Kontrak hadapan atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “futures contract” merupakan sebuah perjanjian berkontrak yang pada umumnya dibuat pada ruang perdagangan di pasaran atau bursa “futures”, untuk membeli atau menjual komoditi tertentu atau instrumen kewangan pada harga yang telah ditetapkan di masa akan datang.

Selain itu, kontrak hadapan memperincikan kualiti dan kuantiti aset asas yang mana aset-aset ini telah diseragamkan untuk memudahkan perdagangan pada sesebuah pasaran atau bursa “futures”. Sesetengah kontrak hadapan mungkin memerlukan (call) penghantaran fizikal aset tersebut, manakala yang lain-lain diselesaikan secara tunai.

Istilah “futures contract” dan “futures” pada dasarnya merujuk kepada perkara yang sama. Sebagai contoh, seseorang mungkin mendengar seseorang mengatakan bahawa dia telah membeli futures minyak (oil futures), yang menunjukkan perkara yang sama dengan “kontrak hadapan minyak” (oil futures contract).

Namun untuk lebih terperinci, anda boleh mengatakan bahawa sesebuah kontrak hadapan merujuk hanya kepada ciri-ciri aset asas yang lebih khusus, manakala “futures” pula lebih umum dan boleh juga dirujuk sebagai keseluruhan pasaran, seperti contoh pernyataan, “Dia adalah pedagang futures”.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.