Kata nama am dan kata nama khas kedengaran hampir sama, namun apabila anda mampu membezakan di antara keduanya, adalah sangat mudah untuk anda mengenal-pasti yang mana satu kata nama am dan mana satu kata nama khas. Adalah sangat penting untuk anda memahami apakah kata nama khas supaya anda dapat menulis dengan lebih baik.

Sumber: Anyflip

Jenis-jenis Kata Nama

Tahukah anda bahawa perkataan nama boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu nama betul, ganti nama, dan nama terbitan. Nama betul boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu:

  • Kata nama am
  • Kata nama khas

Maksud Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan secara khusus untuk menyebut nama sesuatu benda. Ia boleh digunakan untuk:

  • Benda bernyawa seperti manusia dan binatang.
  • Benda tidak bernyawa seperti bangunan, jalan, negeri, dan judul lagu.

Kata nama khas digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang tertentu, khusus atau khas.

Contoh Kata Nama Khas

Bagi memudahkan anda untuk memahami apakah kata nama khas, jom lihat contoh kata nama khas dibawah.

ManusiaDoktor Ramli, Cikgu Ismadi, Cik Atiqah, Puan Aminah
BinatangSang Kancil, Si Comel, Pak Belang, Si Tompok
Tumbuh- tumbuhanBunga Raya, Rumput Jarum Emas, Bunga Raflesia, Pokok Periuk Kera
BendaVolvo, Samsung, Tefal, Sony, Airbus
TempatNegeri Pahang, Sungai Pahang, Lapangan Terbang KLIA, Jalan Ampang

Cara Menulis kata Nama Khas

Kata nama khas hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataannya, tanpa mengira sama ada perkataan tersebut berada diawal, tengah, atau hujung ayat. Bagi memudahkan anda untuk faham, jom rujuk contoh dibawah.

Ayah memakai kereta Volvo.Perkataan Volvo ditulis dengan huruf besar walau pun di hujung ayat.
Volvo adalah kereta yang selesa.Perkataan Volvo ditulis dengan huruf besar kerana ia adalah kata nama khas.
Sumber: Youtube

Beza di antara kata nama am dan kata nama khas

Kata nama am dan kata nama khas adalah dua kata nama yang berbeza. Di antara perbezaannya ialah:

  • Huruf kecil dan huruf besar. Huruf awal perkataan kata nama am ditulis dengan huruf kecil, contohnya ialah lembu, bedak, sotong, dan beg. Sementara huruf awal perkataan kata nama khas ditulis dengan huruf besar, contohnya ialah Toyota, Samsung, Doktor Nurul, dan Pulau Pinang.
  • Kata nama am digunakan untuk menjelaskan sesuatu secara umum atau am, contohnya ialah beg tangan. Sementara kata nama khas merujuk kepada sesuatu yang khusus, contohnya ialah beg tangan jenama Coach.

Berikut adalah contoh perbezaan di antara penggunaan kata nama am dan kata nama khas

KegunaanKata Nama AmKata Nama Khas
BendabangunanBangunan Tabung Haji
OrangguruCikgu Nurul Balqis
BinatangkucingSi Tompok
TempatnegeriNegeri Johor Darul Takzim
Tumbuhanpisang Pisang Emas

Contoh Ayat Menggunakan Kata Nama Khas

1. Pada setiap hujung minggu, Ah Hock bersenam di Taman Tasik Titiwangsa.

2. Kami berkhemah di Pantai Port Dickson pada minggu lepas.

3. Telefon Samsung kesayangan abang telah dicuri orang.

4. Keadaan trafik di Jalan Ampang adalah sesak akibat banjir kilat.

5. Ayam Serama boleh dijual dengan harga yang mahal.

6. Cikgu Marina mengajar pelajar tingkatan dua.

7. Saya sedang membaca novel yang bertajuk “Ayam Jalak”.

8. Buaya Sungai Pahang dikatakan tidak makan orang.

9. Pagi ini saya mempunyai temu janji di Bangunan Tabung Haji.

10. Saya memberikan ibu beg tangan berjenama Bonia untuk hari jadinya.

11. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

12. Proton mengeluarkan model kereta terbaru yang mendapat sambutan orang ramai.

13. Para pendaki Gunung Kinabalu biasanya akan bersedia sebelum melakukan pendakian.

14. Kakak membeli rumah di Negeri Perak.

15. Kucing saya bernama Si Tompok.

16. Pisang emas adalah sangat sedap dan manis.

17. Bunga Raflesia adalah salah satu tarikan utama pelancong datang ke Malaysia.

18. Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa.

19. Bunga Raya adalah bunga kebangsaan negara kita.

20. Encik Yusuf bekerja sebagai seorang kerani.

21. Honda adalah kereta pilihan satu rakyat Malaysia.

22. Doktor Hamidah berjaya menyelamatkan seorang mangsa kemalangan jalan raya.

23. Tasik Perdana menjadi tumpuan para pengunjung pada musim cuti sekolah.

24. Walau pun harganya mahal, Durian Musing King menjadi pilihan orang ramai.

25. Adik menyertai rombongan sekolah ke Akuaria KLCC.

26. Kisah Sang kancil dengan buaya adalah cerita kegemaran saya.

27. Puan Haryati adalah seorang surirumah.

28. Sempena Krismas, Samsung mengadakan jualan besar-besaran.

29. Ayah memancing ketam di Pantai Pengkalan Balak.

30. Laksa Sarawak adalah makanan kegemaran saya.

Sumber: Utusan

Itulah dia info berkenaan kata nama khas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang definisi kemiskinan di Malaysia, bisnes modal rendah, dan tips kerja di Singapura.

Rujukan:

Tatabahasabm

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.