Islam merupakan agama yang paling sempurna yang menggalakkan umatnya untuk bersedekah. Dengan bersedekah, ia akan memberi kebahagian kepada semua orang yang hidup mahupun yang mati. Tidak perlu memilih usia atau rupa paras untuk bersedekah!
Bersedekah merupakan amalan sunat mengikut apa yang disebutkan dalam Al-Quran. Jika anda membaca tafsiran Al-Quran, banyak yang disebutkan mengenai bersedekah. Tahukah anda, Allah S.W.T. amat menyukai orang yang selalu bersedekah?
Bersedekah juga dapat memberikan kita ganjaran pahala yang amat besar. Pahala bersedekah dapat membantu memberatkan timbangan (Mizan) amalan kebaikan kita di akhirat kelak. Jadi, rajin-rajinlah bersedekah selepas ini ya!
Terdapat banyak jenis sedekah yang ramai tak tahu tetapi boleh dilakukan. Jom kita baca entri ini sehingga habis untuk mengetahui jenis-jenis sedekah tersebut. Sedekah bukan sekadar wang ringgit sahaja.
Jika anda seorang yang pandai dalam membuat aplikasi dan mahir dalam bidang IT, apa kata anda hasilkan aplikasi digital islamiah. Kemudian, sedekahkan aplikasi tersebut kepada mereka yang memerlukan.
Memberi sedekah berbentuk aplikasi juga dikira sebagai jenis-jenis sedekah yang disukai Allah kerana pahalanya akan berterusan kepada pemberi selagi ianya digunakan oleh si pengguna.
Antara aplikasi yang boleh diberikan adalah seperti aplikasi waktu solat dan juga bacaan Al-Quran. Jika tidak pakar, beli sahaja aplikasi digital Islamiah dan sedekah!
Menyumbangkan dalam pembangunan fasiliti awam juga merupakan jenis-jenis sedekah yang disukai Allah S.W.T. Bersedekah dalam pembangunan fasiliti awam untuk memudahkan urusan orang lain, pahalanya akan sentiasa mengalir kepada anda.
Antara pembangunan fasiliti awam yang anda boleh sumbangkan adalah seperti pembinaan tandas awam, pembinaan taman rekreasi, pembinaan tempat sukan ataupun pembinaan perpustakaan.
Sumbangan dalam keperluan pembelajaran ilmu agama juga turut tergolong dalam jenis-jenis sedekah yang disukai Allah S.W.T. Antara keperluan yang boleh disumbangkan adalah pakaian, alatan sukan, buku-buku agama, komputer dan lain-lain lagi.
Nak lagi bagus, anda boleh sedekahkan segala keperluan yang diperlukan oleh pusat tahfiz berhampiran tempat tinggal anda. Setiap kali mereka gunakannya, anda akan dapat pahala.
Mewakafkan kenderaan seperti ambulan, van jenazah, van untuk pihak tahfiz, van anak yatim dan sebagainya turut termasuk dalam jenis-jenis sedekah yang disukai Allah S.W.T.
Kenderaan ini dapat memudahkan urusan pergerakan bagi mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, van jenazah dapat digunakan untuk membawa jenazah untuk dikebumikan.
Kini, sudah banyak stesen-stesen radio dakwah di negara kita yang menjadi pilihan utama pendengar. Kesannya pula terhadap masyarakat boleh dikatakan amat bagus dan disukai ramai.
Hikmahnya, ada yang telah memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. kerana mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan melalui radio dakwah ini.
Apa kata, anda berikan beberapa sumbangan yang diperlukan oleh pihak stesen radio terbabit. Ia juga merupakan antara jenis-jenis sedekah yang disukai Allah S.W.T.
Jangan lupa untuk memilih stesen radio yang benar-benar menyebarkan unsur dakwah Islam dan bukannya terdapat unsur lagha.
