Tahukah anda, orang asli terdapat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, kecuali di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Perlis. Tiada masyarakat orang asli dijuampai di dua negeri tersebut. Terdapat pelbagai suku kaum atau bangsa orang asli di Malaysia dan di antara yang terkenal ialah suku kaum Batak, Jakun, Senoi, Negrito dan Melayu proto. Walau pun mereka mempunyai pelbagai kaum, namun terdapat beberapa persamaan di antara mereka.

Sumber: Wikipedia

Dari aspek kepercayaan, asalnya kaum orang asli di Malaysia memegang kepercayaan animism iaitu mempercayai dewa-dewa, keramat, dan roh. Terdapat juga banyak pantang-larang dan ritual yang diamalkan oleh masyarakat orang asli di Malaysia dan kebanyakannya hampir sama untuk semua suku kaum. Dari segi sosial, sehingga hari ini masyarakat masyarakat orang asli masih diketuai oleh Tok Batin yang berfungsi sebagai:

  • Bertanggungjawab menjaga ketenteraman masyarakat dibawah jagaannya
  • Menjadi penghubung di antara masyarakat orang asli dan orang luar.
  • Menentukan peraturan bagi penduduknya.
  • Menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh anak buahnya.

Masyarakat orang asli tak kira bangsa sangat terkenal dengan sikap bersatu-padu dan bekerjasama di antara mereka. Selain itu mereka juga masih berpegang kuat kepada bomoh. Bomoh orang asli dikatakan mempunyai kuasa sihir atau ilmu hitam yang sangat ampuh sehinggakan masyarakat luar juga mendapatkan khidmat bomoh orang asli.

Walau bagaimana pun, sejak akhir-akhir ini sudah ramai orang asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan animisme memandangkan ada banyak pergerakan agama yang masuk ke kawasan perkampungan orang asli untuk menyebarkan agama mereka. Di antara dua agama yang aktif menyebarkan agama di kalangan orang asli ialah islam dan kristian. Kini sudah ramai orang asli yang menganut kedua agama ini. Mereka bercakap menggunakan bahasa masing-masing.

Suku kaum asli Negrito

Kaum Negrito ialah orang asli yang terkecil di Malaysia dan mendapat nama Negrito kerana rupa paras mereka yang seperti orang negro di Afrika. Apa yang menarik, rupa paras suku kaum asli Negrito juga seiras seperti orang asli di Andaman dan Filipina. Rumah suku kaum asli Negrito adalah dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus.

Mereka asalkan hidup secara berpindah-randah untuk mencari makanan di dalam hutan seperti buah-buahan, pokok, dan haiwan buruan. Namun kini mereka sudah tinggal di kampung yang disediakan oleh kerajaan. Di antara suku kaum Negrito adalah seperti berikut:

  1. Suku Kensiu. Orang asli Negrito suku Kensiu tinggal di Kampong Lubuk Legong ,Baling, Kedah. Kini mereka bergelar penoreh getah.
  2. Suku Kintak. Suku Kintak tinggal di daerah Gerik, Hulu Perak. Mereka hidup dengan bergantung kepada makanan dari sumber hutan seperti buah-buahan, tanaman dan juga haiwan buruan.
  3. Suku Lanoh. Orang asli Negrito dari suku Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak .
  4. Suku Jahai boleh ditemui di Hulu Perak seperti Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Mereka juga boleh ditemui Sungai Rual dan Jeli, Kelantan.
  5. Suku Mendriq tinggal di kawasan Gua Musang, Kelantan.
  6. Suku Bateq boleh ditemui di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan.
Sumber: Wikipedia

Suku kaum asli Senoi

Oranga asli Senoi boleh ditemui di lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu:

  1. Temiar. Suku Temiar sangat berpegang kuat kepada jampi dan mimpi.Tempat tinggal mereka pula perlu jauh dari tanah perkuburan, pokok kayu keras seperti merbau, kawasan berpaya, air terjun dan sungai besar.
  2. Suku Semai boleh ditemui di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Tok batin mereka dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
  3. Semoq Beri boleh ditemui Pahang dan Terengganu.
  4. Suku Jahut boleh ditemui di Temerloh dan Jerantut, Pahang. Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan dammar, menangkap ikan, memburu binatang dan bercucuk-tanam padi huma, jagung serta ubi.
  5. Suku Mah Meri dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut serta bekerja sebagai nelayan.Mereka hidup dengan brgantung kepada sumber laut.
  6. Suku Che Wong tinggal di Raub dan Temerloh, Pahang.

Suku kaum asli Melayu Proto

Mereka dikenali segagai Melayu Proto kerana hiduo berhampiran dengan orang melayu serta mempunyai adat resam dan kebudayaan mereka juga hampir sama dengan masyarakat melayu. Orang asli Melayu Proto terbahagi kepada beberapa suku iaitu:

  1. Kuala. Yang berasal dari kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor.
  2. Kanaqboleh ditemui di kampung Selangi, Mawai di daerah Kota Tinggi Johor.
  3. Seletar atau “Sea Gypsies” tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Mereka boleh ditemui di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura. Mereka bergantung kepada hasil laut untuk hidup.
  4. Jakun berasal dari Yunan, Selatan Cina. Mereka masih mengamalkan animism sehingga hari ini.
  5. Semelai tinggal di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Rupa mereka tak ubah seperti orang melayu.
  6. Temuan tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan.

Itulah dia info tentang orang asli di malaysia: kajian sejarah, kehidupan, bahasa dan makanan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang fakta menarik dunia dan kisah Mahsuri

Rujukan:


1. Masyarkat Orang Asli. JKKN

2. Suku Kaum Bangsa. JKOA

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.