Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Kenali Gunnar Myrdal, Ahli Ekonomi Keynesian

Gunnar Myrdal merupakan seorang ahli ekonomi Keynesian (Keynesian economist) dari Sweden dan juga merupakan seorang ahli sosiologi yang memenangi Hadiah…

EkonomiKemas kini terakhir: 18 September 2020oleh safwanrazali
Potret Gunnar Myrdal, ahli ekonomi Keynesian dari Sweden.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Gunnar Myrdal
Peranan
Ahli Ekonomi Keynesian dan Ahli Sosiologi
Dikenali Kerana
Usaha beliau dalam pembangunan antarabangsa dan ekonomi perdagangan, serta penglibatan aktif dalam mempromosikan kesaksamaan kaum
Tarikh Lahir
1898 · Sweden
Tarikh Meninggal
1987 · Sweden
Isteri
Alva Myrdal
Anak
Jan Myrdal
Pendidikan
Ijazah undang-undang dan Ph.D dalam bidang ekonomi daripada Universiti Stockholm
Kerjaya
Profesor ekonomi politik dan antarabangsa di Universiti Stockholm
Politik
Anggota Parlimen Sosial Demokrat Sweden
Penglibatan Sosial
Salah seorang bapa negara kebajikan Sweden pada tahun 1960-an
Anugerah
Hadiah Nobel Ekonomi 1974

Pencapaian

  • Memenangi Hadiah Nobel Ekonomi 1974 bersama Friedrich Hayek
  • Membuat sumbangan awal terhadap teori harga, menggabungkan peranan ketidakpastian dan jangkaan terhadap harga
  • Menulis buku berpengaruh pada tahun 1944 mengenai hubungan kaum, 'An American Dilemma: The Negro Problem in Modern Democracy'
  • Kajian beliau pada tahun 1954 menyebabkan peristiwa Keputusan Mahkamah Agung Brown A.S. melawan Lembaga Pendidikan yang menghapuskan undang-undang pengasingan kaum di sekolah-sekolah
  • Menulis beberapa jilid kajian tentang ketidaksamaan dan kemiskinan di Asia Selatan

Gunnar Myrdal merupakan seorang ahli ekonomi Keynesian (Keynesian economist) dari Sweden dan juga merupakan seorang ahli sosiologi yang memenangi Hadiah Nobel Ekonomi 1974 (1974 Nobel Memorial Prize in Economics) bersama-sama dengan ahli ekonomi Austria, Friedrich Hayek, walaupun kedua-dua individu ini mempunyai pandangan politik yang berbeza. Myrdal terkenal dengan usaha beliau dalam pembangunan antarabangsa dan ekonomi perdagangan, serta penglibatan aktif beliau dalam mempromosikan kesaksamaan kaum dan menentang dasar luar Amerika. Myrdal dilahirkan pada tahun 1898 di Sweden dan meninggal dunia pada tahun 1987. Beliau memperoleh ijazah undang-undang dan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang ekonomi daripada Universiti Stockholm, di mana beliau kemudiannya menjadi profesor ekonomi politik dan antarabangsa. Isteri beliau, Alva Myrdal, merupakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1982 untuk usaha beliau dalam mempromosikan perlucutan senjata dunia (world disarmament). Anak mereka, penulis politik komunis dan kolumnis, Jan Myrdal, merupakan penyokong Maoist dan pembela pembunuhan beramai-ramai bangsa Khmer Rouge oleh Diktator Pol Pot. Gunnar Myrdal merupakan seorang anggota Parlimen Sosial Demokrat (Social Democrat Member of Parliament) Sweden dan juga salah seorang bapa negara kebajikan Sweden pada tahun 1960-an, telah membantu dalam merangka banyak program sosial dan ekonomi. Sebagai seorang ahli ekonomi, Myrdal telah membuat sumbangan awal terhadap teori harga, menggabungkan peranan ketidakpastian dan jangkaan terhadap harga. Sepanjang kerjaya beliau, penyelidikan ekonomi beliau adalah berdasarkan kepada pandangan politik haluan kiri dan juga pandangan sosial beliau. Walaupun pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Ekonomi pada tahun 1974, beliau kemudian menggesa masyarakat supaya menghapuskan anugerah tersebut dalam ekonomi dengan alasan anugerah tersebut turut kadang-kadang diberikan kepada ahli ekonomi yang tidak bersependapat dengan beliau. Di Amerika pula, beliau terkenal dengan buku beliau yang sangat berpengaruh pada tahun 1944 mengenai hubungan kaum, “An American Dilemma: The Negro Problem in Modern Democracy”. Kajian beliau yang berpengaruh pada tahun 1954 menyebabkan peristiwa Keputusan Mahkamah Agung Brown A.S. (U.S. Supreme Court Decision Brown) melawan Lembaga Pendidikan (Board of Education), yang menghapuskan undang-undang pengasingan kaum di sekolah-sekolah. Selain itu, Myrdal yang merupakan musuh sepanjang hayat kepada ketidaksamaan (inequality) dan penyokong pengagihan kekayaan, beliau menunjukkan bagaimana dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Presiden Franklin Delano Roosevelt, termasuk undang-undang gaji minimum dan sekatan terhadap pengelurakan kapas telah menyusahkan kaum Afrika-Amerika. Kemudian, beliau menjadi obses dengan kemiskinan negara dunia ketiga (third-world), yang mana telah mendorong beliau untuk menyokong pembentukan semula kawasan di Asia Selatan sebagai prasyarat untuk membasmi kemiskinan. Myrdal menulis beberapa jilid kajian tentang ketidaksamaan dan kemiskinan di Asia Selatan dan jilid lanjutan untuk preskripsi dasar untuk pengagihan semula pendapatan dan pembentukan semula kawasan. Beliau merupakan pejuang dengan suara di dalam perang A.S. dan Vietnam dan telah mengetuai satu kedutaan antarabangsa mengenai dakwaan jenayah perang Amerika. Selain itu, Myrdal mendakwa bahawa Keynes mendapat idea menggunakan dasar penstabilan (stabilization policy) untuk melancarkan kitaran ekonomi melalui buku beliau, “Monetary Economics”, yang diterbitkan pada tahun 1932. Dasar ini meliputi perbelanjaan defisit untuk meransang ekonomi semasa kemerosotan dan peningkatan cukai semasa pengembangan ekonomi untuk mencegah ekonomi yang melampau. Sama seperti ahli Keynesian liberal (liberal-Keynesian), John Kenneth Galbraith, Myrdal juga kemudiannya mengkritik dasar itu kerana brek fiskal (fiscal brake) jarang digunakan semasa pengembangan ekonomi dan sebaliknya dasar inflasi terus menerus digunakan, yang mana menyusahkan golongan masyarakat yang termiskin. Jemput juga baca sistem kewangan Islam

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.