Teringin bermain saham? Tetapi sebelum itu kena buka akaun saham terelebih dahulu.

Macam susah je nak buka?

Ianya sebenarnya tidak susah seperti yang difikirkan.

Nah, kami kongsikan info ringkas untuk anda bertindak.

Bagi yang berminat untuk melabur di Bursa Malaysia pasti ingin tahu bagaimana hendak membuka akaun saham. Berikut adalah langkah membuka akaun saham.

Namun, sebelum itu pastikan diri anda mempunyai ilmu dalam pelaburan terlebih dahulu supaya mendapat keuntungan.

 

CDS Account
Imej via StockSnap

 

1. Cari Bank Pelaburan (broker).

Anda boleh mendapatkan senarai broker di List of Participating Organisations di laman web Bursa Malaysia iaitu www.bursamalaysia.com .

Jika anda mempunyai dana yang agak terhad, cuba dapatkan broker yang menyediakan yuran terendah. Anda juga boleh mencari bank yang berkongsi dengan pusat pelaburan di cawangan mereka.

 

2. Pelbagai Jenis Akaun

Ada juga syarikat Broker yang menawarkan Islamic Trading Account. Anda boleh menyemak di Bursa Malaysia-i.

 

3. Berkenalan Dengan Dealer

Pihak broker akan memperkenalkan anda dengan Dealer atau Remisier yang akan membantu anda. Apa beza Remisier dan Dealer? Remisier mendapat komisyen, manakala Dealer bekerja secara makan gaji.

 

4. Isi Borang CDS

Isi borang Trading & CDS (Central Depository System) yang disediakan oleh Broker. Sila bawa bersama 7 salinan kad pengenalan, penyata bank untuk 3 bulan yang terkini dan RM10.60 sebagai kos pemprosesan. 60 sen adalah kos GST.

Anda boleh memiliki lebih dari satu Trading Account di mana semuanya akan diuruskan oleh syarikat Broker. Anda boleh bertanya kepada Broker banyak soalan mengenai pelaburan.

Contohnya:

• Cara berjual-beli secara atas talian
• Kadar brokerage fee
• Direct account vs nominee account
• Bayaran dividen

 

5. Jangkamasa Akaun Untuk Aktif

Proses pembukaan akaun mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja bergantung kepada Broker. Apabila akaun sudah dibuka, sila catat no CDS dan trading account dan juga nombor trust account syarikat untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account.

 

6. Yes, Boleh Main Saham Sudah!

Apabila akaun CDS sudah dibuka, maka jual-beli saham boleh dijalankan dengan memasukkan modal pelaburan kita. Cuba biasakan diri dengan menggunakan platform atas talian yang disediakan di mana anda hanya perlu menekan buy atau sell.

Copy

Penulis: Dhia Iz

Penulis tetapi di iLabur yang suka dunia saham. Suka menulis tentang saham dan juga ekonomi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.