Gaji rendah tidak menghalang kita daripada memiliki sebuah rumah tersendiri. Orang akan memberi alasan kenapa mereka tidak dapat membeli rumah kerana gaji yang kecil dan takut tidak mampu untuk membayar duit rumah setiap bulan atau bank tidak meluluskan perjanjian pembelian rumah.

Alasan kedua itu boleh diterima, ia kerana mungkin persediaan dokumen yang tidak lengkap dan deposit duit rumah yang tidak mencukupi mengakibatkan bank tidak meluluskannya. Alasan pertama itu tidak boleh diterima kerana, ada orang yang gaji hanya RM2000 tetapi boleh membeli rumah. Bagaimana?

Caranya adalah membuat tabung simpanan awal-awal lagi. Ketika kita mula bekerja, kita perlu membuat simpanan untuk membeli rumah kerana waktu itu kita tidak ada banyak komitmen yang perlu kita tanggung. Waktu itu juga adalah waktu yang paling sesuai untuk menabung.

Selain itu, kita perlu tahu panduan asas sebelum membeli rumah. Apakah panduan-panduan tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 panduan asas sebelum membeli rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via Halalmoney

6 Panduan asas sebelum membeli rumah

1. Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yang boleh dibeli dengan gaji kau. Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji kau tu.

2. Kau kena buktikan kepada pihak bank yang kau mampu bayar ansuran bulanan. Macam mana nak buktikan? Kena ada hitam putih la. Kau cakap kau ada simpanan RM20K pun bank tak percaya kalau cakap kosong. Jadi, kepilkan segala sokongan pendapatan kau tu seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB.

3. Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR). Yang ni kau kena jaga. Kau kena pastikan bawah 60% kalau kau bergaji bawah RM3000. Kalau kau dah ada hutang kereta, hutang peribadi, kau kena tambahkan pendapatan kau dulu.

4. Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN kau barai, baiki dulu. Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP. Ingat kalau hutang PTPTN kau tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin kau mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?

5. Cari hartanah yang ansuran bulanannya tidak melebihi RM1000 sebulan. Gunakan formula kiraan kasar;

Ansuran bulanan X 200 = Anggaran Harga Rumah

Contoh: RM1000 X 200 = RM200,000

Jadi, kalau kau mampu simpan RM1000 sebulan barulah kau boleh beli rumah berharga RM200K.

6. Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank. Kau kena kaji potensi rumah yang kau nak beli terlebih dahulu.

*Berikut adalah panduan asas yang perlu kita tahu sebelum membeli rumah. Kiraan gaji juga kita perlu lakukan, jika tidak takut kita tersalah membuat keputusan membeli rumah. Perkara pertama yang perlu kita ingat adalah membeli rumah perlu ikut kemampuan sendiri. Selain itu, cuba cari idea lain untuk menambah pendapatan seperti membuat pelaburan.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.