Apa itu metabolisme?
Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, salah satu perkara yang perlu anda lakukan ialah untuk meningkatkan metabolisme. Ini kerana metabolisme yang tinggi akan membantu membakar kalori dan lemak dengan lebih cepat. Kesannya? Anda akan lebih cepat kurus. Apa itu metabolisme? Jom kami kongsikan cara meningkatkan metabolisme untuk turunkan berat badan.
Dari sudut bahasa, metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Jika kita bercakap tentang metabolisme dari sudut fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme bermaksud jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Seperti yang kita tahu, tubuh badan membakar kalori untuk mendapat tenaga.
Lebih tinggi metabolism, lebih cepat tubuh badan kita membakar kalori. Tubuh badan kita sebenarnya sentiasa membakar kalori secara berterusan, termasuk sewaktu kita tidur. Namun tahap metabolisme setiap individu adalah berbeza. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Apabila kita sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, adalah amat penting untuk kita meningkatkan kadar metabolisme.
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan metabolisme untuk turunkan berat badan?
Anda selalu dengar pesanan ini. Nak kurus? Pastikan minum air yang secukupnya. Pastikan minum 8 gelas air sehari seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Bagaimana minum air dengan secukupnya membantu meningkatkan metabolisme? Apabila tubuh badan mendapat air yang secukupnya, fungsi badan akan bergerak pada tahap optimum. Oleh itu, metabolism juga akan meningkat secara automatik.
Nak kurus? Jangan biarkan perut berada dalam keadaan kosong. Pastikan anda selalu snacking makanan berkhasiat bagi mengisi perut yang kosong. Kenapa? Apabila kita lapar, ia adalah signal bahawa tubuh kita kekurangan tenaga, maka kita perlu makan agar tubuh mendapat tenaga yang diperlukan. Namun elakkan snek atau jajan yang tinggi kalori. Pilih snek sihat yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi, salad dan yogurt.
Tidur yang secukupnya iaitu 7 hingga 8 jam sehari adalah sangat penting untuk mendapatkan metabolism yang tinggi. Ini kerana seseorang yang tidak cukup tidur akan mengaami keadaan di mana metabolism menurun akibat tubuh badan tidak berfungsi secara optimum. Selain tidur yang cukup, rutin tidur yang konsisten juga memainkan peranan yang penting untuk kurus.
Orang kata, nak kurus jangan stress. Kenapa? Ini kerana apabila kita stress, ia menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah kortisol di dalam tubuh badan. Kortisol adalah hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Semakin tinggi kadar stress, semakin tinggi kadar hormon kortisol dalam badan. Selain itu, stress juga akan menyebabkan kita makan dengan banyak. Setuju?
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh badan akan mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak lalu menyebabkan lemak susah untuk dibakar. Oleh itu ambil kalsium bagi memastikan tubuh badan mendapat kalsium yang secukupnya.selain suplemen, kalsium juga boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti:
Kita biasa dengar orang yang sedang diet akan minum the hijau setiap hari. Kenapa? Teh hijau
dan teh oolong menjadi pilihan mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ia mengandungi polifenol yang berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisme. Teh hijau adalah alternatif terbaik untuk minuman bergula yang lain.
Kajian menunjukkan bahawa berjemur dibawah sinar matahari mampu meningkatkan kadar metabolisme. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Pada hujung minggu ambil sedikit masa untuk berjalan-jalan di taman sambil melihat kehijauan. Selain meningkatkan metabolism, ia juga membantu untuk mengurangkan stress.
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Banyak bezanya, kan? Itulah sebabnya kenapa anda perlu meningkatkan otot di dalam tubuh badan. Lagi banyak otot dalam badan, lagi tinggi kadar metabolism anda. Bagaimana cara untuk membina otot? Jawapannya ialah dumbbell.
Penggunaan dumbbell terbukti membantu membina otot dan membakar lemak dalam masa yang sama. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam. Apa yang lagi menarik, anda juga boleh main dumbbell sambil menonton televisyen. Mudah dan senang.
Kandungan capsaicin yang terdapat didalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Oleh itu, kalau nak kurus banyakkan makan makanan pedas. Lagi pun, apabila makan makanan pedas secara automatik kita akan minum air dengan banyak. Ianya sangat baik untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.
Selain kalsium, vitamin c juga sangat penting untuk meningkatkan metabolism badan. Fungsi kalsium ialah untuk meningkatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh untukmenyerap kalsium. Sekarang anda dah faham.
Itulah dia info cara meningkatkan metabolisme untuk turunkan berat badan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara turunkna berat badan dan buah untuk diet