Apakah maksud sebenar sedekah? Adakah ia akan mengurangkan harta dan wang ringgit yang kita kecapi? Amalan yang dianggap boleh merugikan dan remeh ini sebenarnya merupakan amalan yang sangat dituntut dalam agama Islam.

Konsep bersedekah dalam Islam juga adalah terlalu besar untuk diperjelaskan dengan akal fikiran. Ia tidak tertumpu kepada wang ringgit dan harta sahaja, malah sedekah juga boleh dilakukan dalam apa jua bentuk lain.

Antaranya adalah seperti memberi khidmat tenaga atau keringat, mengajarkan ilmu kepada orang lain, bahkan, memberi senyuman yang ikhlas kepada manusia lain juga boleh dianggap sebagai sedekah.

Terdapat banyak kelebihan bersedekah yang kita tak tahu. Jom lihat 13 kelebihan sedekah supaya bertambah murah rezeki anda.

kelebihan sedekah
Imej via [marimembaca]

1. Memperoleh Umur Yang Panjang

Pernah lihat nenek atau datok yang sudah tua umurnya tetapi tidak pernah berkira untuk memberi sedekah. Usia mereka boleh dikatakan amat panjang.

Allah S.W.T. akan memanjangkan usia kepada sesiapa yang suka bersedekah.Dengan kelebihan bersedekah, insyaallah kita akan diberikan usia yang panjang oleh Allah S.W.T.

2. Dijauhkan Daripada Kemiskinan

Pasti kita lihat bahawa mereka yang sering bersedekah biasanya harta sangat banyak. Ia kerana, Allah akan menggandakan setiap apa yang disedekahkannya.

Sebagai contoh, jika anda sedekahkan wang berjumlah RM50, pasti allah akan gandakan lagi wang tersebut di lain hari. Mana tahu, jika anda seorang peniaga, Allah akan datangkan pembeli-pembeli yang ramai kerana sedekah anda tersebut.

3. Mengeratkan Hubungan Silaturrahim

Kelebihan sedekah yang paling manis adalah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemberi sedekah dan penerima sedekah.

Dengan memberi sedekah, kita akan dihormati dan disayangi ramai. Penerima sedekah juga akan sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pemberi sedekah. 

4. Dijauhi Bala

Allah S.W.T. sentiasa melindungi dan mengasihi orang yang suka bersedekah. Sebenarnya, dengan bersedekah, Allah S.W.T akan memelihara kita dari segala bala.

Jika anda yang sering menerima musibah dan kesusahan, apa kata tukar cara hidup anda dengan sentiasa bersedekah.

5. Mudah Melalui Titian Sirat

Kelebihan sedekah juga adalah dapat memudahkan dan membantu perjalanan kita melalui titian Sirat kelak. Ketika itu, tiada apa lagi yang boleh kita lakukan.

Oleh itu, pentingnya untuk kita beramal baik dengan bersedekah bermula hari ini lagi. Kesannya amat menakjubkan di akhirat kelak.

kelebihan sedekah
Imej via [konfrontasi]

6. Mendekati Rasulullah S.A.W. Di Padang Mahsyar

Rasulullah S.A.W. amat menyukai umatnya yang suka bersedekah. Jadi, untuk berjumpa dengan Baginda di padang mahsyar kelak, kita haruslah sentiasa bersedekah bagi menerima ganjaran terbaik ini.

7. Rezeki Semakin Bertambah

Terasa rezeki semakin berkurang? Itu tandanya bahawa anda harus bersedekah dengan lebih kerap. Salah satu kelebihan sedekah adalah ia dapat menambahkan rezeki.

Bersedekah boleh diibaratkan seperti magnet rezeki. Semakin banyak anda bersedekah, semakin banyak rezeki yang datang kepada anda. 

8. Menenangkan Jiwa

Kelebihan sedekah juga mampu menenangkan jiwa. Ia akan membawa ketenangan kepada kita jika sering bersedekah.

Dengan bersedekah, kita akan melihat kebahagiaan di wajah penerima. Menggembirakan orang lain akan membuatkan kita berasa tenang dan lapang.

9. Diringankan Azab Kubur

Sedekah juga dapat meringankan siksa (azab) kubur buat mereka yang suka bersedekah. Amalan bersedekah mempunyai pahala yang amat besar dan sentiasa mengalir faedahnya.

Hanya amalan kita yang akan membantu kita di alam sana kelak. Sedekah juga dapat melapangkan kubur kita kelak.

kelebihan sedekah
Imej via [himpunanceritalawak]

10. Diringankan Sakaratul Maut

Pernah dengar semakin sedikit dosa kita, semakin ringanlah penderitaan menghadapi sakaratul maut? Tahukah anda, kenapa kelebihan sedekah dapat meringankan penderitaan menghadapi sakaratul maut?

Jawapannya adalah sedekah dapat menghapuskan sebahagian daripada dosa kita. Kelebihan bersedekah juga adalah dapat meringankan sakaratul maut seseorang.

11. Melatih Jiwa Mencintai Akhirat

Dengan bersedekah, kita dapat melatih jiwa untuk cintakan akhirat. Ianya kerana dengan bersedekah, kita asyik teringatkan untuk membuat amal jariah.

Semakin banyak kita bersedekah, semakin kuat rasa cinta kita untuk membuat kebaikan. Di akhirat kelak, Allah SWT menyediakan tempat khas yang terindah buat hambaNya yang selalu bersedekah.

12. Disembuhkan Penyakit Yang Dideritai

Rasulullah pernah bersabda bahawa sedekah adalah penyembuh penyakit yang mustajab. Sekiranya anda menghidap pelbagai penyakit kronik, maka rajinlah untuk bersedekah.

Para salafus juga bersedekah dengan cara mengeluarkan harta yang paling mereka sayangi untuk merawat penyakit dan musibah yang menimpa mereka. 

13. Pahala Akan Terus Mengalir Walaupun Meninggal Dunia

Orang yang bersedekah perkara yang memanfaatkan orang ramai akan mendapat ganjaran pahala besar dan pahalanya sentiasa mengalir walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Contoh sedekah di jalan Allah S.W.T. yang membolehkan pahala terus mengalir setelah meninggal dunia adalah bersedekah dalam pembinaan masjid, pembinaan rumah anak-anak yatim dan sebagainya.

Itulah dia 13 kelebihan bersedekah supaya murah rezeki anda. Jom baca juga jenis-jenis sedekah, kerja yang sesuai untuk orang tua, beza CCRIS dan CTOS dan masalah selepas bersara.

Rujukan

  1. 14 kelebihan bersedekah https://www.fatehteam.com/14-kelebihan-sedekah/
  2. 20 kebaikan bersedekah https://baituljannah.com/redaksi/4317-20-kebaikan-bersedekah
  3. Kelebihan yang boleh diperolehi daripada amalan bersedekah https://www.serantaumuslim.org.my/kelebihan-yang-boleh-diperolehi-daripada-amalan-bersedekah/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.