Gunnar Myrdal merupakan seorang ahli ekonomi Keynesian (Keynesian economist) dari Sweden dan juga merupakan seorang ahli sosiologi yang memenangi Hadiah Nobel Ekonomi 1974 (1974 Nobel Memorial Prize in Economics) bersama-sama dengan ahli ekonomi Austria, Friedrich Hayek, walaupun kedua-dua individu ini mempunyai pandangan politik yang berbeza. Myrdal terkenal dengan usaha beliau dalam pembangunan antarabangsa dan ekonomi perdagangan, serta penglibatan aktif beliau dalam mempromosikan kesaksamaan kaum dan menentang dasar luar Amerika.
Myrdal dilahirkan pada tahun 1898 di Sweden dan meninggal dunia pada tahun 1987. Beliau memperoleh ijazah undang-undang dan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang ekonomi daripada Universiti Stockholm, di mana beliau kemudiannya menjadi profesor ekonomi politik dan antarabangsa. Isteri beliau, Alva Myrdal, merupakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1982 untuk usaha beliau dalam mempromosikan perlucutan senjata dunia (world disarmament). Anak mereka, penulis politik komunis dan kolumnis, Jan Myrdal, merupakan penyokong Maoist dan pembela pembunuhan beramai-ramai bangsa Khmer Rouge oleh Diktator Pol Pot.
Gunnar Myrdal merupakan seorang anggota Parlimen Sosial Demokrat (Social Democrat Member of Parliament) Sweden dan juga salah seorang bapa negara kebajikan Sweden pada tahun 1960-an, telah membantu dalam merangka banyak program sosial dan ekonomi. Sebagai seorang ahli ekonomi, Myrdal telah membuat sumbangan awal terhadap teori harga, menggabungkan peranan ketidakpastian dan jangkaan terhadap harga.
Sepanjang kerjaya beliau, penyelidikan ekonomi beliau adalah berdasarkan kepada pandangan politik haluan kiri dan juga pandangan sosial beliau. Walaupun pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Ekonomi pada tahun 1974, beliau kemudian menggesa masyarakat supaya menghapuskan anugerah tersebut dalam ekonomi dengan alasan anugerah tersebut turut kadang-kadang diberikan kepada ahli ekonomi yang tidak bersependapat dengan beliau.
Di Amerika pula, beliau terkenal dengan buku beliau yang sangat berpengaruh pada tahun 1944 mengenai hubungan kaum, “An American Dilemma: The Negro Problem in Modern Democracy”. Kajian beliau yang berpengaruh pada tahun 1954 menyebabkan peristiwa Keputusan Mahkamah Agung Brown A.S. (U.S. Supreme Court Decision Brown) melawan Lembaga Pendidikan (Board of Education), yang menghapuskan undang-undang pengasingan kaum di sekolah-sekolah.
Selain itu, Myrdal yang merupakan musuh sepanjang hayat kepada ketidaksamaan (inequality) dan penyokong pengagihan kekayaan, beliau menunjukkan bagaimana dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Presiden Franklin Delano Roosevelt, termasuk undang-undang gaji minimum dan sekatan terhadap pengelurakan kapas telah menyusahkan kaum Afrika-Amerika.
Kemudian, beliau menjadi obses dengan kemiskinan negara dunia ketiga (third-world), yang mana telah mendorong beliau untuk menyokong pembentukan semula kawasan di Asia Selatan sebagai prasyarat untuk membasmi kemiskinan. Myrdal menulis beberapa jilid kajian tentang ketidaksamaan dan kemiskinan di Asia Selatan dan jilid lanjutan untuk preskripsi dasar untuk pengagihan semula pendapatan dan pembentukan semula kawasan. Beliau merupakan pejuang dengan suara di dalam perang A.S. dan Vietnam dan telah mengetuai satu kedutaan antarabangsa mengenai dakwaan jenayah perang Amerika.
Selain itu, Myrdal mendakwa bahawa Keynes mendapat idea menggunakan dasar penstabilan (stabilization policy) untuk melancarkan kitaran ekonomi melalui buku beliau, “Monetary Economics”, yang diterbitkan pada tahun 1932. Dasar ini meliputi perbelanjaan defisit untuk meransang ekonomi semasa kemerosotan dan peningkatan cukai semasa pengembangan ekonomi untuk mencegah ekonomi yang melampau. Sama seperti ahli Keynesian liberal (liberal-Keynesian), John Kenneth Galbraith, Myrdal juga kemudiannya mengkritik dasar itu kerana brek fiskal (fiscal brake) jarang digunakan semasa pengembangan ekonomi dan sebaliknya dasar inflasi terus menerus digunakan, yang mana menyusahkan golongan masyarakat yang termiskin.
Jemput juga baca sistem kewangan Islam