Anda sedang mencari info tentang apa itu layak mendapat insentif di bawah Seksyen 127 Lembaga Hasil Dalam Negeri? Untuk maklumat anda, insentif dibawah Seksyen 127 ialah pengecualian cukai yang diberikan kepada pemastautin di Malaysia yang tidak menjalankan sebarang perniagaan. Di antara pengecualian cukai yang diberikan ialah:

  • Derma, hadiah  atau sumbangan yang diluluskan seperti hadiah wang kepada tabung yang diluluskan atau hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
  • Gaya hidup
  • Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk menyusukan anak seperti pam susu, beg simpanan dan sebagainya untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah
  • Yuran taska bagi  anak yang berumur 6 tahun sehingga 14 tahun ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak  atau tadika yang berdaftar sahaja
  • Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional  ( SSPN )
Sumber: Berita Harian

Bagaimana cara untuk mendapatkan pelepasan cukai dibawah insentif Seksyen 127 LHDN?

Untuk mendapatkan insentif ini anda perlu mengisi borang secara online di website Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebelum mengisi borang pastikan anda mempunyai semua dokumen yang berikut:

  • Borang EA yang boleh diperolehi dari majikan
  • Tarikh perkahwinan atau tarikh perceraian atau tarikh kematian pasangan
  • Nombor akaun dan nama bank
  • Nombor kad pengenalan pasangan
  • Tarikh lahir pasangan
  • Nombor kad pengenalan ibu dan bapa
  • Segala resit bagi pelepasan yang dipohon

Apakah pelepasan cukai yang boleh anda tuntut di bawah insentif Seksyen 127 LHDN?

Berikut adalah pelepasan cukai yang boleh anda tuntut. Perlu diingatkan bahawa pelepasan ini bukan shaja untuk perbelanjaan yang anda keluarkan untuk diri sendiri namun ia juga merangkumi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk isteri dan anak-anak anda. Di antara insentif yang diberikan ialah:

  • Alat sokongan khas untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
  • Pendidikan untuk diri sendiri dan anak-anak bagi tahun yang dilaporkan
  • Pembelian buku, majalah, surat khabar atau bahan bercetak bagi tahun yang dilaporkan
  • Pembelian komputer, laptop dan juga telefon pintar
  • Pembelian peralatan sukan untuk kegunaan keluarga
  • Bayaran bil bulanan langganan internet atas nama sendiri. Jika ia atas nama isteri atau anak, anda tidak akan mendapat pelepasan cukai dibawah kategori ini
  • Pembelian alat penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri termasuk pam susu, bag, alat penyimpanan dan sebagainya
  • Bayaran yuran taman asuhan kanak-kanak dan tadika yang berdaftar
  • Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  • Bayaran alimoni kepada bekas isteri
  • Bayaran insuran nyawa, pendidikan dan perubatan
  • Bayaran zakat fitrah
Sumber: Ctos-Credit

Bagaimana cara untuk mengisi borang e-filing?

Jom kami kongsikan cara untuk mengisi borang e-filing sebagai panduan anda.

  • Dapatkan skses ke laman web e-Filing / ezHASiL dengan menggunakan url berikut: https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau buat carian di google dengan kata kunci ehasil , ezHASiL atau LHDN.ehasil .
  • Seterusnya anda boleh terus log Masuk akaun ezHASiL Anda. Masukkan kata laluan dan klik butang “Teruskan”.
  • Seterusnya, buka Borang BE anda. Pada bahagian e-BE, anda perlu klik pada butang “Tahun Taksiran” dan pilih tahun yang ingin anda laporkan.
  • Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah anda perlu melengkapkan “Maklumat Individu”. Ada sesetengah maklumat sudah pun diisi oleh pihak LHDN. Apa yang perlu anda lakukan ialah melengkapkan atau membetulkan mana-mana data yang salah.
  • Seterusnya anda boleh pergi  ke bahagian “Pendapatan” dimana anda perlu melengkapkan maklumat berkenaan pendapatan anda. Anda akan memerlukan borang EA untuk mengisi bahagian ini. Pastikan ia ada bersama anda.
  • Seterusnya anda akan berjumpa bahagian “Ansuran Potongan Cukai Bulanan PCB” yang menyimpan rekod ansuran potongan cukai bulanan anda yang telah dipotong terus dari gaji dan terus dibayar kepada LHDN. Adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa jumlah yang dipaparkan adalah sama dengan apa yang tertera di dalam borang EA anda.
  • Kemudian anda perlu mengisi  maklumat untuk pelepasan termasuk rebat, tolakan cukai dan pelepasan cukai.
  • Setelah selesai di bahagian tersebut, anda boleh klik butang “Rumusan” yang terletak pada bahagian bawa sekali. Bahagian ini akan merumuskan pencukaian dan juga pelepasan yang dikenakan pada anda. Anda boleh lihat bahagian paling bawah untuk memastikan sama ada anda harus membayar atau anda akan dibayar lebihan cukai. Jika terdapat jumlah tertulis pada ruangan “LEBIHAN BAYARAN TAHUN TAKSIRAN 201X” ini bermakna anda akan menerima semula wang tersebut dimana pihak LHDN akan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun anda yang didaftarkan.
  • Seterusnya anda perlu pergi ke bahagian “Tandatangan dan hantar taksiran”dengan mengisi borang akuan pengesahan benar borang BE LHDN. Untuk mengesahkan dan menghantar taksiran, anda perlu klik butang “Tandatangan & Hantar” yang terletak pada bahagian bawah akuan. Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan tanpa jarak atau sengkang dan juga kata laluan anda sebagai bukti ‘tandatangan‘.
  • Seterusnyaanda bolek klik pada butang “Keluar Exit” pada bahagian bawah untuk keluar.

Bagaimana jika anda ingin membuat pembetulan?

Jika ada bahagian yang anda tersalah isi dan perlu membuat pembetulan, anda perlu menghangtar surat kepada pihak LHDN dengan menerangkan secara terperinci tentang kesilapan tersebut serta menyertakan dokumen sokongan contohnya resit pembelian dan sebagainya. Surat tersebut boleh dihantar ke cawangan LHDN yang terdekat dan anda perlu hadir bersama.

Berapa lama tempoh bayaran balik cukai untuk potongan terlebih?

Menurut pihak  LHDN, kebiasaannya bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas anda mengisi borang taksiran cukai anda.

Sumber: Bandt

Itulah dia info tentang tentang apa itu layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pengiraan stamp duty LHDN.

Rujukan:

1.E-filling LHDN. ITHMM

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.