Membeli kereta adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Nak-nak lagi kalau ia adalah kali pertama anda membeli kereta dengan hasil titik peluh sendiri. Namun di sebalik keseronokan membeli kereta baru ada pelbagai perkara yang perlu anda ambil tahu dan perhatikan seperti kos penyelenggaraan, berapa kilometer yang boleh diperolehi untuk setiap kilometer, dan insurans.

Insurans kereta adalah sangat penting kerana ia akan melindungi kereta serta para penumpang yang berada di dalamnya. Ia akan melindungi anda sekiranya berlaku perkara buruk yang tidak diingini seperti kecurian atau kemalangan. Hari ini kami akan berkongsi info tentang insurans kereta third party serta bezanya dengan jenis insurans yang lain.

Jenis-jenis perlindungan kenderaan yang ada di Malaysia

Sumber: Carsome

Untuk pengetahuan anda terdapat tiga jenis insurans perlindungan kereta yang ada di Malaysia dan setiap satunya memberikan perlindungan yang berbeza iaitu:

  1. Perlindungan komprehensif atau first party insurance
  2. Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian atau third party, fire and theft
  3. Perlindungan pihak ketiga atau third party insurance

Perlindungan komprehensif atau first party insurance

Perlindungan Komprehensif atau first party insurance memberikan perlindungan yang menyeluruh dan lebih besar skopnya berbanding jenis insurans kenderaan yang lain. Di antara perlindungan dibawah jenis ini ialah perlindungan untuk:

  1. Kenderaan sendiri. Ia akan melindungi kenderaan anda apabila berlaku sebarang kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Setiap kali anda membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan akibat kehilangan atau kerosakan, anda akan kehilangan NCD.
  2. Kenderaan pihak ketiga. Sekiranya berlaku kemalangan disebabkan oleh kecuaian anda, pihak yang terjejas boleh membuat tututan dari pihak insurans anda. Tuntutan dari pihak ketiga juga akan menyebabkan anda kehilangan NCD.
  3. Harta benda pihak ketiga. Insurans jenis ini juga menawarkan perlindungan ke atas harta-benda pihak ketiga yang rosak atas kecuaian anda. Sebagai contoh, jika anda terbabas lalu melanggar kereta orang lain, maka tuan punya kereta tersebut boleh membuat tuntutan keatas kerosakan yang berlaku.

Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian atau third party, fire and theft

Jenis perlindungan insurans yang seterusnya ialah Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Insurans jenis ini adalah berbeza daripada yang pertama. Apa yang dilindungi adalah seperti berikut:

  1. Perlindungan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan disebabkan oleh kecuaian anda, sebagai contoh, jika anda terbabas lalu melangar kenderaan orang lain, tuan punya kerata tadi boleh menuntut di atas polisi insurans anda kerana ia melindungi kenderaan yang anda langgar, namun pada masa yang sama tidak melindungi kereta anda.
  2. Ia akan memberikan perlindungan kepada kereta anda sekiranya dicuri.
  3. Anda boleh membuat tuntutan sekiranya kereta anda terbakar.

Perlindungan pihak ketiga atau third party insurance

Perlindungan Pihak ketiga atau third party insurance adalah perlindungan yang merujuk kepada perlindungan ke atas kenderaan dan harta orang lain sahaja. Ia tidak akan melindungi kereta anda. Sebagai contoh:

  1. Jika anda kemalangan, ia akan melindungi orang lain yang anda langgar namun tidak melindungi kereta anda.
  2. Sekiranya kereta anda dicuri, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan.
  3. Sekiranya kereta anda terbakar, anda tidak boleh membuat tuntutan.

Insurans mana yang terbaik untuk anda?

Jadi, insurans jenis mana yang patut anda pilih? Nasihat kami, insurans jenis yang pertama iaitu Perlindungan komprehensif atau first party insurance adalah pilihan yang terbaik memandangkan ia mempunyai kelebihan yang berikut:

  1. Ia memberikan perlindungan secara menyeluruh kepada kereta anda.
  2. Dalam masa yang sama ia melindungi pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan di atas sebab kecuaian anda.
  3. Ia juga adalah pilihan yang terbaik sekiranya kereta  anda masih mempunyai baki pembiayaan atau finance. Anda meletakkan kereta anda berada dalam risiko yang tinggi sekiranya memilih insurans jenis ketiga. Bayangkan jika tiba-tiba kereta anda hilang atau rosak akibat kemalangan, anda tidak akan mendapat sebarang pampasan daripada pihak insurans dan dalam masa yang sama masih perlu membayar ansuran setiap bulan.
  4. Insurans jenis ini akan menanggung perbelanjaan untuk membaiki kereta anda yang rosa akibat kemalangan. Anda tidak perlu mengeluarkan walau satu sen untuk kos membaiki kereta anda.
  5. Insurans jenis ini juga akan menanggung kos membaiki kenderaan lain yang rosak akibat dilanggar oleh anda.
  6. Anda juga boleh membuat tuntutan sekiranya kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian sendiri seperti anda tertidur semasa memandu atau bermain telefon bimbit.
  7. Selain itu, sekiranya anda mengambil insurans jenis pertama, anda akan mendapat khidmat kereta tunda atau towing secara percuma sekiranya anda mengalami kemalangan atau kereta anda rosak di tengah jalan. Malah anda akan mendapat bantuan seperti penukaran bateri, tayar pecah dan kerosakan minor.
  8. Bagi insurans jenis pertama, anda boleh menambah rider. Penambahan rider akan memberikan perlindungan tambahan sekiranya berlaku kemalangan. Di antara contoh rider yang boleh ditambah ialahperlindungan dari banjir, rusuhan, perlindungan audio, perlindungan cermin dan pasangger liability. Kesemua rider ini tidak terdapat dalam insurans kereta pihak ketiga.

Itulah dia info  tentang insurans kereta third party serta bezanya dengan jenis insurans lain yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang perbezaan takaful dan insurans dam juga konsep takaful

Rujukan:

  1. Beza iNsurans 1st Party dan 3rd PArty. Roadtax2u
  2. Apa Itu Insurans First Party, Third Party? Second Party? What Renewroadtaxpantas

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.