Nak tahu kereta paling jimat minyak di Malaysia?
Pasaran ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara), mempunyai pendekatan terhadap industri kereta atau automobil yang secara keseluruhannya berbeza daripada pasaran Barat. Tatkala pasaran Eropah dan Amerika menumpukan kepada dinamik dan prestasi pemanduan di atas semua perkara lain, pasaran ASEAN pula menumpukan kepada aspek yang lebih praktikal seperti kecekapan bahan api dan ergonomik.
Namun begitu, antara kedua-dua aspek tersebut, aspek kecekapan bahan api sentiasa menjadi faktor penentu utama kepada prospek-prospek pembeli kereta. Ini kerana kereta jimat minyak (cekap bahan api) sememangnya sangat berguna untuk kita, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia. Justeru, kereta jimat minyak banyak membantu kita dalam mengurangkan perbelanjaan dari segi minyak petrol.
Selain itu, apabila anda ingin membeli sebuah kereta, memang banyak perkara yang perlu difikirkan termasuklah penjimatan penggunaan minyak dan perkara-perkara lain seperti bayaran bulanan, penyelenggaraan dan sebagainya. Justeru, artikel ini akan mengongsikan senarai 11 kereta yang paling jimat minyak yang terdapat di pasaran Malaysia.
Perodua Bezza, sebuah kereta sedan berlabelkan buatan Malaysia (Made in Malaysia) membuatkan kita bangga dan gembira dalam banyak perkara. Kereta dengan reka bentuk yang anggun dan aerodinamik ini telah menawan jutaan hati pengguna.
Luaran kereta ini menarik perhatian, sama ada antena berbentuk sirip jerungnya, hiasan krom (chrome) di bahagian depan dan belakang atau cermin sisi boleh tariknya. Selain itu, dalaman kereta ini juga mempunyai keluasan yang tersendiri dan dilengkapi dengan butang penghidup enjin (push start button), port USB belakang, jaring bagasi dan banyak lagi.
Di samping itu, Perodua Bezza datang dengan enjin VVT-i 1.0 liter yang menjana 67 kuasa kuda dan 91 Nm tork (torque). Penggunaan minyak dengan penggunaan mod pemanduan Eco (Eco-driving) adalah sekitar 22.8 km/l untuk kereta manual. Harga Perodua Bezza adalah daripada RM34,490 sehingga RM47,790. Para pembeli boleh memilih enam pilihan warna.
Proton Iriz mungkin bukan satu nama yang dikenali secara global sebagai mana empat kereta lain yang tersenarai di dalam senarai ini. Walau bagaimanapun, apabila berbicara tentang pasaran Malaysia, Proton Iriz agak terkenal. Dengan rupa luaran yang menawan dan kabin berciri mewah di bahagian dalam, Proton Iriz merupakan jawapan Malaysia untuk membina pasaran kereta kecil di seluruh dunia.
Proton Iriz diperkuat dengan dua pilihan enjin petrol iaitu 1.3 liter petrol dan 1.6 liter petrol. Proton Iriz 1.3L menyediakan penjimatan minyak dengan 17.24 km/l, yang mana merupakan kereta terbaik di dalam senarai kereta-kereta Proton apabila berbicara tentang kecekapan bahan api.
Seterusnya dalam senarai kami adalah sebuah kereta “hatchback” daripada Perodua, iaitu Perodua Myvi. Harga Perodua Myvi yang bermula daripada RM 42,790 menjadikannya sebuah pilihan yang berpatutan berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan.
Bagi mengimbangi luarannya yang menawan, bahagian dalaman Myvi menunjukkan kemodenan sama ada dari segi rupa mahupun keselesaan. Antara yang terdapat di dalam spesifikasi dalaman Myvi adalah stereng berbalut kulit dengan alat kawalan, pengawal penyaman udara digital, sistem multimedia dengan pautan pintar, butang penghidup kereta dan banyak lagi.
Perodua Myvi diperkuat dengan enjin Dual VVT-i 1.3 liter yang memenuhi piawaian EEV dengan mematuhi peraturan-peraturan “Euro 4”. Dengan sistem “Eco Idle” pada Perodua Myvi ini menunjukkan penggunaan petrol sebanyak 21.2 km/l.
