Mac Crawford merupakan pengasas bersama dan pengetua semasa di CrawfordSpalding Group, sebuah syarikat penasihat perniagaan dan perkhidmatan pengurusan. Perkhidmatan-perkhidmatan syarikat ini adalah berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman Crawford dalam memulihkan atau menyelamatkan syarikat-syarikat yang bergelut, terutamanya syarikat-syarikat di dalam sektor penjagaan kesihatan.

Sejarah Crawford bersama sektor tersebut termasuklah pemindahan Charter Medical ke dalam Magellan Health, dan pengendalian beliau dalam penggabungan tersebut yang membawa kepada pembentukan CVSCaremark.

Mac Crawford dilahirkan pada tahun 1949. Beliau menerima ijazah sains (BS) beliau di dalam bidang perakaunan daripada Universiti Auburn dan memulakan kerjaya beliau sebagai seorang akauntan di Arthur Young & Co. pada tahun 1971. Di sana, beliau mengembangkan pengetahuan beliau dalam dunia perniagaan.

Pada tahun 1981, beliau meninggalkan syarikat tersebut untuk menjadi ketua pegawai kewangan (CFO) kepada beberapa buah syarikat kecil. Pada tahun 1986 pula, Crawford telah menjadi presiden untuk Mulberry Street Investment Company, menguruskan pelaburan di dalam pelbagai sektor, namun demikian bukan merupakan sektor yang akan beliau tumpukan.

Pada tahun 1990, Crawford telah mendapat peluang untuk memasuki arena penjagaan kesihatan dan beliau telah menjadi naib presiden hospital yang beroperasi di Charter Medical. Apa yang syarikat tersebut perlukan adalah pembentukan atau penstrukturan semula kewangan syarikat di tengah-tengah kebankrapan Chapter 11, namun demikian, Crawford telah mula mengkaji perkhidmatan-perkhidmatan syarikat.

Beliau mula membuat perubahan bermula daripada misi syarikat tentang penjagaan pesakit dalam (inpatient) untuk kesihatan tingkah laku dan menyusun semula syarikat tersebut ke arah peralihan industri kepada penjagaan pesakit luar (outpatient) dan di rumah. Kejayaan beliau itu tidak berlalu tanpa penghargaan, dan dari tahun 1992 sehingga 1993, Crawford dinaikkan pangkat sebagai presiden dan ketua pegawai operasi (COO).

Imej via Forbes

Kemudian pada tahun 1995, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengerusi, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan presiden. Pada tahun tersebut juga, syarikat tersebut telah mengambil alih sebuah syarikat pesaing, Magellan Health Services dan telah menukarkan nama keselurhan syarikat tersebut kepada Magellan Health.

Kemudian, pada tahun 1997, Mac Crawford menjadi presiden dan CEO untuk syarikat pengurusan pengamal perubatan, MedPartners. Pada ketika beliau menyertai MedPartners, syarikat tersebut bergelut dengan kerugian operasi dan mempunyai hampir $2 bilion hutang.

Crawford telah mengalihkan syarikat tersebut keluar daripada teras perkhidmatannya yang menawarkan syarikat-syarikat pengurusan pengamal perubatan untuk memberi tumpuan kepada pengurusan manfaat farmasi (pharmacy benefits management / PBMs) dan menukarkan nama syarikat tersebut kepada Caremark.

Pada tahun 1998, Crawford telah menjadi CEO, presiden dan pengerusi syarikat tersebut. Hasil daripada pimpinan beliau, syarikat tersebut telah meningkatkan pendapatan (hasil), mengurangkan jumlah hutang, dan mengambil alih syarikat pesaingnya, AdvancePCS. Pada tahun 2007, Caremark telah bergabung dengan farmasi CVS untuk menjadi sebuah syarikat Fortune 20CVSCaremark.

Untuk tiga tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2005 sehingga tahun 2007, Crawford telah dinamakan sebagai “Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik dalam Teknologi dan Pengedaran Penjagaan Kesihatan” (Best CEO in Healthcare Technology and Distribution) oleh majalah Institutional Investor.

Jemput juga baca tentang kisah usahawan Malaysia

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.