Kontrak hadapan atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “Forward Contract” merupakan sebuah kontrak yang disesuaikan di antara dua pihak untuk membeli atau menjual sesuatu aset pada harga yang ditetapkan pada masa yang akan datang. Kontrak hadapan dapat digunakan untuk melindung nilai atau mengandaikan (speculating), meskipun sifatnya yang tidak seragam (non-standardized) menjadikannya sangat sesuai untuk melindung nilai.

Tidak seperti kontrak hadapan biasa (futures contract), kontrak hadapan (forward) boleh disesuaikan dengan komoditi, jumlah dan tarikh penghantaran. Komoditi yang didagangkan boleh jadi bijirin, logam berharga, gas asli, minyak ataupun ternakan.

Kontrak hadapan tidak berdagang pada pertukaran berpusat (centralized exchange) dan oleh itu dianggap sebagai satu intrumen pasaran atas kaunter (over-the-counter / OTC). Walaupun sifat OTC kontrak ini menjadikannya lebih mudah dalam penyesuaian syarat atau terma, kekurangan pengesah akaun berpusat (centralized clearinghouse) meningkatkan risiko mungkir (default risk). Akibatnya, kontrak hadapan (forward) tidak mudah untuk diperolehi oleh pelabur runcit (retail investor) berbanding kontrak hadapan (futures).

Jemput juga baca tentang cara  buka akaun saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.