Aset boleh didefinisikan sebagai satu sumber yang mempunyai nilai ekonomi yang dimiliki atau dikawal oleh seseorang individu, sesebuah syarikat atau sesebuah negara dengan jangkaan bahawa ianya akan memberi faedah pada masa hadapan.

Sesuatu aset itu dibeli untuk meningkatkan nilai sesebuah firma. Seseorang individu atau sesebuah organisai perlu memikirkan sesuatu aset sebagai suatu alat atau instrumen yang boleh menjana aliran tunai. Aset boleh jadi satu peralatan atau kelengkapan sesebuah syarikat atau harta sewa seseorang.

Selain itu juga, aset juga merupakan satu butiran di dalam lejar perakaunan atau kunci kira-kira yang menunjukkan apa yang dimiliki oleh sesebuah syarikat atau perniagaan. Dalam konteks perakaunan, aset boleh menjadi sama ada aset semasa atau aset tetap (bukan semasa). Aset semasa bermaksud aset dalam tempoh satu tahun seperti tunai, akaun penghutang dan inventori. Manakala aset tetap pula dijangka mendatangkan faedah pada tempoh melebihi satu tahun. Sebagai contoh, antara aset tetap adalah kelengkapan pengeluaran, bangunan dan juga hartanah.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.