Suzuki Alto ini dikuasakan dengan enjin 1.0 liter yang baru dibangunkan di mana enjin ini direka untuk kekal beroperasi pada kos yang rendah. Konfigurasi tiga silinder menjadikan enjin kereta ini ringan dan padat (compact), dan membantu mengekalkan geseran yang rendah. Ini membawa kepada penggunaan minyak yang lebih jimat, pelepasan (emission) yang lebih rendah menjadikannay lebih mesra alam dan output yang lebih tinggi.
Suzuki Alto boleh dimiliki dengan harga bermula RM44,888. Kereta kecil ini juga menawarkan penggunaan minyak yang jimat iaitu dengan hanya 19.23 km/l.
Hyundai i10 telah agak lama berada di pasaran Malaysia dan dianggap sebagai sebuah pilihan pembelian pertama yang sangat baik. Hyundai i10 datang dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.1 liter dan 1.25 liter Kappa. Enjin bersaiz 1086 cc ini memiliki 68 kuasa kuda pada 5500 rpm dan 99 Nm tork pada 4500 rpm.
Sistem “Dual Continuous Variable Valve Timing” yang mengoptimumkan prestasi enjin dan memaksimumkan penggunaan bahan api, menyumbang kepada ciri-ciri kereta ini. Spesifikasi Hyundai i10 menunjukkan penjimatan minyak sebanyak 17.24 km/l. Selain itu, harga Hyundai i10 bermula daripada RM48, 388 dan jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing yang lain, Hyundai i10 menawarkan rupa luaran yang biasa dan bahagian dalaman yang mencukupi.
Apabila berbicara tentang menghasilkan sesuatu yang kontemporari yang sempurna, Kia tidak pernah mengecewakan. Ianya dibuktikan walaupun melalui tawaran paling kecil di dalam pasaran Malaysia, sebuah “hatchback”, Picanto.
Ianya bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang agresif dan menarik yang dikagumi, malahan kecekapan bahan api untuk rekaan bertaraf permulaan bagi Kia ini juga amat memuaskan. Enjin petrol 1.2 liter daripada Hyundai di dalam Kia Picanto ini menawarkan penjimatan minyak sebanyak 17.76 km/l, bersama-sama dengan dalaman kereta yang berkualiti.
Selama bertahun-tahun, Mitsubishi Mirage telah mendapat kritikan oleh kerana penampilannya yang begitu biasa, yang mana telah mengurangkan permintaan pelanggan, walaupun di kalangan pengguna-pengguna kereta kecil. Namun begitu, keluaran terbaru telah dilengkapi dengan ciri-ciri kemodenan, terutamanya di bahagian dalam.
Walau bagaimanapun, Mitsubishi Mirage sentiasa menjadi sebuah kereta yang menjimatkan, di mana enjin petrol 3 silinder 1.2 liternya berupaya menjimatkan minyak sebanyak 18.87 km/l, menjadikannya sebuah kereta yang paling cekap bahan api di pasaran Malaysia.
Honda Jazz dilengkapi dengan transmisi boleh laras berterusan (CVT) dengan nisbah gear yang dipertingkatkan dan “G-Design Shift”. Honda Jazz menawarkan penjimatan bahan api lebih baik serta pecutan yang lebih baik, di mana Honda Jazz menawarkan penjimatan minyak sebanyak 17.86 km/l.
Selain itu, keselamatan juga telah dipertingkatkan dengan bantuan penstabilan kenderaan (VSA) dijadikan kelengkapan piawaian, bersama-sama dengan bantuan mula-daki (HSA) dan isyarat berhenti kecemasan.
Secara ringkasnya, mendapatkan kereta yang betul dapat membantu anda menjimatkan wang dalam satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, luangkan masa anda untuk berfikir dan pilih kereta yang sesuai dengan keperluan anda dan juga sesuai dengan kemampuan anda.
Harap anda menyukai artikel kereta paling jimat minyak ini.
Jemput juga baca tentang hadiah untuk suami dan persediaan sebelum temuduga