Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Kata Nama Khas: Maksud, Contoh, Cara Menulis Dan 30 Ayat yang Biasa Digunakan

Kata nama am dan kata nama khas kedengaran hampir sama, namun apabila anda mampu membezakan di antara keduanya, adalah sangat mudah untuk anda…

Fakta & PengetahuanKemas kini terakhir: 19 Mac 2023oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
Ilustrasi yang menerangkan maksud dan contoh penggunaan kata nama khas dalam tatabahasa Bahasa Malaysia.

Kata Nama Khas

Kata nama yang digunakan secara khusus untuk menyebut nama sesuatu benda yang tertentu, khusus atau khas.

Jenis dan Kategori

Benda bernyawa seperti manusia dan binatangBenda tidak bernyawa seperti bangunan, jalan, negeri, dan judul lagu

Contoh Ayat

  • Pada setiap hujung minggu, Ah Hock bersenam di Taman Tasik Titiwangsa.
  • Kami berkhemah di Pantai Port Dickson pada minggu lepas.
  • Telefon Samsung kesayangan abang telah dicuri orang.
  • Keadaan trafik di Jalan Ampang adalah sesak akibat banjir kilat.
  • Ayam Serama boleh dijual dengan harga yang mahal.
  • Cikgu Marina mengajar pelajar tingkatan dua.
  • Saya sedang membaca novel yang bertajuk "Ayam Jalak".
  • Buaya Sungai Pahang dikatakan tidak makan orang.
  • Pagi ini saya mempunyai temu janji di Bangunan Tabung Haji.
  • Saya memberikan ibu beg tangan berjenama Bonia untuk hari jadinya.

Kata nama am dan kata nama khas kedengaran hampir sama, namun apabila anda mampu membezakan di antara keduanya, adalah sangat mudah untuk anda mengenal-pasti yang mana satu kata nama am dan mana satu kata nama khas. Adalah sangat penting untuk anda memahami apakah kata nama khas supaya anda dapat menulis dengan lebih baik.

Ilustrasi konsep kata nama khas dengan huruf besar dan beberapa contoh perkataan

Sumber: Anyflip

Jenis-jenis Kata Nama

Tahukah anda bahawa perkataan nama boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu nama betul, ganti nama, dan nama terbitan. Nama betul boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu:

  • Kata nama am
  • Kata nama khas

Maksud Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan secara khusus untuk menyebut nama sesuatu benda. Ia boleh digunakan untuk:

  • Benda bernyawa seperti manusia dan binatang.
  • Benda tidak bernyawa seperti bangunan, jalan, negeri, dan judul lagu.

Kata nama khas digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang tertentu, khusus atau khas.

Contoh Kata Nama Khas

Bagi memudahkan anda untuk memahami apakah kata nama khas, jom lihat contoh kata nama khas dibawah.

Cara Menulis kata Nama Khas

Kata nama khas hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataannya, tanpa mengira sama ada perkataan tersebut berada diawal, tengah, atau hujung ayat. Bagi memudahkan anda untuk faham, jom rujuk contoh dibawah.

Panduan menulis kata nama khas bermula dengan huruf besar dalam ayat

Sumber: Youtube

Beza di antara kata nama am dan kata nama khas

Kata nama am dan kata nama khas adalah dua kata nama yang berbeza. Di antara perbezaannya ialah:

  • Huruf kecil dan huruf besar. Huruf awal perkataan kata nama am ditulis dengan huruf kecil, contohnya ialah lembu, bedak, sotong, dan beg. Sementara huruf awal perkataan kata nama khas ditulis dengan huruf besar, contohnya ialah Toyota, Samsung, Doktor Nurul, dan Pulau Pinang.
  • Kata nama am digunakan untuk menjelaskan sesuatu secara umum atau am, contohnya ialah beg tangan. Sementara kata nama khas merujuk kepada sesuatu yang khusus, contohnya ialah beg tangan jenama Coach.

Berikut adalah contoh perbezaan di antara penggunaan kata nama am dan kata nama khas

Contoh Ayat Menggunakan Kata Nama Khas

1. Pada setiap hujung minggu, Ah Hock bersenam di Taman Tasik Titiwangsa.

2. Kami berkhemah di Pantai Port Dickson pada minggu lepas.

3. Telefon Samsung kesayangan abang telah dicuri orang.

4. Keadaan trafik di Jalan Ampang adalah sesak akibat banjir kilat.

5. Ayam Serama boleh dijual dengan harga yang mahal.

6. Cikgu Marina mengajar pelajar tingkatan dua.

7. Saya sedang membaca novel yang bertajuk “Ayam Jalak”.

8. Buaya Sungai Pahang dikatakan tidak makan orang.

9. Pagi ini saya mempunyai temu janji di Bangunan Tabung Haji.

10. Saya memberikan ibu beg tangan berjenama Bonia untuk hari jadinya.

11. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

12. Proton mengeluarkan model kereta terbaru yang mendapat sambutan orang ramai.

13. Para pendaki Gunung Kinabalu biasanya akan bersedia sebelum melakukan pendakian.

14. Kakak membeli rumah di Negeri Perak.

15. Kucing saya bernama Si Tompok.

16. Pisang emas adalah sangat sedap dan manis.

17. Bunga Raflesia adalah salah satu tarikan utama pelancong datang ke Malaysia.

18. Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa.

19. Bunga Raya adalah bunga kebangsaan negara kita.

20. Encik Yusuf bekerja sebagai seorang kerani.

21. Honda adalah kereta pilihan satu rakyat Malaysia.

22. Doktor Hamidah berjaya menyelamatkan seorang mangsa kemalangan jalan raya.

23. Tasik Perdana menjadi tumpuan para pengunjung pada musim cuti sekolah.

24. Walau pun harganya mahal, Durian Musing King menjadi pilihan orang ramai.

25. Adik menyertai rombongan sekolah ke Akuaria KLCC.

26. Kisah Sang kancil dengan buaya adalah cerita kegemaran saya.

27. Puan Haryati adalah seorang surirumah.

28. Sempena Krismas, Samsung mengadakan jualan besar-besaran.

29. Ayah memancing ketam di Pantai Pengkalan Balak.

30. Laksa Sarawak adalah makanan kegemaran saya.

Papan contoh ayat yang menggunakan kata nama khas seperti nama tempat dan orang

Sumber: Utusan

Itulah dia info berkenaan kata nama khas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang definisi kemiskinan di Malaysia, bisnes modal rendah, dan tips kerja di Singapura.

Rujukan:

Tatabahasabm