Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  atau dalam bahasa inggerisnya Kuala Lumpur International Airport juga dikenali sebagai KLIA. Ia adalah mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia walau pun pada awalnya pembinaan KLIA menimbulkan pelbagai kontroversi dan tidak dipersetujui oleh beberapa pihak.

Hari ini kami akan kongsikan kepada anda fakta menarik tentang lapangan terbang KLIA.

Sumber: Wikipedia

1. KLIA terletak di daerah Sepang dan merupakan lapangan terbang utama dan paling besar di Malaysia.

2. KLIA terletak kira-kira 50 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

3. KLIA adalah salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura.

4. Kos pembinaan KLIA adalah sebanyak AS$ 3.5 bilion.

5. KLIA telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998.

6. Lapangan terbang kebanggan rakyat Malaysia ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan sehingga 1.2 juta tan metrik kargo.

7. KLIA menduduki tempat ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing dan tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

8. KLIA diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

9. Seperti yang kita sedia maklum, KLIA adalah hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X.

10. Tak ramai yang tahu bahawa KLIA merupakan perhentian untuk “Laluan Kanggaru” bagi Malaysia Airlines.

11. Slogan rasmi bagi KLIA  ialah “Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia”  atau dalam bahasa inggerisnya “Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World”.

12. Pelan pembinaan KLIA telah bermula pada tahun 1990 apabila lapangan terbang utama pada waktu itu iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Subang tidak lagi mampu untuk menampung peningkatan penumpang dan kargo sama ada domestik dan antarabangsa. Lalu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu Tun Mahathir bin Mohamad mencadangkan pembinaan KLIA yang  akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia.

13. Keputusan untuk membina KLIA telah mencetuskan kontroversi. Di antara isu yang menjadi kontroversi ialah hakikat bahawa lokasinya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur selain kos pembinaan yang terlalu tinggi.

14. Dengan tapak pembinaan seluas 100 kilometer persegi, KLIA merupakan antara yang terbesar di dunia.

15. KLIA telah dibina di atas tanah pertanian.

Sumber: Thestar

16. Tiada proses pengambilan tanah kepunyaan persendirian yang berlaku untuk membina KLIA.

17. Cadangan asal pembinaan  KLIA adalah termasuk:

  • Pembinaan lima landasan terbang
  • Pembinaan dua terminal penumpang
  • Pembinaan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa.

18. Fasa Pertama pembinaan KLIA adalah pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya.

19. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, pembinaan yang dilakukan ialah seperti berikut:

  • 60 pintu penerbangan
  • 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat
  • 4 hangar penyelengaraan
  • 4 stesen bomba akan dibina

20. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang KLIA yang sedia ada dengan tujuan untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat.

21. Akhirnya, lapangan terbang ini disasarkan akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap. Namun pada hari ini KLIA tidak mampu untuk menampung keperluan maka KLIA 2 telah dibina.

22.  Penerbangan domestik yang pertama tiba di KLIA adalah Malaysia Airlines MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi.

23. Penerbangan antarabangsa pertama tiba di KLIA adalah penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.

24. Terdapat pelbagai masalah yang dialami semasa awal pembukaan KLIA seperti:

  • Gangguan pada sistem pembahagian tapak pesawat dan jeti penghubung
  • Kesesakan dalam setiap bahagian lapangan terbang
  • Gangguan dalam sistem pengurusan bagasi sehingga ada penumpang yang terpaksa menunggu selama 5 jam untuk mendapatkan bagasi, malah ada yang hilang.

25. KLIA juga pernah terjejas disebabkan oleh krisis kewangan Asia Timur. Pertumbuhan trafik adalah negatif semasa krisis kewangan tersebut berlaku  kerana kebanyakan syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA seperti All Nippon Airways, British Airways, Lufthansa, dan Northwest Airlines terpaksa menghentikan operasi akibat kerugian.

26. Selain itu KLIA juga pernah terjejas disebabkan oleh SARS dan wabak  selsema burung.

27. Terkini KLIA juga terjejas teruk disebabkan oleh pandemic Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia, termasuk penerbangan.

28. Ramai yang tidak tahu bahawa KLIA dibina sebagai lapangan terbang yang berkonsepkan “lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”. Konsep ini dipilih dengan harapan agar dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

29. KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) atau KLIA 2 yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

30. Selepas pembinaan KLIA 2, kesemua penerbangan tambang rendah beroperasi di KLIA 2 dan bukan lagi di KLIA.

Sumber: Themalaysianreserve

Itulah dia info tentang 30 fakta menarik tentang lapangan terbang KLIA yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara tuntut hutang dibawah RM5000.00 dan tips pelaburan emas.

Rujukan:

1. Wikipedia

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.