Saham biasa yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “common stock”, adalah sebuah sekuriti yang mewakili pemilikan sesebuah syarikat. Pemegang-pemegang saham biasa memilih lembaga pengarah syarikat dan mengundi untuk dasar-dasar perniagaan syarikat.

Pemilikan ekuiti ini biasanya menghasilkan kadar pulangan jangka panjang yang lebih tinggi, Namun demikian, sekiranya berlaku pembubaran syarikat, pemegang-pemegang saham biasa mempunyai hak ke atas aset-aset syarikat hanya selepas pemegang-pemegang bon, pemegang-pemegang saham utama dan pemegang-pemegang hutang yang lain telah dibayar sepenuhnya. Saham biasa dinyatakan di dalam bahagian ekuiti pemegang saham pada lejar perakaunan atau kunci kira-kira syarikat.

Untuk lebih jelas, dengan saham biasa, sekiranya syarikat muflis atau bankrap, pemegang-pemegang saham biasa tidak akan menerima wang mereka sehingga pemberi-pemberi pinjaman, pemegang-pemegang bon dan pemegang-pemegang saham utama telah menerima bahagian masing-masing. Justeru, keadaan ini menjadikan saham biasa lebih berisiko berbanding hutang dan saham utama.

Namun begitu, saham biasa adalah lebih menguntungkan untuk jangka panjang berbanding bon dan saham utama. Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan ketiga-tiga jenis sekuriti ini. Sebagai contoh, syarikat Wells Fargo & Company mempunyai beberapa bon yang terdapat di pasaran kedua. Syarikat ini juga mempunyai saham utama seperti Series L (NYSE: WFC-L) dan saham biasa (NYSE: WFC).

Saham biasa yang pertama ditubuhkan pada tahun 1602 oleh syarikat Dutch East India Company dan diperkenalkan di Bursa Saham Amsterdam. Saham-saham AS yang lebih besar mula diniagakan di bursa awam seperti New York Stock Exchange (NYSE) atau NASDAQ. Sehingga tahun 2019, pasaran itu mempunyai 2,800 saham yang tersenarai di bursanya, manakala yang terbaru adalah sebanyak 3,300 saham yang tersenarai. NYSE mempunyai permodalan pasaran sebanyak $28.5 trilion pada Jun 2018 dan telah menjadikannya bursa saham terbesar di dunia dengan had pasaran.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.