Bagi mereka yang bekerja, caruman KWSP adalah salah satu simpanan masa tua yang sangat berharga. Apabila bergelar seorang pekerja, potongan wajib akan dibuat daripada gaji bulanan anda untuk dicarum didalam KWSP. Gaji anda akan dipotong sedikit mengikut peratusan pilihan. Malah apa yang menarik, pihak majikan juga wajib mengeluarkan wang untuk mencarum bagi pihak anda.

Selama ini mereka yang tidak bekerja pastinya agak sedih kerana tidak mempunyai simpanan KSWP. Terutamanya bagi yang bergelar surirumah atau mereka yang berniaga.  Namun kini tidak lagi. Pihak KWSP telah memperkenalkan i-Saraan yang membolehkan mereka yang tidak bergelar seorang pekerja untuk mencarum demi masa depan.

Sumber: Kongsikanaje

Apakah i-Saraan?

i-Saraan adalah skim caruman terbaru yang diperkenalkan oleh KWSP yang member peluang kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan untuk mencarum di KSWP. I-Saraan atau nama panjangnya Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Ia adalah satu peluang keemasan yang patut diambil oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan memandangkan kini anda bukan sahaja boleh mencarum sebagai simpanan untuk hari tua dan mendapat dividen setiap tahun, malah anda juga akan mendapat caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Insentif persaraan yang ditawarkan oleh i-Saraan

Jika anda memohon untuk mencarum dibawah i-Saraan, anda akan menjadi ahli KSWP.Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan dari pihak kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah caruman anda dengan jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun. Ia adalah jumlah yang baik.

Apa yang lebih menarik, insentif daripada pihak kerajaan sebanyak 15% dengan jumlah maksimum RM250 setahun ini hanya diberikan kepada ahli yang mencarum dibawah i-Saraan sahaja. Mereka yang bekerja dan mendapat caruman tetap dari majikan tidak menikmati insentif sedemikian. Namun insentif ini hanya akan diperolehi oleh pencarum yang berumur dibawah 55 tahun.

Faedah yang ditawarkan oleh i-Saraan

Sebagai ahli yang mencarum dalam i-Saraan, terdapat pelbagai faedah yang ditawarkan oleh pihak KWSP seperti:

  1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap. Ini termasuklah mereka yang berniaga yang tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan para surirumah yang tidak mempunyai sebarang pendapatan. Mereka yang berniaga secara online juga termasuk dalam kategori yang dimaksudkan.
  2. Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran. Sebagai golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau langsung tidak mempunyai pendapatan, ia adalah satu kelebihan yang sepatutnya tidak dilepaskan.
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda. Kini anda juga boleh menikmati dividen KSWP setiap tahun seperti mereka yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  5. Bantuan Kematian: RM2500.00 juga diberikan kepada ahli yang mencarum i-Saraan.

Kesemua faedah yang disenaraikan ditawarkan kepada semua ahli yang mencarum i-Saraan namun ia tertakluk kepada syarat dan terma dari pihak KWSP.

Siapa Yang Boleh Memohon untuk mencarum ?

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon caruman i-Saraan:

  1. Warganegara Malaysia sahaja. Bukan warganegara tidak layak untuk memohon skim caruman ini.
  2. Orang yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Mereka yang mempunyai pekerja tetap dengan gaji bulanan atau harian tidak layak untuk memohon.
  3. Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja termasuklah mereka yang berniaga sama ada berniaga secara online atau mempunyai premis perniagaan.
  4. Ahli KWSP
  5. Berumur 55 tahun ke bawah
  6. Telah membuat pilihan i-Saraan dengan menghantar Borang KWSP 16G(M)

Bagi surirumah, anda hanya dibenarkan memilih satu  insentif sahaja dalam satu masa. Sekiranya anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkan skim tersebut terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun kelulusan adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Sumber: Majalahlabur

Cara Dan Saluran Pembayaran i-Saraan

 Bayaran untuk caruman bulanan i-Saraan boleh dilakukan dengan cara yang berikut:

  1. Perbankan Internet  atau pemindahan wang secara elektronik dari Maybank, Public Bank, RHB Bank dan Bank Muamalat
  2. Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek) dari BSN, Maybank, Public Bank danmRHB Bank
  3. Bank Pihak Ketiga iaitu egen BSN
  4. Kaunter KWSP  untuk tunai maksimum RM500 atau cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.

Had bayaran caruman

Tiada had minimum untuk caruman bulanan i-Saraan namun had maksimum yang ditetapkan ialah sebanyak RM60,000.00 setahun untuk caruman i-saraan

Apa yang anda perlukan untuk memohon i-Saraan

Untuk memohon skim caruman i-Saraan, apa yang anda perlukan ialah seperti berikut:

  1. MyKad
  2. Borang i-Saraan – KWSP 16G (M)  untuk pendaftaran kali pertama sahaja
  3. Borang i-Saraan – KWSP 6A (2)  semasa bayaran
  4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet

Itulah dia info  tentang i-saraan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang i-Suri KWSP dan dividen KWSP.

Rujukan:

  1. Jaminan Persaraan Dengan Canruman Sukarela. KSWP
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.