Apabila sebut pelajar yang bergraduasi yang masih menganggur – ramai yang gemar gunakan tanggapan yang graduan suka memilih kerja atau ada sikap ‘high demand’ dalam gaji. Bahasa mudahnya, graduan universiti nak gaji tinggi kalau barulah mereka akan mahu bekerja. Pandangan seperti ini dah sebati dalam masyarakat kita, akhirnya sebuah institusi kajian (Khazanah Institute) telah bentangkan laporan berkenaan stigma ini, dan laporan tu buktikan yang selamat ni – graduan sebenarnya tak demand gaji, mereka sanggup menerima bayaran gaji yang lebih rendah!

Bagi sesiapa yang tak tahu Khazanah Institute ni sebenarnya apa, mereka adalah institut penyelidikan yang menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu yang mendesak di negara ini. Mereka kemudian akan mencadangkan dasar untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat Malaysia berdasarkan penyelidikan itu.

Khazanah Research Institute. Imej via MTUC

Berbalik kepada dapatan kajian Khazanah Research Institute dalam Laporan Kajian Peralihan dari Sekolah ke Pekerjaan (SWTS) – anak muda sanggup menerima gaji di bawah paras reservation salary. Bagi yang tak tahu reservation salary itu apa, ia adalah kadar gaji yang paling rendah akan diterima oleh anak muda. Untuk pengetahuan kalian,  nilai gaji reservation ini untuk pekerja muda ialah RM1,555 sebulan manakala untuk golongan yang tengah mencari kerja, gaji reservation ini adalah RM1,715.

Apa yang lebih menarik lagi, nilai gaji RM1,715 (reservation salary) adalah 40% lebih rendah berbanding gaji purata pada tahun 2017. Jadi, memang tak masuk akal kalau dikatakan anak muda tak dapat kerja sebab mereka mahu gaji yang tinggi. Daripada kajian ini juga – didapati hanya 2% sahaja majikan yang sanggup membayar gaji RM3,000 ke atas untuk mereka yang baru bergraduasi. Kalau betul graduan ni minta gaji yang tinggi baru mahu bekerja – maksudnya cuma 2% sahaja yang akan bekerja berdasarkan fakta ini. Tapi masih ramai yang bekerja bukan?

Imej via MauKerja

Dipendekkan cerita, berdasarkan kajian Khazanah ni – kajian daripada Jobstreet tentang graduan minta gaji tak masuk akal boleh ditolak.

Golongan belia tidak meminta gaji yang banyak dan tidak memilih kerja. Kajian itu mendapati, pekerja golongan muda yang bekerja separuh masa dan menyumbang kepada keluarga, sanggup menerima sesuatu pekerjaan meskipun ditawarkan gaji di bawah paras lantai RM1,715. – via AWANI

Semasa pembentangan kajian ni, Dr Lim Lin Lean turut mempersoalkan gaji minima RM1,100 yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Dia mempersoalkan adakah jumlah RM1,100 yang dijanjikan kerajaan setara dengan kos sara hidup rakyat pada hari ini? Cuba bayangkan macam mana seseorang tu akan survive dengan gaji RM1,100. Selalunya gaji macam ni cuma cukup untuk makanan sahaja – belum cerita lagi soal simpanan, pinjaman rumah dan kereta. Mesti sukarkan?

Macam biasa, kajian Khazanah selalunya akan disusuli dengan cadangan daripada mereka. Untuk kajian kali ni, mereka cadangkan gaji yang dibayar kepada pekerja perlulah mengikut keperluan setempat dan kos sara hidup. Contohnya kalau kalian tinggal dekat KL dan Kelantan – kos sara hidup tak sama. Kos sara hidup di bandar-bandar utama lebih tinggi. Menariknya lagi, wakil Khazanah Research Institute kata – sebenarnya majikan mampu sahaja bayar gaji pekerja mengikut kos sara hidup.

Malangnya, majikan tak pilih untuk buat macam tu dan lebih suka gunakan pekerja asing sebab kosnya lebih murah. Hal ini memang selalu berlaku untuk golongan kapitalis – mereka akan sedaya upaya untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos.

Kami galakkan kalian untuk membaca laporan kajian Khazanah Research Institute supaya kalian tahu lebih banyak tentang hal-hal berkaitan pekerjaan dan anak muda.

Penulis: Hanafi Ahmad

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.