Cagaran atau “collateral” merupakan aset atau harta yang diterima oleh pemberi pinjaman sebagai jaminan untuk pinjaman atau lanjutan pinjaman yang dilakukan. Sekiranya peminjam mungkir atau lalai (defaults) dalam pembayaran pinjamannya, pemberi pinjaman boleh merampas cagaran tersebut dan menjual cagaran tersebut untuk menampung sebahagian atau kesemua kerugian yang dialami. Tambahan lagi, cagaran boleh datang dalam bentuk hartanah atau sebarang jenis aset yang lain, bergantung kepada tujuan pinjaman tersebut dilakukan.

Kebiasaannya, pinjaman yang dijamin dengan cagaran mempunyai kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman tanpa jaminan. Tuntutan pemberi pinjaman terhadap cagaran peminjam dipanggil “lien”, iaitu hak untuk memiliki harta orang lain sehingga hutang dibayar. Dengan cagaran, peminjam akan mempunyai dorongan yang kuat untuk membayar balik pinjaman tepat pada masanya kerana sekiranya peminjam mungkir atau lalai dengan pembayaran pinjamannya, maka peminjam akan kehilangan rumahnya atau apa-apa aset lain yang telah dijadikan cagaran dalam pinjaman tersebut.

Jemput juga baca artikel:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.