Kalau nak beli insurans pastinya kita akan pilih insurans yang memberikan pelindungan terbaik dengan harga premium yang paling murah boleh kita dapat. Betul tak? Selain itu, di antara soalan yang paling popular di kalangan mereka yang sedang mencari insurans ialah ada tak takaful insurans yang cover penyakit sedia ada? Kalau ada, berapa banyak yang akan dilindungi?

PruBSN Takaful

Tahukah anda bahawa terdapat takaful insurans yang melindungi penyakit sedia ada. Di antaranya ialah PruBSN Takaful. Penyakit sedia ada maksudnya penyakit yang didihapi oleh seseorang semasa mula mengambil polisi insurans. Sebagai contoh, seseorang yang sedia ada mengalami penyakit lelah. Semestinya dia akan tertanya-tanya adakah dia boleh claim insurans sekiranya dimasukkan ke wad akibat lelah.

Jika anda mempunyai penyakit sedia ada dan ingin mengambil perlindungan insurans PruBSN Takaful yang baru, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:

  1. Isi borang permohonan baru
  2. Ishtiharkan semua penyakit sedia ada. Isi bahagian penyakit sedia ada nyatakan dengan jelas. Pastikan anda isi dengan jujur tanpa menyembunyikan sebarang maklumat. Ini kerana jika anda didapati tidak jujur semasa mengisi borang permohonan atau gagal untuk memasukkan maklumat yang tepat, ia akan menjejaskan urusan claim pada masa akan datang.
  3. Apabila borang anda dihantar, pihak PruBSN Takaful akan menilai dan menentukan sama ada anda perlu melakukan medical check up atau tidak. Tujuan medical check up adalah bagi memastikan penyakit sedia ada itu tidak merbahaya dan tidak mengganggu kesihatan anda.

Sekiranya medical check up yang dilakukan menunjukkan sakit yang anda alami adalah serius dan menjejaskan kesihatan anda, terdapat kemungkinan bahawa permohonan anda akan ditolak. Selain itu ada juga kemungkinan bahawa permohonan anda akan diterima namun anda perlu membayar premium atau bayaran bulanan yang lebih tinggi. Dengan bayaran premium yang lebih tinggi, penyakit sedia ada anda akan discover oleh insurans takaful.

Myangkasa Emas Medicare

Selain PruBSN Takaful, satu lagi insurans yang member perlindungan kepada penyakit sedia ada ialah Myangkasa Emas Medicare. Insurans ini memberikan lima jenis perlindungan iaitu:

  1. Kos bayaran Di hospital
  2. kos bayaran kemalangan
  3. Pampasan kematian
  4. Kos bayaran di klinic
  5. Pengurusan jenazah

Untuk memohon perlindungan insurans ini anda tidak perlu melakukan sebarang medical check up. Penyakit sedia ada juga akan dilindungi namun tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

  • Perlindungan yang diberikan tidak meliputi rawatan kemoterapi, fisio, dan dialisi.
  • Untuk pemohon biasa, kad perlindungan boleh mula digunakan selepas 30 hari namun bagi yang mempunyai penyakit sedia ada, kat perlindungan hanya boleh digunakan selepas 6 bulan.

Insurans ini memberikan perlindungan sebanyak RM50,000 setahun dengan bayaran premium tahunan sebanyak RM1980. Menarik bukan?

Apakah punca tuntutan takaful anda ditolak?

Sumber: Investopedia

Bagi mereka yang mempunyai polisi insurans pastinya risau kalau-kalau tuntutan yang akan dibuat pada masa hadapan ditolak oleh pihak insurans. Untuk pengetahuan anda, pihak insurans mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda sekiranya:

  • Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Dalam kontrak Takaful, anda perlu membuat pengishtiharan sekiranya anda ada mempunyai penyakit sedia da semasa membuat permohonan. Kemudian anda perlu melakukan medical check up untuk menentukan sejauh mana tahap keseriusan penyakit yang anda hidap. Jika anda telah membuat pengisytiharan dengan jujur, tiada masalah untuk anda membuat tuntutan bagi penyakit sedia ada.

  • Anda tidak memahami terma dan syarat perlindungan Takaful

Perlindungan takaful adalah berbeza di antara satu syarikat takaful dengan syarikat yang lain. Oleh itu, adalah sangta penting untuk anda memahami terma dan syarat bagi pelan yang dimohon. Jangan lupa juga untuk dapatkan penjelasan dari ejen takaful anda mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut.

  • Pelan Takaful anda telah luput

Jika anda terlupa untuk membuat bayaran bulanan untuk premium, ia akan menyebabkann polisi insurans anda menjadi luput. Pelan takaful yang telah luput akan menjadi punca tuntutan ditolak oleh pihak insurans. Ejen takaful akan sentiasa mengingatkan anda tentang bayaran premium bulanan.

  • Tuntutan anda melebihi jumlah perlindungan

Satu lagi punca tuntutan tidak diterima ialah kerana jumlah tuntutan anda melebihi jumlah perlindungan yang ditawarkan oleh polisi yang diambil.

  • Tuntutan dibuat dalam tempoh menunggu

Anda perlu tahu bahawa setiap polisi insurans mempunyai tempoh menunggu dan tiada tuntutan boleh dibuat sepanjang tempoh menunggu.

  • Terlepas tempoh menghantar tuntutan

Sesetengah polisi takaful menetapkan tarikh masa untuk menghantar tuntutan. Walaupun anda layak dan telah menyediakan dokumen sokongan secukupnya, tuntutan anda akan ditolak sekiranya ia dibuat selepas tamat tempoh tuntutan. Oleh itu ambil tahu berapa lama tempoh masa yang ditetapkan untuk membuat sebarang tuntutan.

  • Maklumat tidak lengkap

Pastikan anda membuat tuntutan yang lengkap. Isi semua maklumat dengan betul dan sertakan semua dokumen yang berkenaan. Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan tuntutan anda ditolak oleh pihak insurans. Oleh itu pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan tiada dokumen sokongan yang tercicir.

Itulah dia info tentang takaful insurans yang cover penyakit sedia ada yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang beza di antara takaful dan insurans dan konsep retafakul dan reinsurans.

Rujukan:

1. Takaful Insurance

2. Majalah

3. Compare Hero

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.