Sudah tua tak tahu nak buat apa, jangan mengeluh! Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh anda lakukan secara bebas, sementara, jangka pendek, sambilan ataupun secara bermusim setelah anda pencen.
Kini, soal pekerjaan bukanlah mengenai wang semata-mata, terutamanya setelah anda menghabiskan hidup dengan asyik bekerja. Fikirkan pula mengenai kerjaya yang seronok untuk dicuba ataupun sebagai aktiviti pencen anda.
Salah satu kaedah termudah untuk terus bekerja selepas bersara adalah dengan mengekalkan pekerjaan lama atau pekerjaan lain dengan syarikat secara sambilan atau kontrak. Sekiranya tiada, pertimbangkan pekerjaan yang sesuai untuk para pesara.
Jom kami senaraikan 15 kerja yang sesuai untuk orang tua (aktiviti pencen) yang boleh dilakukan. Jangan lupa baca sampai habis!
Bagi mereka yang gemar memandu kereta, pastinya anda sedia tahu akan selok belok kawasan di bandar dan negeri tersebut.
Anda boleh memandu secara persendirian ataupun bekerja dengan syarikat yang menyediakan servis pemandu berbayar.
Mungkin juga boleh bekerja dalam industri rider seperti Uber, Grab dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk bekerja sebagai pemandu bas sekolah, van, pemandu limo dan sebagainya.
Bekerja sendiri adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan wang tambahan mengikut jadual anda sendiri. Fikirkan kemahiran dan pengalaman anda yang sesuai untuk anda lakukan.
Sebagai contoh, jika suka memasak, anda boleh menjual makanan. Jika suka melukis, anda boleh melukis dan menjualnya.
Pernah terfikir untuk bekerja di hotel? Waktu bekerja mungkin agak fleksibel walaupun anda mungkin perlu bekerja pada hari hujung minggu.
Bidang tugas membantu tetamu memilih restoran, lawatan, acara dan aktiviti yang terdapat di hotel perlu anda lakukan. Anda boleh pertimbangkan untuk bekerja sebagai petugas hotel kerana ia adalah kerja yang sesuai untuk orang tua.
Sekiranya anda peminat muzik, teater dan karya seni, anda akan dibayar bagi membantu acara di pusat seni persembahan, tempat konsert dan teater.
Hanya tonton pertunjukan semasa bekerja dan anda akan menerima faedah seperti tiket percuma atau potongan harga untuk acara lain yang dianjurkan oleh pihak acara.
Bergantung kepada lokasi anda, anda mungkin dapat bekerja di persidangan, mesyuarat persatuan profesional, seminar dan acara perniagaan lain. Wah, menarik bukan? Ia juga merupakan kerja yang sesuai untuk orang tua!
Sekiranya anda seorang pencinta haiwan, bekerja sebagai penjaga haiwan peliharaan adalah sesuatu yang boleh anda lakukan dengan keadaan usia anda sekarang.
Keluarga, rakan dan jiran anda mungkin memerlukan seseorang untuk membantu menjaga haiwan peliharaan mereka.
Menjadi pengasuh adalah kerja yang sesuai untuk orang tua yang suka pada kanak-kanak. Anda boleh bekerja dengan pilihan jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang yang bersesuaian dengan kemampuan anda.
ika anda hidup secara berseorangan di rumah, anda boleh menjadi pengasuh sepenuh masa di rumah majikan untuk mengisi segala masa yang ada. Tetapi jika anda bekeluarga, jagalah anak asuhan di rumah anda.
Salah satu pekerjaan yang sesuai untuk orang tua adalah menjadi guru mengaji. Mengaji adalah aktiviti pencen yang boleh dilakukan dengan mudah asalkan kita memahami dan tahu mengaji.
Untuk menjadi guru agama, anda tidak memerlukan ijazah yang hebat-hebat. Cukuplah hanya dengan ilmu yang anda perolehi daripada masjid atau pondok yang sering anda pergi.
Perasan atau tidak, pada zaman kecil kita, guru agama atau guru mengaji kita selalunya adalah dalam kalangan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang pencen. Betul tak?
