Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.
Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan.
Ini belum lagi bila sudah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap diingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah asset tapi liabiliti.
Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya?
Memang agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, kami cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur.
Yang baru 20-an, untung lah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran”, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastic!
Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa ada orang yang tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara dan ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun.
Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa.
Penulis juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.
Silalah baca tulisan di bawah ini. Kemudian anda tulis pula matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik. Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.
Kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Anda tentu boleh sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda. Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri.
Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambil lah tindakan segera!
Semoga bermanfaat!
Silakan like dan kongsikan kepada orang kesayangan anda.