“Betulke boleh claim insurans kereta banjir? Kereta dah kena banjir, macam-macam masalah jadi lepas tu. Kalau claim insurans, bolehlah baiki segala masalah kereta tu.”
Banjir adalah antara bencana alam yang sering berlaku di Malaysia, terutama semasa musim hujan. Jika kereta anda terjejas akibat banjir, mesti pening sangat kan bila fikir tentang kos pembaikan kereta melibatkan jumlah yang tinggi.
Namun, jika anda mempunyai perlindungan insurans kereta banjir, ia boleh meringankan beban kewangan anda. Jom lihat antara panduan lengkap untuk memahami dan membuat tuntutan insurans kereta banjir.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menyemak sama ada polisi insurans kereta anda meliputi kerosakan akibat banjir. Dalam kebanyakan kes, kerosakan akibat banjir tidak termasuk dalam insurans asas, melainkan anda telah mengambil perlindungan tambahan (rider) seperti Special Perils.
Special Perils meliputi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, dan ribut. Jika anda belum menambah perlindungan ini, kos pembaikan kerosakan akibat banjir mungkin perlu ditanggung sepenuhnya oleh anda.
Anda juga perlu semak semula polisi insurans setiap tahun dan pertimbangkan untuk menambah perlindungan banjir jika anda tinggal di kawasan yang mudah terjejas.
Jika kereta anda ditenggelami air, jangan cuba hidupkan enjin. Menghidupkan enjin selepas kereta ditenggelami banjir boleh menyebabkan kerosakan lebih serius pada enjin kerana air boleh masuk ke dalam komponen dalaman.
Sebaliknya, segera ambil gambar keadaan kereta anda sebagai bukti dan terus hubungi syarikat insurans atau ejen anda untuk melaporkan insiden tersebut. Jelas?
Langkah seterusnya ialah menghubungi syarikat insurans kereta anda. Berikan maklumat terperinci tentang kejadian tersebut dan nyatakan bahawa kerosakan adalah akibat banjir.
Pastikan anda mempunyai dokumen berikut:
Anda juga boleh tanyakan kepada syarikat insurans berkenaan dengan proses tuntutan serta bengkel panel yang diiktiraf untuk membaiki kereta anda.
Seterusnya adalah buat laporan polis. Ia bergantung pada keperluan polisi insurans kereta banjir, anda mungkin perlu membuat laporan polis untuk menyokong tuntutan anda. Pastikan laporan ini dilakukan dalam masa 24 jam selepas kejadian.
Kenapa laporan polis sangat penting? Laporan polis boleh menjadi dokumen sokongan untuk membuktikan bahawa kerosakan adalah akibat banjir dan bukannya kecuaian.
Selepas mendapat pengesahan daripada syarikat insurans, hantar kereta anda ke bengkel panel yang diluluskan. Bengkel panel biasanya bekerjasama dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan dan pembaikan.
Bengkel akan mula menilai tahap kerosakan kereta, menyediakan anggaran kos pembaikan dan menghantar laporan kepada syarikat insurans untuk kelulusan.
Setelah semua dokumen dan laporan diserahkan, syarikat insurans akan memproses tuntutan anda. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu bergantung pada kerumitan kes.
Jika tuntutan anda diluluskan, syarikat insurans kereta banjir ini akan menanggung kos pembaikan mengikut terma polisi anda. Sekiranya tuntutan ditolak, pastikan anda meminta penjelasan secara terperinci daripada syarikat insurans.
Selepas kereta anda dibaiki, ambil langkah pencegahan untuk melindungi kenderaan anda daripada kerosakan akibat banjir pada masa akan datang. Antara langkah pencegahan adalah seperti berikut:
Mengetahui cara claim insurans kereta banjir adalah sangat penting untuk mengelakkan kerugian besar akibat bencana alam. Pastikan anda sentiasa menyemak polisi insurans anda dan mempertimbangkan perlindungan tambahan seperti Special Perils.
Dengan langkah yang betul, anda boleh menguruskan situasi ini dengan lebih tenang dan menjimatkan kos pembaikan. Kalau masih belum ada insurans kereta banjir, anda perlu bersiap sedia. Jangan menyesal kalau terpaksa tanggung kos kerugian satu hari nanti.
Jom baca artikel lain di bawah:
Cara jana pendapatan untuk pesara