lain.

13. Belanja makan di restoran mahal hanya untuk ambil gambar selfie dan update di media sosial.

14. Berhutang, tapi culas nak bayar. Contoh, hutang PTPTN.

15. Hutang tak bayar, tapi boleh pula pergi travel.

16. Nak ambil takaful, kata membazir. Lepas kena musibah, marah kenapa tidak boleh cover.

*Berikut adalah punca dan penyebab kenapa duit sentiasa tidak mencukupi. Tiada perancangan untuk masa hadapan. Tidak banyak pun jika simpan 20% daripada gaji untuk wang kecemasan. Jika mahu mudah, simpan sahaja ke dalam tabung haji. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.