Selalunya jika anda lihat iklan penjualan rumah baharu mesti akan nampak perkataan Freehold dan Leasehold. Apa tu? Perlukah kita ambil tahu tentang perkara tersebut? Yang mana lebih bagus freehold atau leasehold.

Freehold dan Leasehold ni merupakan jenis pegangan tanah. Kalau anda beli yang di dalam pembinaan di bawah status Freehold, maka dapat la dekat anda rumah yang berstatus Freehold. Ada lagi satu jenis, iaitu Malay Reserved.

Setiap jenis pegangan ni ada yang bagi kelebihan dan ada yang memberi sedikit kekurangan. Tetapi tetap boleh melalui proses jual beli.

freehold atau leasehold

Imej via Pixabay

Mana Yang Lebih Bagus Antara Freehold atau Leasehold

Jika ditanya pastilah orang akan memilih Freehold kerana namanya pegangan bebas kekal selama-lamanya. Nilainya juga adalah lebih tinggi dari lain-lain.

Yang paling orang suka rumah freehold. Proses jual beli adalah paling cepat iaitu dalam masa 3 bulan dah boleh dapat rumah. Mudah kerja peguam tukar tukar nama geran sebab tiada sekatan.

Tetapi, tidak semudah itu sebenarnya. Walaupun freehold, tapi kena jugak tengok jenis lot. Bumi atau non-bumi.

Terdapat 2 jenis Freehold iaitu tanpa sekatan (Open / Non Bumi Lot) dan dengan sekatan (Bumi Lot).

Freehold tanpa sekatan adalah yang sangat-sangat digemari dan dicari oleh semua pelabur. Ini kerana hartanah mereka bebas bertukar milik atau di jual. Iaitu antara Melayu – Cina – India – Asing tanpa sebarang halangan serta sekatan dari pihak Pejabat Tanah.

Urusan tukar milik atau jual beli juga singkat dan cepat tanpa banyak karenah. Bagi pembelian projek dalam pembinaan, jika anda betul-betul mahukan Non Bumi unit anda perlu nyatakan kepada pemaju tersebut. Jika anda senyap kebarangkalian besar mereka akan berikan unit Bumi untuk rumah anda.

Biasanya didalam geran atau strata terdapat nota Sekatan- Sekatan Kepentingan : TIADA. Ini bermaksud hartanah Freehold tersebut tiadak punyai sekatan biasanya ia non Bumi unit.

Namun anda harus sedar, jika anda membeli rumah freehold tanpa sekatan ini, anda tidak dapat diskaun untuk pembelian rumah tersebut.

Bagi Freehold dengan sekatan, hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja. Kerana akan ada sekatan di dalam geran atau strata.

Bagi projek dalam pembinaan pula mengikut syarat yang telah ditetapkan dibawah New Economic Policy (NEP), pemaju haruslah memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah projek perumahan mereka diletakkan dibawah status Bumi lot.

Freehold Tetap Ada Sekatan

Walaupun hartanah anda berstatus Freehold, tetapi oleh kerana ianya bumi lot dan punyai sekatan. Jual beli dan tukar milik hanya dibenarkan di antara bumiputera sahaja.

Kelebihan membeli rumah pegangan ini ialah anda layak untuk mendapat bumi diskaun yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

Leasehold atau Pegangan Sementara. Jenis pegangan ni ada tempoh pemilikan atau tenure iaitu selalunya selama 99 tahun. Selepas tu kena mohon untuk renew tenure tu.

Kalau anda beli Leasehold, tanya dulu berapa tahun lagi tinggal. Kalau rumah di dalam pembinaan, selalunya tenure 99 tahun dikira dari rumah mula dibina. Tapi kadang-kadang dikira dari tarikh rumah siap.

Kebanyakkan pembeli tak kisah pun leasehold ni sebab lokasi selalunya memang strategik. Cuma proses jual beli makan masa lebih daripada 6 bulan sebab memerlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk tukar nama.

Yang ini sama macam freehold tadi, ada jugak bumi lot dan non-bumi lot. Sebab untuk setiap projek perumahan, pihak pemaju kena sediakan sekurang-kurangnya 30% bumi lot.

Sebenarnya antara Freehold atau Leasehold ni ada kelebihan dan kekurangannya. Freehold bagus sebab boleh jual dengan harga yang tinggi dan leasehold pula bagus sebab kebanyakannya di kawasan yang strategik.

Apa pun kena bijak untuk membeli rumah. Paling penting kena ada ilmu.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.