Perbankan Internet adalah produk perbankan canggih yang dihasilkan oleh Bank Islam yang membolehkan para pelanggan untuk melakukan urusan bank dari rumah tanpa perlu menjejakkan kaki ke mana-mana cawangan Bank Islam. Di antara urusan yang boleh dilakukan melalui online banking Bank Islam adalah seperti:
Transaksi kewangan
Menyemak baki
Pindahan wang
Menukar PIN kad ATM
Membeli tiket penerbangan
Semakan akaun bank secara online
Selain transaksi kewangan yang kami nyatakan di atas, anda juga boleh menyemak akaun bank anda dengan lebih lanjut dan secara terperinci menggunakan online banking Bank Islam. Di antara maklumat yang boleh anda semak secara online ialah:
Account summary
E-Statement
Cheque Management
Internet Banking Transaction History
Within Bank Islam To Own or Third Party Account
To Other Bank via IBG and Instant Transfer IBFT
Maintenance of Future Funds Transfer or Favourite Accounts
Make Payment
To Own Bank Islam Card-i
To Own Financing
Prepaid Reload
Open or Registered Bill
JomPAY Open or Registered Bill
Auto Debit
Bill Presentment
E-Sadaqah / Wakaf
Maintenance of Favourite Bill Payment or JomPAY
Syarat daftar online banking Bank Islam
Anda boleh mendaftar online banking Bank Islam melalui mesin ATM atau datang terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan di cawangan Bank Islam terdekat. Namun begitu jika anda ingin membuka akaun perbankan internet Bank Islam, terlebih dahulu anda perlu memenuhi syarat-syarat yang berikut atau permohonan anda akan ditolak. Di antara syaratnya ialah:
Memiliki kad debit atau kad ATM Bank Islam
Memiliki nombor PIN untuk kad yang dimiliki
Memiliki akaun bank jenis akaun individu atau perseorangan
Berumur 18 tahun keatas
Cara daftar online banking Bank Islam
Setelah pasti bahawa semua syarat yang dinyatakan di atas telah dipenuhi, anda boleh mendaftar online banking Bank Islam dengan melakukan langkah-langkah yang berikut:
Pastikan anda membaca dan memahami term of service yang dinyatakan
Tandakan tick [ √ ] I have read and understood the above Terms and Conditions
Klik butang Continue
Sila masukan 16 digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN kad anda, kemudian klik butang Continue
Sila masukan data yang diperlukan iaitu nama, nombor kad pengenalan, user ID, password, confirm password, email, nombor telefon bimbit, private word, pilih private image, pilih soalan dan jawapan.
Klik butang Submit
Maklumat yang telah anda masukkan tadi akan terpapar. Jika berpuas hati dengan semua maklumat dan bersetuju, sila klik butang Confirm
Anda akan menerima SMS dari pihak Bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit anda telah berjaya
Cuba untuk login menggunakan username dan password tadi. Sekiranya berjaya, bermakna pendaftaran anda sudah berjaya. Sekiranya anda tidak berjaya untuk login, anda boleh hubungi customer service Bank Islam untuk mendapatkan bimbingan tentang langkah seterusnya yang perlu anda lakukan.
Ingin kami ingatkan supaya anda menyalin atau mencetak maklumat akaun yang anda masukkan semasa pendaftaran untuk kegunaan dimasa hadapan.terutamanya maklumat penting seperti username ID, password, private word, private image, serta soalan dan jawapan. Untuk bahagian soalan dan jawapan pastikan anda menjawab dengan betul dan jujur supaya anda dapat menjawab semula dimasa hadapan. Sekiranya anda memberikan jawapan yang tidak tepat atau direka-rika, dikhuatiri anda akan terlupa jawapan tersebut apabila perlu menjawab semula soalan yang sama.
Cara Link kan kad ATM Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji
Selain online banking, Bank Islam juga menyediakan perkhidmatan untuk menyambungkan atau link kad ATM anda ke akaun Tabung Haji. Dengan cara ini anda boleh memindahkan duit dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji dengan mudah. Caranya:
Masukkan Kad ATM Bank Islam anda beserta Nombor Pin
Pilih menu ‘Tabung Haji’
Pilih menu ‘Daftar Akaun TH-Sendiri’
Masukkan nombor kad pengenalan anda
Masukkan Nombor akaun Tabung Haji anda
Masukkan Nombor Siri Buku Tabung Haji anda
Semakan baki akaun Tabung Haji secara online banking Bank Islam
Selain menyambungkan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Islam anda, Bank Islam juga menyediakan perkhidmatan semakan baki akaun Tabung Haji secara online banking. Di antara urusan yang boleh anda lakukan ialah:
Semakan baki
Pengeluaran duit dari akaunTabung Haji
Deposit atau simpanan duit tunai di akaun Tabung Haji
Pindahan duit dari akaun Bank Islam ke Tabung Haji dan sebaliknya
Pindahan duit dari akaun tabung Haji anda ke akaun Tabung Haji orang lain
Mini penyata akaun Tabung Haji
Pendaftaran haji
Semakan pendaftaran haji
Semakan link kad ATM Bank Islam dan akaun Tabung Haji
Membatalkan link kad ATM Bank Islam dan akaun Tabung Haji
Itulah dia info tentang online banking Bank Islam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang aplikasi DuitNow.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.