Kedai runcit memerlukan ramai pekerja, terutama pada waktu cuti. Sekiranya anda tidak mahu bekerja untuk jangka masa yang panjang, bekerja di kedai runcit mungkin sesuai untuk orang tua seperti anda.
Anda dapat bekerja berdasarkan ketersediaan anda dan banyak peruncit juga telah menawarkan potongan dan faedah lain kepada pekerja mereka. Tak salah mencuba, faedahnya pun boleh tahan juga!
Resort adalah tempat yang bagus bagi pesara yang ingin melepaskan diri dari rutin pejabat. Sekiranya resort tersebut berada berdekatan pantai atau gunung, pertimbangkan pekerjaan yang menarik ini.
Banyak pusat peranginan dan pantai dibuka sepanjang tahun, jadi pekerjaan anda hanya boleh dilakukan mengikut musim.
Anda tidak perlu menjadi akauntan untuk menyediakan cukai. Penyedia cukai adalah pekerjaan jangka masa pendek yang boleh anda lakukan. Ia juga sesuai untuk orang tua seperti anda.
Jangan risau kerana pekerjaan ini boleh dilakukan secara bermusim dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Makin tua, makin banyak pengalaman. sudah tentu kerja yang sesuai untuk orang tua adalah menjadi jurulatih atau mentor. Anda boleh melakukan ini secara sukarela dengan meluangkan masa dan mengenakan caj tertentu untuk latihan. Selain mengeratkan hubungan silaturrahim, anda juga boleh menjana pendapatan.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi penulis, anda boleh menjalankan servis penulisan secara bebas ataupun ‘ghost writer’. Dari segi masa bekerja, ia bergantung kepada cara anda menguruskan waktu bekerja.
Menjadi penulis tidak memerlukan tenaga yang banyak, cukuplah dengan skill dan kemahiran bahasa anda sahaja. Tetapi anda juga perlukan kesihatan yang baik.
Seorang bekas atlet ataupun pemain sukan yang telah bersara boleh menjadi jurulatih sukan. Ia juga merupakan kerja yang sesuai untuk orang tua yang telah bersara dari dunia pekerjaan.
Anda boleh berkongsi pengalaman anda bersama pasukan yang anda latih. Mungkin pada peringkat amatur bayarannya tidak seberapa, namun jika prestasi anda bagus dalam melatih sesebuah pasukan mungkin bayarannya berlipat ganda.
Kenalkah anda dengan Dollah Salleh, M. Karathu ataupun Ong Kim Swee? Mereka dahulu merupakan bekas pemain sukan bola sepak yang kini telah menjadi jurulatih yang profesional.
Apa kata anda juga mengikuti jejak mereka. Siapa tahu suatu hari nanti, anda bakal menjadi jurulatih yang berjaya!
Sekiranya anda mahir menjahit, anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan bekerja sebagai tukang jahit. Ini adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua orang dan pendapatannya pun agak lumayan.
Dengan menjadi tukang jahit, anda boleh bekerja dengan selesa dari rumah dan tidak memerlukan modal yang banyak. Ambil tempahan menjahit dan jahit secara santai di rumah.
Bagi mereka yang biasa membuat kerja rumah seperti mencuci rumah, menjadi cleaner juga amat sesuai. Antara khidmat cleaner adalah mencuci halaman rumah, mencuci pakaian dan juga mencuci kenderaan.
Mungkin tidak ramai yang melakukan pekerjaan ini, namun hasil pendapatannya agak lumayan juga. Ia sebenarnya merupakan kerja yang sesuai untuk orang tua yang mempunyai tenaga yang kuat.
Pencen membolehkan anda fokus untuk bekerja di rumah atau buat duit secara pasif. Kenapa tidak anda melabur saham? Keuntungannya lumayan tetapi memerlukan keberanian dan ilmu.
Itulah dia 16 kerja yang sesuai untuk orang tua (aktiviti pencen) boleh dilakukan. Jom baca juga pencen nak buat apa, cara simpan duit gaji rm1000, perancangan perkahwinan dan simpanan tabung haji anak.