John Elkann merupakan seorang usahawan automotif global yang memperoleh gelaran tersebut melalui kenalan-kenalan keluarga dan juga usaha yang banyak untuk keluarga dan perniagaan beliau. Elkann merupakan pengerusi pembuat kereta Itali, Fiat Chrysler, sebuah jenama kereta antarabangsa yang juga termasuk Alpha Romeo, Chrysler, Dodge, Jeep, Maserati, dan Ferrari.

Beliau juga merupakan pengerusi untuk Exor, sebuah syarikat saham (holding) yang mengawal Fiat Chrysler dan jenama-jenama lain. Beliau juga merupakan pemilik pasukan bola sepak Juventus, sebuah pasukan bola sepak yang amat terkenal di Turin, Itali.

Latar Belakang John Elkann

John Elkann dilahirkan pada tahun 1976 di bandaraya New York, namun Elkann banyak mengembara semasa masih kanak-kanak dan telah menetap di beberapa buah negara, menjadikannya mahir dalam berbahasa sekurang-kurangnya empat bahasa dan memiliki banyak budaya yang berbeza.

Seperti yang dinyatakan di dalam Financial Times pada 6 Mac 2011, beliau berkata bahawa beliau dilahirkan di New York, kemudian beliau pergi ke United Kingdom, selepas itu Brazil, kemudian Perancis dan beliau belajar di Itali. Beliau juga menyatakan bahawa kehidupan beliau sentiasa tentang dihadapkan dengan persekitaran dan suasan yang mana beliau perlu belajar menyesuaikan diri.

Sebagai ahli keluarga Agnelli yang menguasai syarikat pembuat kereta Itali, Fiat, Elkann telah disiapkan untuk mendapat tempat di dalam keluarga dengan bimbingan datuk beliau, Gianni Agnelli. Tumpuan ini mempersiapkan beliau untuk menggalas tugas-tugas penting di dalam syarikat ketika di usia masih muda berikutan kematian awal datuk beliau dan anak lelaki kepada adik datuk beliau, Umberto Agnelli.

Imej via Bloomberg

Semasa beliau sedang meneruskan ijazah beliau dalam bidang kejuruteraan perindustrian, Elkann telah menjalani beberapa latihan (internship) yang membolehkan beliau untuk melihat ke segenap ruang industri automotif. Pengalaman-pengalaman ini membolehkan beliau untuk melihat kilang, pemasaran dan aspek jualan syarikat. Pada ketika beliau mendapat tempat di dalam lembaga syarikat pada tahun 1997 iaitu ketika usia beliau 21 tahun, beliau telahpun menulis satu tesis sarjana muda beliau tentang e-lelong sebagai sebahagian daripada kumpulan inisiatif korporat General Electric.

Elkann memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan perindustrian daripada Politeknik Turin pada tahun 2001. Beliau menjadi naib pengerusi Fiat Chrysler pada tahun 2004. Meskipun membesar dengan pengetahuan bahawa perniagaan keluarga adalah milik beliau untuk diwarisi dan diuruskan, Elkann digambarkan sebagai seorang yang pemalu dan berbeza yang bekerja dengan orang lain utnuk memastikan kerja itu siap.

Tambahan lagi, pada ketika Elkann diberikan jawatan naib pengerusi, syarikat Fiat sedang mengalami masalah reputasi buruk kenderaan yang dihasilkan berkenaan ketahanan kenderaan. Elkann telah bekerjasama dengan pengurusan secara dekat dan telah membantu menyelamatkan syarikat tersebut.

Elkann telah menjadi pengerusi syarikat tersebut pada tahun 2010 ketika usia beliau 36 tahun selepas Luca Cordero di Montezemolo meletakkan jawatan. Pada hari ini di usia awal 40-an, beliau merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO)  untuk syarikat tersebut, beliau mengemudi sebuah empayar kereta dan salah seorang individu terkaya di Itali.

Jemput juga baca tentang usahawan berjaya dan kisah usahawan berjaya

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.