Pendekatan insurans takaful bagi orang ramai sering dipandang remeh dan seolah-olah ia tidak penting. Adapun mereka yang sedar akan kepentingan insurans ini pasti akan sediakan payung sebelum hujan.

Maklumlah, zaman sekarang semua perlukan duit. Tak dinafikan, untuk biayai kos rawatan dan perubatan, 90% masyarakat hari ini tidak mampu untuk tanggung sepenuhnya. Mana nak cari RM 40,000 kos rawatan atau pembedahan yang dikenakan secara tiba-tiba?

Disinilah bermulanya peranan agent takaful untuk menerangkan kelebihan dan fungsi insurans takaful buat semua. Dalam memahami konsep insurans sebenar, banyak kesilapan dan keburukan insurans yang kita nampak.

Rupa-rupanya, tak semua adalah buruk, adakalanya ia merupakan salah faham kita berkenaan dengan insurans. Jom lihat 8 kesilapan dan keburukan insurans takaful yang ramai salah faham.

keburukan insurans

1. Rugi Beli Insurans Ketika Muda

Ramai yang berpendapat bahawa amat rugi beli insurans ketika masih muda. Ini kerana risiko terkena penyakit dan claim faedah bukanlah dalam masa yang terdekat, buat apa bayar awal-awal tiap bulan?

Sebenarnya ramai yang tak sedar, kalau daftar insurans takaful apabila umur meningkat, jumlah premium bulanan anda bayar adalah lebih mahal berbanding orang muda bayar.

Keburukan insurans takaful ini perlu dielakkan. Wajib untuk memiliki insurans takaful dalam usia muda kerana malang juga tidak berbau! Waktu mudalah risiko akan lebih besar kerana khuatir mengalami kemalangan kerana lebih cenderung bergerak ke sini sana bekerja dan sebagainya.

2. Ambil Insurans Jika Berisiko Atau Berpenyakit

Kesilapan ramai dalam mengambil insurans adalah mengambil ketika sudah ada penyakit dan sudah tua. Jumlah caruman insurans akan jadi lebih mahal jika diambil pada waktu tersebut. Jika daftar dalam usia muda dan sihat, jumlah caruman anda adalah lebih murah.

Keburukan insurans adalah jika seseorang itu mula mendaftar insurans selepas tahu dirinya mempunyai penyakit dan berisiko.

3. Polisi Takaful Setiap Syarikat Adalah Sama

Salah jika anda berfikir bahawa semua insurans sama sahaja. Sebenar tidak sama! Setiap syarikat menawarkan manfaat yang berbeza-beza bagi pelan takaful yang disediakan.

Kenalpasti terlebih dahulu manfaatnya, biarlah bersesuaian dengan diri anda. Keburukan insurans buat anda adalah jika tersalah pilih insurans yang tidak anda perlukan.

keburukan insurans
Imej via [aia]

4. Tidak Boleh Claim Jika Tidak Alami Apa-Apa

Keburukan insurans adalah tidak semua insurans membenarkan anda mendapatkan pulangan jika tidak buat tuntutan sepanjang tempoh perlindungan. Memang anda akan rasa rugi, tetapi ia berkonsepkan mudharabah atau lebih kurang seperti sedekah.

Sebaliknya, anda akan menerima sejumlah pulangan atau simpanan. Namun, ia bergantung kepada jenis pelan yang anda daftar. Oleh itu, penting untuk anda tanyakan kepada agent anda berkaitan hal ini sebelum mendaftar lagi.

5. Tidak Lengkap Bagi Semua Manfaat

Selepas mendaftar takaful, kita berfikir bahawa kita sudah dilindungi untuk segala-galanya. Tetapi apabila berlaku kes yang memerlukan kita dirawat di hospital beberapa hari, kad perubatan tambahan perlu digunakan untuk membayar jumlah deposit dan sebagainya.

Ramai tidak membuat penambahan kad perubatan tetapi berfikir bahawa semua manfaat mereka tetap terima. Keburukan insurans adalah ia tidak lengkap dengan semua manfaat, sesetengah manfaat perlu ditambah.

Oleh itu, apabila agent menerangkan, tanyakan semua perkara kepada mereka. Mungkin apa yang penting bagi kita, tidak kita terima manfaatnya. Ambil pelan yang kita perlu dengan kadar kemampuan kita.

keburukan insurans
Imej via [aisinsurance]

6. Susah Nak Claim Insurans

Tidak ragu-ragu lagi, insurans dikatakan susah nak claim atau buat tuntutan. Tahukah anda, tidak semua insurans prosesnya agak lama dan sukar. Asalkan agent dan syarikat tersebut buat kerja.

Namun harus anda fahami bahawa proses tuntutan memakan sedikit masa asalkan anda tidak perlu bersusah payah naik turun tangga. Keburukan insurans dari segi susah nak claim insurans boleh diatasi dengan adanya agent yang benar-benar bertanggungjawab membantu anda dan memahamkan anda.

7. Bahaya Jika Tak Bayar Premium

Sekiranya anda tidak mampu membayar premium pada bulan tertentu, pastikan anda membayar dalam tempoh masa 30 hari. Jika gagal membayar selepas 30 hari tersebut, anda akan dikira sebagai lapse dimana manfaat insurans takaful akan ditarik balik.

Keburukan insurans adalah tempoh masa yang diberikan hanyalah sebulan, kemudian agent akan menghubungi anda untuk berbincang. Bagi anda yang mengalami masalah kewangan, pastikan anda tidak mengambil pelan insurans yang premiumnya tinggi.

keburukan insurans
Imej via [onetime4u]

8. Fungsi Takaful Sebagai Pelaburan

Ramai agent yang mempromosikan insurans takaful masih lagi mengatakan fungsi utama takaful adalah pelaburan. Sebenarnya, fungsi utama takaful adalah perlindungan.

Takaful merupakan perlindungan pendapatan iaitu lumpuh, sakit kritikal dan kematian. Apabila berlakunya salah faham dengan memikirkan ia lebih kepada pelaburan, pastinya ini menjadi keburukan insurans kerana masyarakat akan terbayangkan wang sahaja.

9. Sudah Ada Insurans, So Tak Apa!

Jangan biarkan anda terkurung dengan insurans yang sudah lama anda buat. Boleh jadi ia adalah 30 tahun lepas. Lebih baik anda lihat kembali dan ubahsuai akan manfaat apa yang anda perlukan dahulu dan kini.

Jika perlu, tambah manfaat tersebut walaupun jumlah premium juga perlu ditambah sedikit. Jadi, tidak semestinya memiliki insurans itu bermaksud anda miliki segala-galanya.

Ketahui dahulu dengan lebih terperinci apakah kesilapan yang anda salah faham selama ini. Keburukan insurans yang anda fikir sebenarnya mempunyai kebaikannya juga.

Jom baca juga strategi simpan duit, kekurangan unit trust, panduan saham dan teknik analisis saham.

Rujukan:

  1. 6 Perkara Pasal Insurans Nyawa/Perubatan Yang Ejen Anda Tak Beritahu. https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/panduan-apa-itu-insurans-nyawa-kesihatan
  2. Fakta sebenar mengenai Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/11/630264/fakta-sebenar-mengenai-insuranstakaful-perubatan-dan-kesihatan
  3. 5 Salah Faham Tentang Perlindungan Insurans Takaful https://jomurusduit.com/2016/10/5-salah-faham-perlindungan-insurans-takaful.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.