Bilakah masa terbaik untuk beli saham? Itulah selalunya persoalan yang timbul bagi mereka baru ceburi bidang pelaburan saham.

Mungkin betul jika ada yang mengatakan mereka yang terlibat dalam bidang pelaburan ni mesti berjiwa besar dan berani menanggung risiko. Pelaburan pasaran saham ada naik dan turunnya. Nak beli saham bukan boleh main beli je, kena kaji trend pasaran dan bijak merangka strategi.

Menurut Tuan Arif Shah, masa yang paling sesuai untuk membeli saham bagi tujuan pelaburan (bukan trading/short term play) adalah hari yang macam hari ini di mana banyak kaunter jatuh. Iaitu kalau anda memang dah buat kajian saham apa yang nak dibeli dan dah sediakan modal.

Masa Terbaik Beli Saham

Imej via Pixabay

Sebenarnya tak ada waktu tertentu bila nak beli saham. Namun waktu kaunter macam ni adalah antara yang terbaik untuk membeli. Dari sini boleh nampak samada sesuatu saham tu mempunyai high confidence level dikalangan pelaburnya ataupun tidak.

Ada pakar menyatakan ialah bulan Ogos adalah reporting month bagi kebanyakan syarikat untuk mengumumkan laporan suku kedua mereka. Jadi bagi syarikat yang memang bagus untuk pelaburan, laporan suku kedua yang bagus akan menjadi booster untuk saham syarikat tersebut melonjak.

Masa Terbaik Beli Saham

Analisis teknikal merupakan salah satu metodologi analisa pasaran yang dipraktikkan bagi meramal pergerakan harga pasaran melalui kajian data pasaran lampau. Untuk menentukan masa terbaik beli saham, anda perlu dalami ilmu analisis teknikal.

Segala Maklumat Berkenaan Pasaran Berada Di “Price Action”

Di dalam analisa fundamental, fokus banyak diberikan kepada maklumat-maklumat kewangan sesuatu syarikat seperti maklumat pendatapan  dan jumlah jualan dalam menentukan nilai sesuatu  saham. Seorang penganalisa teknikal pula tidak menitikberatkan persoalan “mengapa”  sesuatu saham atau aset itu didagangkan pada harga tertentu, sebaliknya lebih tertarik kepada ke mana harga akan membuat pergerakkan.

Pendek kata, seorang penganalisa  teknikal percaya bahawa segala berita “bullish” dan “bearish” yang dilaporkan sudah diambil kira di dalam informasi harga. Fokus lebih diberikan kepada momentum yang memacu tren semasa sambal membuat aggaran bila dan dimana situasi semasa bakal berubah.

Volume Dagangan Mengandungi Maklumat-Maklumat Penting

Banyak pergerakan harga seperti “breakout” ke puncak yang baru, lebih bermakna jika ianya berlaku dengan volume dagangan yang lebih tinggi dari biasa. Bagi majoriti penganalisa teknikal, semakin tinggi volume dagangan semakin “valid” breakout tersebut.

Ini adalah kerana volume yang besar menggambarkan keyakinan tinggi traders di dalam pasaran. Oleh sebab itu, volume pasti menjadi indikator atau tool pertama yang ditambah ke dalam carta bagi mana-mana penganalisa teknikal.

Pasaran Di dorong Oleh Faktor-Faktor Psikologi Selain Daripada Nilai Fundamental

Permintaan bagi sesuatu sekuriti menaik dan menurun berdasarkan penilaian terkumpul yang dilakukan trader-trader baik atas penilaian sebenar mahupun penilaian luaran sesuatu sekuriti. Contohnya, pengumuman berkenaan bilangan jualan yang memberangsangkan dan pendapatan yang semakin berkembang untuk sesuatu syarikat bakal mengakibatkan trader-trader mempunyai pandangan yang “bullish” untuk saham syarikat itu.

Kesannya, dengan permintaan yang tinggi untuk saham syarikat ini harga saham secara semulajadi akan melonjak naik. Seorang penganalisa teknikal akan cuba mengenalpasti senario ini dengan melihat “price action” yang semakin memberangsangkan dan peningkatan pada volume dagangan.

