Buya Hamka bukanlah nama yang asing bagi kita. Karyawan terkenal dari Indonesia ini sememangnya bijak dalam bermain dengan kata-kata. Kali ini kami ingin kongsikan kata-kata Buya Hamka (motivasi diri dan hidup) yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Cinta adalah fitrah manusia. Jika kita jatuh cinta dengan insan yang betul pastinya hidup kita akan bahagia. Sebaliknya jika kita tersalah mencintai seseorang, hidup kita akan sengsara.
Hati budi dan akhlak yang mulia adalah nilai kecantikan yang sebenar. Bukannya pada paras rupa. Berapa ramai di antara kita yang cantik rupa parasnya namun kurang cantik dari segi akhlak.
Jika kekerasan dilawan dengan kekerasan, akhirnya tiada siapa yang akan menang. Sama seperti kalau kita melawan api dengan api, pastinya akan menjadi semakin marak. Jika api perlu dilawan dengan air, kekerasan pula perlu dilawan dengan kelembutan.
Ini adalah kata-kata Buya Hamka yang mengingatkan kita untuk hidup dan bekerja dengan sebaiknya agar tidak jatuh taraf kita seperti binatang yang juga hidup dan bekerja. Sebagai manusia pastinya kita mampu untuk melakukan dengan lebih baik.
Sebagai manusia, kita hidup dengan menggunakan akal dan pastinya kita memerlukan agama. Tanpa akal dan agama pastinya hidup kita akan terumbang-ambing dan tidak teratur.
Ini adalah kata-kata Buya Hamka tentang kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh seorang sahabat yang menaruh kepercayaan untuk menceritakan rahsianya kepada sahabat yang lain. Sama seperti peribahasa melayu “Biar pecah diperut jangan pecah dimulut”
Ini adalah kata-kata Buya Hamka yang mengingatkan kita tentang kepentingan budi. Jadilah seorang yang berbudi. Pastinya kita akan disayangi.
Ini adalah satu lagi kata-kata Buya Hamka yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya budi. Hinggakan sesebuah bangsa boleh runtuh disebabkan oleh rakyatnya yang tidak berbudi.
Kata-kata Buya Hamka tentang kematian ini menginngatkan kita bahawasanya kematian itu adalah pasti. Hatta di atas katil, jika sudah tiba masanya untuk kita mati, pastinya kita akan mati jua. Ia adalah ayat halus yang mengajak kita untuk sentiasa mengingati mati.
Maksudnya untuk mendapat rumah tangga yang aman damai dan rukun, lelaki sebagai ketua keluarga sepatutnya menjadi seorang yang tegas dalam menjalankan tanggung jawab sebagai ketua dan isteri harus berlemah-lembut dalam menjalankan tanggung jawab sebagai isteri.
Betapa anak yang dikurniakan dari Allah adalah pengubat jiwa dan penyejuk hati bagi kedua ibu bapanya. Anak adalah permata yang tidak ternilai. Anak adalah hadiah paling berharga dari Allag buat hambanya.
Pesan Buya Hamka, jadilah seorang yang positif dan aktif. Elakkan daripada menjadi seorang yang negative dalam segala hal. Elakkan juga daripada menjadi seorang yang pasif dan malas untuk bergerak.
Ini adalah peringatan kepada kita untuk berani mencuba. Gagal sekali tak bermakna kita akan terus gagal. Dengan mencuba kita akan menjadi semakin matang dan akhirnya bertemu dengan kejayaan.
Ini adalah pesanan Buya Hamka tentang pentingnya kita mengajar anak lelaki untuk berdikari agar dapat menjaga hidupnya sendiri apabila dewasa kelak.
Akhir sekali, ini adalah kata-kata Buya Hamka yang mengingatkan kita bahawa cinta boleh menjadi inspirasi kita untuk berjaya.
Itulah dia info tentang 15 kata-kata Buya Hamka (motivasi diri dan hidup) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kata-kata semangat untuk usahawan dan kata-kata semangat untuk berjaya.
1. Goodreads