Bekerja di Singapura adalah salah satu daripada pilihan yang terbaik terutamanya bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan sempadan. Ini kerana gaji di sana agak tinggi berbanding bekerja di Malaysia memandangkan gaji di sana dibayar dalam matawang Dolar Singapura.
Anda berminat untuk kerja di Singapura tapi tak tahu di mana nak bermula? Jom kami kongsikan panduan dan tips bekerja di Singapura yang boleh menjadi panduan untuk anda.
Kelayakan adalah bergantung kepada pekerjaan yang anda mohon. Secara amnya, walau pun anda tidak mempunyai sijil SPM, anda masih boleh mencari kerja di Singapura.
Tidak semestinya. Anda masih boleh bekerja di Singapura walau pun tidak pandai berbahasa inggeris. Ini kerana bahsaasa rasmi Singapura ialah Bahasa Melayu.
Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang duit untuk membayar levy atau permit. Ini kerana ia adalah ditanggung oleh majikan.
Ya. Kos untuk menyewa rumah di Singapura adalah sangat mahal. Itulah sebabnya ramai yang memilih untuk berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia.
Tambang bas dari Malaysia ke Singapura iaitu Bas CW1 dari JB CIQ ke Kranji hanya berharga RM1.50 manakala tambang pulang ialah SD1.50. Menaiki bas adalah cara yang paling jimat dan tidak memenatkan. Secara purata masa perjalanan untuk pergi dan balik adalah 2 jam, tidak termasuk masa dari rumah ke hentian bas dan dari hentian bas ke tempat kerja.
Namun ramai yang memilih untuk membawa kenderaan sendiri masuk ke sana dan kebanyakannya membawa motosikal. Menunggang motosikal adalah cara yang paling cepat, fleksibel tetapi agak penat. Masa untuk pergi kerja dalam 1 jam 3 0minit manakala balik pula akan mengambil masa selama 2 jam. Anda perlu membuat bayaran tol dan ‘entry pass’ sebanyak RM 17 sehari hari dan ia belum termasuk minyak.
Anda boleh memilih untuk menaiki kereta atau van. Ianya adalah pilihan yang lebih selesa namun kurang fleksibel dan mahal. Amat tidak berbaloi untuk anda memandu kereta secara bersendirian kerana:
Oleh itu, berkongsi kereta adalah pilihan yang lebih bijak untuk mereka yang mengutamakan keselasaan. Anda boleh berkongsi kereta dengan kawan atau mnggunakan khidmat penghantaran dengan van. Kadar purata untuk berkongsi kereta dan van adalah di antara SGD 12 – 14 untuk pergi dan balik.
Ini adalah perkara yang paling penting dan ramai yang ingin tahu. Untuk maklumat anda, kadar gaji paling rendah di Singapura adalah SGD1000 untuk kerja yang tidak memerlukan kemahiran seperti tukang cuci hotel dan lain-lain. Ia adalah gaji basic dan belum termasuk overtime dan allowance.
Ya ada. Setiap syarikat mempunyai kuota untuk pekerja tempatan dan pekerja asing.
Sama seperti mencari kerja di Malaysia, anda boleh mencari kerja di Singapura dengan membuat permohonan secara online atau terus walk-in ke mana-mana tempat kerja yang anda inginkan.
Ada sesetengah majikan menyediakan tempat tinggal atau asrama kepada pekerja namun gaji akan ditolak untuk penginapan. Jika anda ingin mencari rumah sewa sendiri di Singapura, anda perlu membayar tidak kurang SGD 600 sebulan.
Dengan harga sewa yang terlalu mahal di Singapura, tinggal di Johor merupakan satu pilihan yang lebih baik. Kadar sewa sekitar di sekitar Gelang Patah dan Nusajaya adalah dalam anggaran RM400 untuk bilik kecil dan RM 1000 untuk sebuah unit pangsapuri 3 bilik lengkap dengan perabot.Ianya jauh lebih murah daripada menyewa di Singapura.
Jika anda memilih untuk tinggal di Singapura, anda tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Anda boleh gunakan sistem pengangkutan di sana.
Ya harga makanan di Singapura adalah sangat mahal. Jika anda berulang-alik di antara Malaysia dan Singapura, adalah lebih baik jika anda membawa makanan dari Malaysia siap-siap sebagai salah satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan.
Terdapat beberapa tips mencari kerja di Singapura yang ingin kami kongsikan pada hari ini iaitu:
1. Elakkan kerja yang lokasinya terlalu jauh dari sempadan. Pastikan paling jauh ialah 8 stesen MRT dari Tuas atau Woodland. Stesen Tuas tidak sesibuk Stesen Woodland. Untuk maklumat anda, di Stesen Woodland anda boleh tersekat di imegresen Singapura selama 40-60 minit pada waktu puncak.
1. Bagi yang tiada kenderaan, cari kerja yang menawarkan pengangkutan agar anda tidak perlu berebut bas untuk pergi bekerja. Cubaan untuk menaiki bas Di Woodland pada waktu puncak adalah sangat menyiksakan.
Itulah dia info tentang panduan dan tips kerja di singapura kena tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kesilapan biasa orang muda baru bekerja dan faktor migrasi untuk mencari kerja
1. Gkerjaya
2. The Vocket
3. Siakapkeli