Harga Selalu Bergerak Mengikut Tren dan Pattern.

Persepsi umum boleh berubah-ubah tidak mengira masa. Ada masanya perubahan ini memberi kesan kepada persepsi mengenai keseluruhan pasaran saham secara umum.

Ada masanya pula perubahan ini memberi kesan hanya kepada segmen tertentu di dalam pasaran ataupun hanya saham-saham tertentu. Namun kebiasaannya, harga asset-aset ini lebih banyak bergerak tanpa ada sebarang “news” yang dapat menjelaskan mengapa pergerakan harga tersebut berlaku.

Jadi, ia kelihatan seolah-olah pergerakan harga adalah secara rawak. Walaubagaimanapun, sejarah menunjukkan price action akan selalu mengikut pattern atau tren.

Apa dia trend? Trend bermaksud hala tuju saham, dan ada 3 trend iaitu Uptrend (pergerakan menaik saham), Downtrend (pergerakan menurun saham) dan Sideways (pergerakan mendatar saham). Kebiasaannya ia akan bergerak secara zig-zag.

2 Elemen Utama Dalam Trend

Konsep support dan resistance merupakan dua perkara yang paling banyak digunapakai dalamteknikal analisis. Istilah ini digunakan untuk menentukan paras harga sesuatu saham sama ada berpotensi untuk meneruskan aliran naik atau menurun.

Support (Harga Sokongan)

Harga saham bergerak secara zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun. Support ini berguna tatkala harga sedang menurun.

Setiap saham anda kena kaji di mana nak letak Support, kerana anda perlu set alert jika ianya cecah harga tersebut; maka anda dah boleh bersedia untuk menjual. Ini penting supaya anda tidak alami kerugian yang melampau. Ia juga dikenali sebagai stop loss.

Resistance (Harga Rintangan)

Ianya adalah berlawanan dengan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.

Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah capai target harga yang anda nak. Jika harga saham menurun dan gagal memecah harga rintangan, sila jual. Jika ia berjaya melepasi harga rintangan, boleh beli lebih banyak dan ikut saja trend tersebut.

Cara Mengetahui Support dan Resistance

Teknik yang selalu digunapakai untuk menentukan paras support dan resistance adalah dengan mengenalpasti sejarah harga terendah dan harga tertinggi sesuatu saham. Langkah-langkanya:-

  1. Lihat history pergerakan harga saham pada suatu waktu tertentu.
  2. Kenalpasti harga tertinggi dan terendah dari pergerakan harga tersebut.
  3. Buat garisan melintang pada harga tertinggi dan terendah tersebut.

Kaedah ini adalah salah satu cara paling mudah untuk menentukan support dan resistance serta berguna untuk mengenalpasti pergerakan harga pada masa akan datang.

Apa yang perlu kita lihat dan faham adalah support dan resistance, bukan harga pasaran semasa pada waktu itu sahaja. Dalam pergerakan harga saham, kita akan selalu melihat penurunan harga yang melebihi paras harga support ketika itu dan juga kenaikan melebihi paras harga resistance ketika itu. Ini adalah perkara biasa dalam pergerakan harga saham, ia akan kerap menguji melebihi paras harga support dan paras harga resistance.

Fungsi Lain Bagi Support Dan Resistance

  • Apabila harga pasaran bergerak melebihi resistance, paras harga candlestick tersebut juga boleh dijadikan support yang baru.
  • Sekiranya harga pasaran semasa bergerak dan kerap menguji tahap support dan resistance, ini bermakna support dan resistance tersebut
  • Sekiranya harga pasaran melebihi tahap support dan resistance, jangkaanharga yang baru boleh dikenalpasti berdasarkan kepada kekuatan paras support dan resistance yang telah break.

Kesimpulan

Para pelabur seharusnya menyediakan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan analisa. Ini membolehkan mereka memahami pergerakan pasaran dan faktor-faktor yang menggerakkan pasaran dengan lebih mendalam dan hasilnya mereka akan lebih yakin dengan Trading Plan hasil kajian mereka sendiri.

Rujukan

Ariff Shah

Majalah Labur

 

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.