Di Malaysia kini, terdapat banyak rumah apartment yang telah dibina bagi penduduk untuk beli dan dijadikan tempat tinggal. Perbezaan rumah apartment dan rumah teres adalah ruangan rumah dan tempat letak kereta. Jika rumah teres, ruang tempat kereta sememangnya ada, apartment pula ruang tempat letak kereta perlu bercampur dengan kereta lain.

Jika kita lihat di sini, rumah teres lagi bagus berbanding apartment namun anda tidak perlu bimbang kerana walaupun ruang rumah apartment kecil sedikit berbanding rumah teres, ada cara untuk buatkan apartment kita terlihat kemas dan besar. Apa yang penting kita perlukan pelan rumah yang bagus.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai pelan rumah terbaik untuk rumah apartment, selesa dan aman. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Pelan rumah terbaik untuk rumah apartment

pelan rumah apartment
Imej via Facebook

Pelan ini dari Rumah SelangorKu. Ia merupakan kediaman mampu milik.

1. Pelan yang baik mempunyai dua zone ruang yang jelas. Ruang Awam dan Ruang Peribadi.

2. Kedudukan dapur walau dihadapan, ianya tetap terlindung dari pandangan umum dan tetamu.

3. Terdapat laluan khusus menuju ke bilik atau ruang peribadi.

4. Tetapi tidak dapat melihat kedalam bilik tidur.

5. Adanya ruang balcony.

6. Terdapatnya ruang ampaian yang baik.

7. Pastikan ketinggian siling kediaman lebih dari 8’0″ tinggi.

8. Nisbah keluasan dapur dan ruang yang selesa, tidak terlalu sempit dan mudahkan kerja.

9. Semak juga orentasi kiblat, jika dapat elakkan menghadap toilet. Perhatikan juga batas aurat keluarga kita terjaga dengan penghadang ruang yang baik

10. Cari kediaman yang mempunyai lebih dari 850 psf dan keatas. jangan beli kecil dari itu. Nilai hartanah tidak menarik dan susah nak jual kembali nanti

11. Kediaman yang baik bagi orang muda nak mula hidup. 3 bilik 2 bilik air. Kita akan ada ruang anak dan bekerja yang selesa.Jika kediaman nak dibeli dah siap, bawa bersama pita pengukur waktu buat lawatan. Ada kediaman bila masukkan katil terus rasa nak solat di balcony sebab tak muat.

*Berikut adalah pelan rumah terbaik untuk rumah apartment. Selain daripada itu, pemilihan perabot juga penting, jangan terlalu banyak perabot ia akan membuatkan apartment kita nampak sempit dan tiada ruang untuk berjalan. Semoga info ini memberi menfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.