Penyata aliran tunai merupakan salah satu daripada laporan-laporan kewangan suku tahunan yang mana sesebuah syarikat yang diniagakan secara awam perlu umumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa atau “Securities and Exchange Commission (SEC)”.

Penyata aliran tunai menyediakan data berkaitan kesemua aliran masuk tunai yang diterima oleh sesebuah syarikat sama ada daripada operasinya yang berterusan ataupun daripada sumber-sumber pelaburannya yang lain. Selain itu, penyata ini juga menyediakan data berkaitan kesemua aliran keluar tunai yang digunakan untuk perbelanjaan aktiviti-aktiviti perniagaan dan juga pelaburan-pelaburan untuk suku tahun tertentu.

Oleh kerana syarikat-syarikat awam lebih cenderung untuk menggunakan perakauan akruan, penyata-penyata pendapatan yang mereka keluarkan pada setiap suku tahun mungkin tidak begitu menggambarkan perubahan mereka di dalam kedudukan tunai.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah syarikat mendapat satu kontrak besar, kontrak tersebut akan dikenal pasti sebagai hasil, (justeru merupakan pendapatan), namun demikian, syarikat tersebut mungkin belum menerima tunai daripada kontrak tersebut sehinggalah kemudian hari. Walaupun syarikat itu mungkin telah memperoleh keuntungan pada pandangan akauntan dan turut membayar cukai pendapatan untuk perkara tersebut, namun, syarikat itu mungkin menamatkan suku tahun tersebut dengan tunai yang kurang daripada semasa permulaan suku tahun tersebut.

Syarikat-syarikat yang memperoleh banyak keuntungan sekalipun tidak mampu menguruskan aliran tunai mereka dengan baik. Oleh sebab itu penyata aliran tunai amat penting. Ini kerana penyata ini membantu para pelabur untuk melihat sama ada sesebuah syarikat itu mempunyai masalah kewangan.

Jemput juga baca artikel:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.