Tanah merupakan keperluan yang sememangnya sangat penting untuk perkembangan kaum muslim di negara kita. Tanah dapat digunakan dalam pelbagai kegunaan untuk berkebun, menternak haiwan, mendirikan rumah anak yatim, mendirikan masjid dan sebagainya.
Mewakafkan tanah juga turut merupakan tergolong dalam jenis-jenis sedekah yang disukai oleh Allah S.W.T. tanpa kita sedari dan ganjaran pahalanya amat besar.
Selain itu, mewakafkan Al-Quran turut dikategorikan sebagai jenis-jenis sedekah yang disukai oleh Allah S.W.T. dan prosesnya sangat mudah dilakukan.
Kosnya tidak terlalu mahal dan amat sesuai ia diwakafkan pada tempat yang mengalami kekurangan naskah Al-Quran. Pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita sudah meninggal dunia.
Pada zaman serba canggih ini, kerjaya menyebarkan dakwah dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya melalui medium media sosial di dalam internet.
Menyumbang dalam kerjaya dakwah juga merupakan antara jenis-jenis sedekah yang pahalanya amat besar. Mungkin anda boleh bersedekah bagi kos operasi ceramah yang berlangsung di media sosial seperti youtube dan lain-lain lagi.
Untuk mendapatkan ganjaran pahala yang besar, sediakan juga apa yang diperlukan oleh para penceramah di media sosial. Sebagai contoh kita boleh menyumbangkan laptop, microphone atau kamera untuk memperkemaskan lagi dakwah yang dijalankan.
Di antara program wakaf yang paling kita temui adalah wakaf pembangunan masjid atau surau. Saban hari kita lihat semakin ramai umat muslim di negara kita, maka keperluan masjid atau surau sebagai tempat ibadah menjadi semakin tinggi.
Bagi yang ingin bersedekah, mewakafkan pembangunan masjid atau surau boleh menjadi pilihan terbaik untuk saham akhirat kita. Dengannya, kita boleh mendapat pahala dari solat berjemaah masyarakat, menuntut ilmu, membaca Al-Quran dan juga pahala amal kebaikan yang lainnya.
Bukan hanya duit, anda boleh sedekahkan barang-barang untuk diletakkan di dalam masjid juga. Contohnya, sejadah, telekung, tisu, cermin, buku, Al-Quran dan lain-lain lagi.
Memberi makan kepada haiwan juga merupakan antara jenis-jenis sedekah yang tidak menggunakan duit. Caranya adalah dengan meletakkan sedikit makanan dan minuman di luar rumah untuk memberi makan kepada burung atau kucing yang mungkin melalui kawasan itu.
Anda juga boleh memberi makanan kepada kucing terbiar di jalanan. Pahala memberi makan kepada haiwan juga amat besar. Sekiranya anda mengalami kesempitan hidup, cubalah amalkan jenis sedekah ajaib ini. Inshaallah, rezeki anda akan bertambah selepas itu.
Adakah anda seorang yang suka menanam pokok atau berkebun? Jika ya, maka sentiasalah tanam pokok untuk mendapat ganjaran. Menanam pokok merupakan jenis-jenis sedekah yang disukai Allah. Pahalanya pun banyak. Pastikan pokok tersebut akan memberi manfaat kepada orang lain.
Sekiranya anda suka menyebarkan ilmu yang baik-baik, ia juga termasuk dalam jenis sedekah yang disukai Allah SWT. Walaupun ilmu tersebut hanya doa makan ataupun doa tidur, pahalanya amat besar dan sentiasa mengalir selagi ianya dibaca oleh orang ramai.
Dengan cara menulis di media sosial atau menasihati orang ramai, asalkan ilmu itu sampai kepada mereka.
Itulah dia jenis-jenis sedekah yang paling disukai Allah SWT. Jom baca juga masalah selepas bersara, pencen nak buat apa, beza CCRIS dan CTOS dan kerja yang sesuai untuk orang tua.