Saham pertumbuhan, istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “growth stock” merupakan satu saham dalam sebuah syarikat yang dijangkakan akan berkembang pada kadar yang jauh melebihi paras biasa atau sederhana (average) untuk pasaran. Saham-saham ini biasanya tidak membayar dividen, kerana kebiasaannya syarikat ingin melabur semula sebarang perolehan atau pendapatan untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam jangka pendek. Para pelabur pula memperoleh wang melalui keuntungan modal apabila mereka akhirnya menjual saham mereka.
Selain itu, pelaburan di dalam saham pertumbuhan mungkin berisiko. Oleh kerana dividen tidak dibayar, satu-satunya cara untuk pelabur mendapatkan wang pelaburan mereka adalah apabila mereka akhirnya menjual saham mereka. Sekiranya syarikat tidak beroperasi dengan baik, pelabur akan menanggung kerugian terhadap saham mereka apabila tiba masanya untuk saham dijual.
Jemput juga baca tentang labur saham modal kecil dan Bursa Market Place