Siapa yang tak nak pasif income! Banyak jenis pasif income boleh kita buat untuk masa depan. Ia adalah aliran pendapatan yang terus masuk walaupun anda tidak melibatkan diri secara langsung, selepas usaha awal dilakukan.
Dengan strategi yang betul, pendapatan pasif bukan sahaja boleh membantu anda menampung perbelanjaan harian, tetapi juga menjadi sumber kewangan jangka panjang. Ada modal atau tidak, jom lihat banyak jenis pasif income boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.
Pendapatan pasif daripada saham datang melalui dividen, iaitu keuntungan yang dikongsi oleh syarikat kepada pemegang saham. Ini adalah salah satu jenis pasif income dengan kaedah pelaburan yang popular.
Sebagai contoh, melabur dalam saham syarikat seperti Maybank atau Nestle yang membayar dividen secara tahunan. Jika anda memiliki saham bernilai RM10,000 dengan pulangan dividen 5%, anda boleh mendapat RM500 setahun.
Jenis pasif income untuk tambah pendapatan adalah membeli hartanah dan menyewakannya kepada penyewa. Anda memperoleh pendapatan bulanan daripada sewaan, sambil nilai hartanah anda mungkin meningkat dari masa ke masa.
Contohnya, anda boleh sewakan rumah atau apartment anda kepada orang lain. Sewakan bilik atau hartanah di platform seperti Airbnb untuk pelancong lebih mudah.
Royalti ialah pendapatan daripada hasil kerja kreatif seperti buku, muzik, atau aplikasi yang terus menghasilkan wang selepas penciptaan asal.
Sebagai contoh jenis pasif income ini adalah menulis buku dan menjualnya di Amazon Kindle. Anda mendapat royalti setiap kali buku anda dijual. Selain itu, menulis lagu dan lagu ciptaan anda dimainkan di radio, dan anda juga akan menerima bayaran royalti. Banyak lagi kerja-kerja kreatif boleh anda lakukan.
Seterusnya, jenis pasif income boleh anda buat adalah mencipta produk digital sekali, seperti e-book atau templat reka bentuk, dan menjualnya berkali-kali.
Anda boleh menjual template PowerPoint atau Canva di Etsy. Selain itu, penciptaan kursus video dalam talian di platform seperti Udemy atau Skillshare juga mendatangkan income pasif.
REIT adalah dana pelaburan yang melabur dalam hartanah dan memberikan dividen kepada pelabur. Ia membolehkan anda melabur dalam hartanah tanpa perlu membeli secara langsung.
Melabur dalam REIT seperti KLCC Property Holdings. Anda mendapat dividen daripada keuntungan yang diperoleh melalui sewaan hartanah mereka.
Anda boleh mendapatkan jenis pasif income juga dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat lain. Justeru, anda akan mendapat komisen untuk setiap jualan yang dibuat melalui pautan anda.
Program affiliate ini boleh dibuat dengan menulis ulasan produk di blog atau YouTube dan memasukkan pautan afiliasi dari Shopee Affiliate Program. Anda juga boleh memasarkan e-book atau kursus di laman web anda dengan pautan afiliate.
Model e-dagang seperti dropshipping membolehkan anda menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.
Antaranya adalah membuka kedai dalam talian di Shopee atau Lazada dan menggunakan dropshipping untuk menghantar produk terus dari pembekal kepada pelanggan.
Jenis pasif income boleh anda buat juga adalah dengan menyimpan wang di akaun simpanan faedah tinggi atau melabur dalam bon yang memberikan pulangan tetap setiap bulan atau tahun.
Anda boleh membuka akaun simpanan di bank seperti CIMB dengan kadar faedah tinggi. Banyak pilihan sebenarnya, anda juga boleh melabur dalam bon kerajaan Malaysia dan menerima faedah tahunan.
Siapa kata tak relevan? Ini boleh menghasilkan pendapatan pasif berkali-kali dan sangat banyak. Hasilkan kandungan sekali, seperti video atau audio dan dapatkan pendapatan daripada iklan atau tajaan. Mudah je!
Caranya adalah, buka saluran YouTube dan menerima bayaran melalui Google AdSense. Selain itu, anda boleh hasilkan podcast dan terima tajaan daripada syarikat.
Akhir kata, pendapatan pasif memerlukan usaha awal untuk membangunkan aset atau sistem, tetapi ia boleh menghasilkan aliran pendapatan jangka panjang. Penting untuk anda pilih jenis pendapatan pasif yang sesuai dengan minat dan keupayaan kewangan anda.
Dengan perancangan yang baik, anda boleh menikmati kebebasan kewangan dan masa. Kita boleh bersara awal jika pasif income benar-benar menghasilkan!
Jangan buang masa, jom bertindak sekarang untuk pasif income anda.
Jom baca juga,
Cara Atasi Blacklist (Senarai Lengkap)