Perkhidmatan DuitNow kini dilancarkan melalui saluran perbankan Internet dan/atau mudah alih bagi 14 institusi bank di negara ini. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh PAYMENTS Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

DuitNow, membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima. Kini tersedia kepada orang ramai menerusi 14 bank tempatan dan juga asing.

DuitNow

Antara manfaat yang boleh anda nikmati berbanding cara konvensional adalah anda tak perlu lagi mengingati nombor akaun si penerima. Sebaliknya tahu nombor telefon sudah mencukupi.

Pelanggan yang ingin menerima pemindahan dana melalui perkhidmatan ini dengan menggunakan nombor telefon bimbit. Mereka perlu melakukan pendaftaran satu kali saja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor akaun bank mereka.

Mereka juga boleh memautkan nombor MyKad atau MyPR, nombor tentera atau polis. Boleh juga nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan ke akaun bank mereka untuk menerima wang.

Pemindahan dana sehingga RM5,000 adalah percuma bagi semua pengguna dan perusahaan kecil sederhana (PKS). Di mana pelanggan boleh melakukan pemindahan dengan mengakses tab DuitNow. Iaitu di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran perbankan internet atau mudah alih bank masing-masing.

Sesetengah bank juga akan mengetepikan caj transaksi perkhidmatan ini bagi pemindahan dana melebihi RM5,000. Perkhidmatan ini adalah fasa pertama dalam langkah beberapa tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruktur pembayaran runcit di Malaysia.

Usaha ini bertujuan memperkenalkan satu platform yang kos efektif, tangkas dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baru.

Senarai Bank Yang Menawarkan Perkhidmatan DuitNow

Perkhidmatan DuitNow kini dilancarkan melalui saluran perbankan Internet dan/atau mudah alih bagi 14 institusi bank di negara ini. Bank-bank yang terbabit adalah

  • Ambank (M) Berhad,
  • Bank Islam Malaysia Berhad,
  • Bank of China (Malaysia) Berhad,
  • BNP Paribas Malaysia Berhad,
  • CIMB Bank Berhad,
  • Citibank Berhad,
  • Hong Leong Bank Berhad,
  • HSBC Bank Malaysia Berhad,
  • Malayan Banking Berhad,
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad, .
  • Public Bank Berhad,
  • RHB Bank Berhad,
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad.

Rangkaian institusi-institusi yang menawarkan perkhidmatan DuitNow akan diperluaskan dengan penambahan 17 bank dan syarikat e-dompet tidak lama lagi.

Bank-bank di Malaysia bekerjasama bagi memberi kemudahan kepada pelanggan. Supaya mereka dapat melihat pendaftaran masing-masing di semua bank apabila mengunjungi perbankan internet atau mudah alih bagi mana-mana daripada bank terbabit.

Selain bank, penyedia perkhidmatan e-wallet turut boleh menyertai rangkaian DuitNow dengan melakukan pendaftaran dengan Bank Negara. Hal ini bermakna, perpindahan wang kelak tidak lagi terhad dalam kalangan bank sahaja sebaliknya antara e-wallet dengan bank bakal direalisasikan.

Bagaimana Untuk Guna

  1. Pendaftaran

Log masuk ke Perbankan Internet bank anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Kemudian cari DuitNow di bawah menu ‘Funds Transfer’ (Pemindahan Wang) atau ‘Send Money’ (Hantar Wang).

Lakukan pendaftaran sekali bagi membolehkan DuitNow menghubungkan ID anda. (Samada nombor telefon atau nombor Kad Pengenalan) dengan akaun bank atau akaun e-Wang anda.

  1. Pemindahan

Dah daftar, proses untuk pemindahan wang cukup mudah iaitu sama seperti di atas:

Log masuk ke Perbankan Internet bank anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Cari DuitNow di bawah menu ‘Funds Transfer’ (Pemindahan Wang) atau ‘Send Money’ (Hantar Wang).

Masukkan ID penerima dan sahkan butiran pemindahan wang tersebut. Wang akan dipindahkan serta-merta ke dalam akaun penerima.

Untuk keterangan lanjut boleh layari LAMAN ini

duitnow

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.