Hari ini, boleh dikatakan setiap individu yang bekerja mempunyai insrans dan medical card. Kenapa? Ini kerana dengan adanya medical card, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta yang jauh lebih selesa dan efisyen berbanding hospital kerajaan yang biasanya penuh dan mengambil masa yang lama untuk dirawat. Persoalannya, apakah medical card yang terbaik untuk keluarga?

Sumber: Imoney

Fungsi medical card

Yang sebenarnya terdapat beberapa fungsi medical card dan insurans iaitu:

  • Menampung bayaran untuk anda mendapatkan rawatan di hospital swasta yang mahal harganya. Ia juga meliputi kos untuk wad, rawatan dan sebarang pembedahan yang terpaksa dilakukan ke atas anda.
  • Simpanan. Caruman anda setiap bulan juga adalah sebagai salah satu cara untuk anda menyimpan. Sebahagian kecil daripada caruman bulanan anda akan dimasukkan sebagai simpanan secara automatik.

Ciri-ciri medical card yang baik

Sebelum memilih  medical card untuk keluarga anda, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lihat sebelum membuat pertimbangan:

  • Kos bulanan.

Pilihlah medical card dengan kos bulanan yang mampu anda bayar dan dalam masa yang sama menawarkan perlindungan yang terbaik. Ada sesetengah medical card menawarkan perlindungan yang baik namun kadar premium bulanannya adalah terlalu tinggi. Dikhuatiri ia akan membebankan anda dan jika gagal membuat bayaran, insurans anda akan terbatal.

  • Liputan tahunan atau seumur hidup.

Selain itu, medical card mempunyai perlindungan yang merangkumi liputan tahunan atau seumur hidup. Pastikan anda faham tentang perkara ini sebelum memilih medical card untuk keluarga.

  • Pelan boleh ubah atau tidak

Bagi pelan boleh ubah, syarikat insurans boleh membatalkan pelan atau menarik balik produk yang telah ditawarkan dengan notis yang singkat. Dalam masa yang sama syarikat insurans juga boleh berhenti menganggung segala tuntutan yang ada. Oleh itu, sebaiknya pilih pelan tidak boleh ubah.

  • Patuh syariah

Akhir sekali, bagi yang beragama islam, sebaiknya pilih;ah medical card yang patuh syariah seperti takaful.

Sumber: Getkamalia

Senarai medical card yang terbaik untuk keluarga

Baiklah, sekarang kita beralih kepada medical card yang terbaik untuk keluarga. Bolehlah anda pilih salah satu daripada medical card dibawah dan lihat yang mana satu memenuhi keperluan dan kemampuan anda.

Medical card Great Eastern

Mecical card Great Eastren adalah medical card yang pertama ingin kami kongsikan kerana ia adalah plan perlindungan yang paling popular di Malaysia. Kenapa? Kerana ia menawarkan bayaran premium yang rendah tetapi pelan perlindungan yang tinggi. Ia adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh para pelanggan memandangkan premium yang rendah bermaksud anda perlu membuat bayaran yang rendah setiap bulan. Ia akan mengurangkan beban anda.

Perlindungan yang baik pula bermakna anda akan diberikan pelan perlindungan yang baik tanpa perlu risau jika dimasukkan ke hospital. Sebagai contoh, dengan caruman sebanyak RM150 sebulan untuk seorang, pelanggan layak untuk mendapat layanan bilik hospital bernilai RM150 sehari dengan perlindungan RM90,000 setahun dan RM900,000 seumur hidup.

Setakat ini, ia adalha perlindungan terbaik yang boleh diperolehi dengan bayaran premium tersebut, apa yang menarik, ia juga memberikan manfaat penundaan kenderaan secara percuma. Maksudnya, jika kenderaan anda tiba-tiba rosak semasa di atas jalan raya, atau anda mengalami kemalangan, anda boleh dapatkan khidmat tow truck secara percuma.

Apa yang lebih menarik, medical card Great Eastrern juga memberikan pulangan tunai yang lebih tinggi berbanding medical card yang lain di Malaysia.

Medical card Etiqa

Medical card ini menawarkan liputan perlindungan tanpa had umur. Apa yang lebih menarik, anda tidak perlu melakukan sebarang pemeriksaan perubatan. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya jawab tiga soalan kesihatan untuk perlindungan segera. Lagi menarik, anda akan mendapat Guarantee Letter dengan hanya satu panggilan ke talian bebas yang beroperasi 24 jam dan boleh dimasukkan ke hospital tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

Medical card Prudential BSN

Medical Card Prudential BSN adalah salah satu medical card terbaik pada kami memandangkan ia menawarkan perlindungan diri kepada pencarum mengikut kemampuan masing-masing dengan harga serendah RM50 sebulan. Jika anda mampu, jumlah premium boleh dinaikkan sehingga ke paras maksimum kemampuan anda. Medical card ini menawarkan pakej 3 dalam 1 iaitu perlindungan, simpanan dan peluang untuk melakukan kebajikan. Apa yang menarik, ia ada menyediakan perlindungan untuk kanser dan peringkat awal kanser.

Medical card Takaful Ikhlas

Medical card Takaful Ikhlas menawarkan perlindungan penuh dimana anda boleh nikmati perlindungan sehingga RM100,000 setahun yang meliputi rawatan susulan sehingga tiga bulan selepas keluar dari hospital. Bagi pelan perlindungan ini, perlindungan diberikan sehingga umur 85 tahun.

Medical card AIA

Mecdical card terbaik untuk keluarga yang terakhir ingin kami kongsikan ialah medical card dari AIA. Ia menawarkan pelbagai produk medical card namun yang paling laris dan popular di kalangan pencarum ialah A-Plus Health. A-Plus Health ialah pelan perlindungan yang komprehensif dengan liputan sehingga umur 70, 80 malah 100 tahun. Istimewanya, ia juga menawarkan perlindungan kepada bayi baru lahir pada umur  seawal 14 hari.

Sumber: Ickagency

Itulah dia info  tentang medical card terbaik untuk keluarga yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang perlindungan PIDM untuk insurans dan Takaful insurans yang cover penyakit sedia ada.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.