Masjid Sri Sendayan menjadi tumpuan orang ramai setelah dianya dibuka kepada umum. Bukan sahaja menerima kunjungan dari rakyat Malaysia yang bergama islam, malah masjid indah ini juga dikunjungi oleh rakyat berbangsa lain dengan berbilang agama. Malah pelancong asing yang datang ke Malaysia juga tertarik untuk datang sendiri dan melihat keindahan seni bina masjid yang indah ini. Jom kami kongsikan tentang kisah masjid sendayan yang boleh dijadikan motivasi kepada kita semua.
Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Pada hari ini, Masjid Sri Sendayan diiktiraf sebagai masjid tercantik di Malaysia. Masjid ini mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. Masjid besar ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini dibina di atas tanah dengan keluasan 4.5 hektar dan mempunyai kemudahan berikut:
Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini adalah ditempah khas dari luar negara. Rekaan dalam masjid ini adalah sangat indah. Di antara rekaan dalaman yang mencuri tumpuan para pengunjung masjid ialah:
Sementara di bahagian luar masjid pula terdapat sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid. Zailan Yusop iaitu arkitek yang terlibat dalam pembiaan Masjid Sri Sendayan berkata beliau telah beberapa kali terbang ke Dubai dan Turki bersama pengasas manjid untuk mencari ilham. Menurut beliau, seni bina Masjid Sri Sendayan adalah campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah. Hiasan tulisan khat yang ada di masjid itu adalah hasil tulisan tangan tokoh khat paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.
Masjid yang gah ini adalah diwaqafkan oleh seorang jutawan yang juga pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Beliau merupakan kacukan Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Beliau merupakan usahawan dan jutawan melayu yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. Masjid Sri Sendayan bukanlah masjid pertama yang dibina dan diwaqafkan oleh Tan Sri Rashid Hussain. Di antara masjid lain yang pernah dibina oleh beliau ialah:
Tan Sri Abd Rashid Hussain bukan sahaja aktif mewaqafkan masjid untuk kegunaan umat islam malah menurut mereka yang rapat, beliau juga banyak membantu anak yatim dan golongan asnaf yang memerlukan. Beliau adalah contoh jutawan islam yang menggunakan kekayaan kurniaan Allah ke jalan kebajikan yang pastinya akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda di syurga nanti.
Kisah dermawan Tan Sri Abd Rashid Hussain yang memebelanjakan hartanya demi agama boleh dijadikan sebagai tauladan kepada kita semua dan menjadi motivasi kepada kita untuk berusaha gigih. Kita sebagai umat islam wajib menjadi kaya agar dapat berbelanja untuk islam dan membantu saudara kita yang memerlukan.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber iaitu sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya. Mungkin kita belum mampu untuk mewaqafkan masjid seperti idola ramai ini namun tahukah anda bahawa selain daripada mewakafkan harta untuk membina masjid, ada beberapa lagi amalan lain yang mampu membawa kita ke syurga. Di antaranya ialah:
Itulah dia info tentang kisah masjid sendayan yang boleh dijadikan motivasi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata Ustaz Kazim Elias.
Rujukan:
2. Sinar Harian